Sweet Followers

Red Bow Tie

Sunday, 21 July 2013

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan



1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Friday, 19 July 2013

|| Nukilan Sang Isteri || DAYANA LOKMAN buat ASHRAF MUSLIM ||

Berikut merupakan nukilan Noor Dayana yang dikongsikan menerusi akaun facebooknya petang semalam.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…


 *Demi Allah menitis air mata aku bila baca nukilan dia,sangat mendalam maksud yang Dayana luahkan.Sebagai seorang perempuan even aku tak kahwin lagi,aku boleh rasa apa yang dia rasa.Semoga Dayana tabah dan terus kuat! 

p/s Aku benci perempuan yang jadi orang ketiga dalam hubungan orang lain,tak kisah la apa pun alasan dia.

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 14 July 2013

Rindu Budak Gemokk :P

Assalamu'alaikum peeps..
di malam hari yang tengah hujan nie,syok lagi kalau kita melayan perasaan sat,acececehhh..So entry pon kena la jiwang-jiwang,baru syyyuuurrrr... :P
*sambil dengar lagu KEHILANGAN-FIRMAN
teringat pulak kat budak gemok sorang tu,jauh kat seberang pulau nuhhh..nak pi,tak mampu nak berenang..kehkekehkeh..haiiyyaaa,rindunya kat dia.dah la bulan puasa nie,lagi la sedih sebab tak dapat puasa sama-sama macam tahun-tahun lepas.


Bila ditolak ditambah dibahagi didarab semua,dah nak dekat 9 bulan dia tinggalkan Penang.satnya masa berlalu kan..dan last jumpa dia 5 bulan yang lepas,ouuuchhh lamanya!!! macam mana nie,macam mana???ahaksss...
takpala,tetap sabar menanti..in sha Allah dia akan balik dalam masa yang terdekat nie.YEAAAYYY!doakan yang baek-baek ja untuk dia heyy,untuk dia..=_^
Cepat-cepat balek eh budak gemok!!hahahaha..dia baru hantar gambar dia yang terbaru yang menunujukkan dia memang gemok sekarang..kehkehkeh *takpa saya terima awk seadanya..ahaksss



*gemokkss kan sayang saya.. :P

tapi kan tapi kan..perlu ka dia hantar gambar kekasih baru dia sekali?? *jeles keyh jeles!
nak tengok??cer scroll down..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
v
v
v
v
ha nie dia....

tak dinafikan memang cantik- feeling annoyed *ahaksss rasa macam nak kena penampaq dah
okey la sebelum dok merapu merapan better aku ciaaawww dulu..selamat malam semua!

p/s really-really mishhyouuu budak gemok!

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan :)

Assalamu'alaikum..*10 JULAI 2013 bersamaan 1 RAMADHAN.syukur Alhamdulillah sebab masih bernafas di bumi Allah untuk terus menunaikan ibadah puasa pada tahun nie. :) sat ja masa berlalu kan? rasa macam baru ja semalam berpuasa *ayat dah biasa dengar..
Tahun nie puasa lain sikit dari tahun lepas.*FIRST, happy sangat-sangat sebab dapat berpuasa sepenuhnya dengan family tersayang setelah 3 tahun berturut-turut berpuasa kat bumi PERLIS.rasa lain pulak sebab takdak kawan-kawan yang nak p bazar sekali,bukak puasa sekali. *okey,rindu!FULLSTOP.
*SECOND,rasa lain puasa tahun nie sebab....hmm takdak budak gemok tu!! ;( sob sob sob.. *lap air mata..bukan gedik ka apa,tapi tu la hakikatnya!sebelum nie 2 kali puasa,2 kali raya dah dengan budak gemok tu tapi tahun nie dia takdak,mesti la rasa lain!huwaaaaarrgggghhh...
Lepas tu boleh pulak puasa pertama ibu pi masak lauk favourite budak gemok tu.. *daging masak kunyit okey? bukan jeles tapi teringat sebab ibu yang cakap "eqal suka la makan daging nie"..Ya Allah,teqiakk tau tak teqiakkk!..
tapi takpa la,INI SEMUA COBAAANN....sabar,tenang,relax..huhuhu saya okey,saya dah besaq! *ayat mintak penampaq
apa-apa pun semoga Ramadhan tahun nie akan lebih bermakna untuk kita semua.IN SHA ALLAH,ameenn..

SALAM RAMADHAN,
ZATI BASERI




Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...