Sweet Followers

Red Bow Tie

Tuesday, 14 May 2013

Apa Yang Kita Tak Tahu Tentang Seorang Ayah??

||WAJIB BACA JIKA ANDA SAYANGKAN AYAH ANDA ||

 AYAH/ABAH/DADDY/PAPA/WALID/ABI/BABA..
......simple je perkataan tu. tapi ramai yang tak berapa ambil berat sebab ramai yang anggap ayah nie tak berapa ambil berat hal anak² tapi pada hakikatnya..
saya sayang abah saya!!
::Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

::Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian

::Saat kita sakit @ demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

::Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

::Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

::Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah @ kolej untuk belajar..Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

::Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

::Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

::Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakanlah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya"..

::Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Begitulah pengorbanan seorang insan bergelar ayah ..


*dia yang paling susah hati saat KITA nak lahir kat dunia ni,dialah yg cari duit utk KITA sekolah, makan & minum,
*dialah wali untuk anak gadis nak nikah kelak,
*ibu & anak gadis tak tutup aurat, tak jaga akhlak, ayah yang dapat dosa dan kena tanggung akibat walaupun ayah dah meninggal dunia.
* dialah ayah terbaik kat dunia nie sebab kalau dia tak nikahi ibu KITA.. KITA takkan ada di dunia ni.. =')

>>>>kalaulah abah tau betapa sayangnya aku kat dia..
aku akan bahagiakan dia hingga ke akhir hayat aku..
In Sha Allah..
LIKE dan SHARE ea..
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

No comments:

Post a Comment

Flying Love For Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...