Sweet Followers

Red Bow Tie

Wednesday, 31 December 2014

Dugaan 2014

2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...
Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...
Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...
Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...
Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...
Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...
Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...
Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...
Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...
Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...
Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...
Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...
Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...
2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...
Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...
MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...
Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014...
Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku... :'(

*Hari-hari terakhir 2014,penuh suram penuh duka.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.Amenn..

p/s :: Entry nie just copy paste,sebak hati,berlinang airmata bila baca.Thanks kawan-kawan yang post entry nie dekat facebook.


Kalau ada jodoh,kita jumpa tahun depan :) In Sha Allah..

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 28 December 2014

Review : Contact Lens

Assalamu'alaikum 

Rasanya dah lama sangat menyepi dari dunia berblogging nie kan.. *ayat klise sangat kauu.. 
Okey la kali nie zati nak share pasal lens.Sapa-sapa yang kenal zati memang tau yang zati nie rabun tegar,HAHA. so kalau tak pakai spec memang zati akan pakai lens.
*abaikan muka kedut-kedut tu,panas litlit masa nie :P
spec tu besaq nau-nau.
Zati akan pakai lens masa keluar rumah,p jalan-jalan macam tu la.kalau time belajaq dulu memang zati akan pakai spec,sekarang nie pon zati pakai spec time kerja sebab kena mengadap komputer dan time tengok tv ja.

Untuk sapa-sapa yang nak pakai lens,zati suggest pakai lens dari IGEL jenis 56 OMEGA tapi hat nie jenis transparent.maksudnya bukan hat kaler-kaler la. :) Lens nie memang lembut dan tak sakitkan mata sebab apa,ada setengah lens yang zati pernah try dia keras sikit,dan belum apa-apa mata dah berair.Harga lens nie pon murah.

nie contoh lens yang transparent tu.

56 OMEGA

Dalam 1 kotak nie ada 3 keping,maksudnya ada sepasang & ada 1 untuk spare.Lens nie paling lama zati pakai 6 bulan,janji kena pandai jaga dan kebersihan tu penting. Kena la selalu cuci,takmau malas-malas k :)

So kat bawah nie nak share sikit pic masa zati pakai lens 56 OMEGA Transparent.. Nampak natural ja sebab dia ikut kaler mata kita :) Apa-apa pon lens nie memang best dan terbaik!!


Next,untuk lens yang kaler-kaler pulak zati suggest jenama BLINCON. *kasi highlight sikit,huhu.. Lens nie memang best pakai,lembut dan kaler dia pon memang superb cantik!! Zati pernah try 3 kaler dari Blincon nie.


BB GREY

contoh lens kaler grey 
BB CHOCO
contoh lens kaler brown gelap
BB PINK
contoh lens kaler pink
Okey la,sampai sini ja la zati share k.Untuk yang nak try pakai lens,boleh la try lens yang zati suggest nie. In Sha Allah puas hati..lepas nie kalau ada rezeki zati share pulak pasal tips untuk beli,pakai dan jaga lens eh! 

Untuk kawan-kawan yang dok area Penang,dalam pulau zati suggest beli lens macam yang zati pakai nie kat PUSAT OPTIK INTAN. Harga berpatutan dan layanan depa memang tiptop!

OKEBAII!! ^_^


Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Tuesday, 1 April 2014

Snow Queen ost (Loveholic)

Assalamua'laikum!! ^_^
malam nie nak upgrade background music baru kat belog,dah bosan la asyik lagu sama ja..Even background music nie baru tapi lagu dia lagu lama la jugak..Pilihan kali nie lagu korea!Jatuh cinta dengan lagu nie masa dok layan drama *SNOW QUEEN* nie masa kat poli dulu..
feeling k feeling =_+
Sebelum nak layan video lagu kat bawah nie,sila penuhi peraturan di bawah nie dulu:*macam sempoii pulak kan :P
Okey,first sekali
1)"PAUSE" dulu 'background music belog nie *kang tak pasal-pasal pening pulak dok dengar 2,3 lagu serentak,hihi..
2)sediakan tisu  *konpem-konpem akan nangeh kalau dok feeling habis
3)dah buat dua-dua benda kat atas baru boleh "PLAY" k..

Okey,dah ready eh??
3
2
1
...
...
...

PLAY


Okey,macam mana? best tak lagu nie ?
memang layan habis & feeling gila-gila..drama & lagu dia memang best..sila la layan drama dia.terbaik!

#Okey la,angkat kaki dulu..nite :*

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Friday, 21 March 2014

My Graduation Day!! -part III


Assalamu'alaikum!!! yeaaay hari nie hari kejayaan,hari dimana segala usaha,pengorbanan,titik peluh,susah payah menimba ilmu selama 3 tahun dibayar -feeling excited :*

19hb Mac Hari nie adalah hadiah terbesar untuk ibu,abah dan diri sendiri.Alhamdulillah bangga sebab mampu buat ibu abah tersenyum,menitiskan air mata kegembiraan..

buah hati,pengarang jantung
Buat ibu dan abah serta adik-adik tercinta,terima kasih banyak-banyak kerana sanggup bersusah payah,berkorban dan sentiasa menyokong serta menjadi tulang belakang sepanjang menimba ilmu di negeri orang nie.

Pelengkap hidup :D
Buat yang tersayang,thanks untuk 3 tahun yang bermakna,sanggup berjauhan dan sentiasa memberi sokongan untuk terus belajar dan menghadapi cabaran di sini.

Wajah kesayangan hamba! <3
Kawan-kawan..terima kasih untuk semuanya,halalkan segala makan minum,ilmu yang dikongsi,terima kasih sebab terima baik buruk aku dan in sha Allah kenangan kita akan jadi kenangan yang terindah..*entahlah bila boleh jumpa lagi :'( lepas nie semua akan bawak haluan masing-masing..

I love you bff :) Noor Hasnini :*
my roomate,my classmate,my good listener.. love u kawan :* Syazwana Feeza



walau berbeza 1 sem,kami tetap kawan :D sayang Hasznee Hassan :*
Tak lupa jugak buat semua lecturer terutamanya lecturer dari Jabatan Hospitaliti,PTSS,terima kasih untuk segala ilmu yang diberi,semoga dihalalkan semuanya..In Sha Allah semoga ilmu yang dicurah akan bermanfaat untuk masa depan..


Akhirnya,I'm Graduated in Hotel & Catering Management!! Syukur Alhamdulillah :D

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Wednesday, 19 March 2014

My Graduation Day!! -part II

Assalamu'alaikum..kita sambung balik cerita pasal percutian aku selama 5 hari sempena konvokesyen nie.

18hb Mac heavennya dunia bila dapat tidur nyenyak dalam bilik yang berhawa dingin tambah pulak katil yang empuk dan dalam selimut yang tebal!! HAHA..okey hari nie konvo sidang pertama,dan aku langsung takdak kena mengena dalam cerita ini hari..Antara kami berlima,Bella sorang ja yang kena sidang pertama :) *sebab dia pandai sikit ja dari kami semua :P

Punya la syok tidoq,tak sedaq yang jam dah nak dekat pukul 1 tengah hari,WHHHHAAATT???
*nampak sangat letih di situ :P serius rasa macam pukul 8 pagi,hihi..

Then baru la perut terasa lapaq,huwaaaa..Lepas ready semua,kami p serbu la kedai makan..yang dekat pon C-Mart Arau ja la.Okey what dari takdak.so kami lunch hampir pukul 3 petang.Heavennya rasa!!! Pilihan kami di D'Kontena Cafe,Arau..betul-betul tepi C-Mart Arau,makanan dia pon okey..sedap :)

Lepas makan,kami pon spent time la sesama,jalan-jalan kat C-Mart mengimbau balik kenangan-kenangan dulu.*ceeewaaaahhh..Rasa macam tak percaya,dah nak dekat setahun kami tinggalkan poli,tinggalkan Perlis dan tak sangka dapat jumpa kawan-kawan balik.Sat ja masa berlalu.....................

Tak lupa jugak beli gift untuk kengkawan,bila lagi kan nak jumpa lepas nie.dan maybe nie konvo aku yang pertama dan yang terakhir.* maybe k maybe,sebab masa dok taip nie tak terfikir nak sambung belajar lagi.

Then malam lepak ja la kat bilik,sambil duduk bersila makan nasik bungkus beramai-ramai..kenangan k kenangan!Esok hari bersejarah kami berempat setelah 3 tahun menimba ilmu di PTSS..

Malam tu tidoq awallll weyyhhh! :D
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Tuesday, 18 March 2014

My Graduation Day!! -part I

Assalamu'alaikum..hai hai hai -feeling excited
Nampak tak tajuk kat atas? nampak kan,nampakan?hehe..
Alhamdulillah,setelah hampir setahun habis study akhirnya tiba jugak hari konvo,yeaayy!!Punya excited sampai apply cuti 5 hari.. :P 

16hb Mac petang bertolak pi rumah Bella dulu,naik bas dengan Nini dekat Butterworth..*sumpah teringat kenangan masa belajar dulu.naik bas,cari tiket,beli tiket,tunggu bas..macam-macam la kenangan kat stesen bas tu,HAHA..
then sampai SP *Sungai Petani k u'ollss, Bella mai ambik,kami makan-makan dulu then tidur kat HOMESTAY family dia dulu malam tu..*homestay tepi rumah dia ja pon,kami tidur free of charge k :P esok pagi-pagi nak kena gerak pi poli dah untuk ambik jubah dan raptai konvo..

17hb Mac kena bangun awal-awal pagi sebab nak kena ambik jubah sebelum pukul 12 tengah hari.Sebelum cik abang Bella sampai,kami ber'selfie' la dulu pagi-pagi nie..:P


ZATI,NINIE & BELLA
my bff :*
nampak kurus disitu,HAHA
WE'RE NOT SINGLE :P
Then bertolak la kami ke Perlis..Lepas ambik jubah,lepak dulu dengan kawan-kawan sambil melepaskan rindu di hati nie *aceceehhhh :P Cerita dia nak kena tunggu petang untuk raptai konvo,sakit perut aku menunggu,dah la tak jumpa nasik dari semalam lagi,huhu
then lepas habis raptai,kami singgah motel letak barang pastu apa lagi...
"carik nasik laaa",lapar k lapar :'(
Alhamdulillah kenyang... :) masa untuk balik motel,bersihkan diri then RESSSSSSSSTTTTTT!!
so kat bawah nie adala sikit gambar motel kami *curik kat Encik Google sebab tak sempat nak snap sendiri...

kami stay kat Brillian Inn Arau,Perlis.. 3 hari 2 malam,TWO STANDARD TWIN BEDROOM k,memang best :* tak mahal pon,1 malam RM70 ja *under bajet


front entrance
contoh bilik standard twin bedroom
Bathroom
Hotel Interior
Garden
Memang selesa sangat stay kat sini,tempat pon tenang ja..aman damai hati nie,*ceeewaahhh
Sapa-sapa nak pi Perlis yang nak cari tempat penginapan boleh la try stay kat situ..
Okey la,nanti kita sambung cerita balik untuk next day k,macam mana dengan hari konvokesyen aku..mata dah berat dah nie,daa :*

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 9 March 2014

Menanti MH370


Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu

Andai tercalar tinggallah petanda,
Andai terguris tunjukkanlah dimana,
Andai ada tunjukkanlah rupa,
Tidak nanti kami tertanya.

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
kepada-Mu saja kami berserah..


*sama-sama la kita mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal selamat dan MH370 ditemukan dengan segera.. ;'(



Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...