Sweet Followers

Red Bow Tie

Monday, 29 April 2013

Jalan-jalan Dulu..

ha....*eh lupa.. ASSALAMU'ALAIKUM SEMUA! *jerit kuat2,hikhikhik...
okey na bagitau awal-awal yang entry nie sambungan dari entry sebelum nie.*faham murid-murid?ekekeke..ada gaya cikgu tak?
Kita teruskan sebelum aku dok merepek merapan lagi *pengsan cikgu bm dengaq ayat aku.Okey,lepas family tercinta aku ambik aku kat poli,kami tak terus balik Penang.wajib la kena jalan-jalan dulu,bila lagi kan?kan kan kan?*penampaq gak kang
First kami singgah dulu kat rumah pakcik teksi yang selalu ambik aku antar aku kalau aku nak pi mana-mana  *selalunya hantar pi stesen bus la nak balik Penang.Memandangkan pakcik nie baik dan selalu tolong aku *termasuk la pernah bagi tumpang tidur kat rumah dia masa krisis air yang teruk kat poli.Jasa dan budi baik orang jangan dilupa ea murid-murid?ekekeke...So aku pon singgah la rumah dia nak ucapkan terima kasih kat depa suami isteri.
Then kami satu family p makan then shopping! *kat padang besaq la kalau kat Perlis nie..

*ON THE WAY PI PADANG BESAQ



 *DEPA TANGKAP GAMBAQ DEPA JA,AISEYMANN!KEHKEHKEH..




Lepas dah habis shopping,kami p Alor Star plak sebab tue memang wajib *kampung abah la katakan..singgah jumpa pakndak sat kat hotel dia then pi rumah anjang..tu ja la.....ekekeke..

*KAT HOTEL REGENCY ALOR STAR



*MY HAPPY FAMILY






Okey,that's all for today..ngantokk sudaaa,huwarrrrggghh!!
hikhikhik gudnite semua,okebaiiii  :*

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 28 April 2013

Selamat Tinggal Poli,Selamat Tinggal Perlis

Selamat Tinggal poli!!
Selamat Tinggal Perlis!!
Assalamu'alaikum semua..sob sob sob :'(
*na habaq mood sedih
Harinie hari last aku kat poli nie,kat bumi Perlis.Semalam buat kali terakhir aku tidur dalam bilik nie,atas katil nie.3 tahun aku duduk sini,macam-macam dah yang aku tempuh.*pahit manis masin kelat semua ada..Dan 2 sem aku stay kat bilik yang sama dan roomate yang sama,tipu la kalau tak rasa sedih rasa sayang nak tinggal semua nie even kat mulut selalu cakap 'tak sabarnya nak keluar dari poli nie' , 'bila la nak habis belajaq' dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya.
Nie la keadaan bilik aku sebelum dan selepas kemas-kemas nak balik Penang :'(

meja belajaq saya..
tempat landing saya :)
kemas tak?ekekeke.. :P
will miss all this thing :(
inilah hasilnya selepas dikemas-kemas :|||
akan rindukan bilik saya! B3 4.8..uhuk uhuk
huwaaaa sedihnyaaa..mesti akan rindukan semuanya..bilik,poli,kelas,kawan-kawan dan Perlis!3 tahun kita bersama akhirnya kita akan berpisah jua..*acecececehhhh
Sebelum balik nikmati la dulu sepuas-puasnya pemandangan kat bumi Perlis nie..jom!!!











Dah nak keluar Perlis..sobbb sobbb sobbb :'( babaiii kamsis,babaiii poli,babaiii Perlis.panjang umur kita ketemu lagi..
*sambil lap air mata
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Saturday, 27 April 2013

Perjuangan Terakhir..

sekadar gambar hiasan :)
Assalamu'alaikum semua..
pejam celik pejam celik dah habes exam,untuk kali terakhir..Alhamdulillah :) 
malas nak cerita panjang2,secara ringkasnya semester 6 nie adalah semester terakhir untuk aku berjuang di medan peperiksaan dan In Sha Allah akan menjadi kali terakhir kakiku melangkah ke Dewan Harum Manis,PTSS.



Untuk semester last nie,ada 4 'killer paper'..ohhhh tidakkk! masa minggu exam tu,hanya Allah ja yang tau struggle macam mana,dengan nak study,nak kena ingat,hafal..macam2 la!rasa macam nak nangis pun ada.TIDUR?jangan cakap la..*mata konfem2 macam panda dah..ekekeke
Nak tau apa subjek yang killer sangat tu? *scroll bawah
:
:
v
v
v
v
v





ha...gerun tak tengok?hehehe..tapi alhamdulillah la aku dan kawan-kawan dapat mengharungi saat2 yang genting dalam hidup nie dengan jayanya..*ecececehhh
Akhirnya,dah habes dah empat-empat paper tu semua..masa keluar dari dewan tu rasa macam nak jerit dah *konon-konon dah bebas gituuu...
Nak tengok muka bahagia tu macam mana?meyh tengok sini :
:
:
:
:
v
bersama kawan-kawanlepas habisnya paper terakhir :)
muka kanak-kanak riang *terasa kemerdekaan disitu,acececehhh
hahhhh! boleh tarik nafas lega dah buat sementara *takmau ingat result lagi..dan now time to enjoyyyyy!!
hehehehe..lepas nie boleh tidoq lena la cheqq nampaknya..

secara rasminya,kali terakhir aku menaiki tangga batu caves PTSS,kehkehkeh
Oke la,sampai sini dulu entry kita.nanti kita sambung lain na..okebaiii!  ^_=
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 7 April 2013

Malam Pra-Graduan || Arabic Night ||

●●●●●●●●●>Assalamu'alaikum ya habibi ya ali baba,ahaksss..hai hai hai..seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas,aku akan menghupdates pasal Malam Pra-Graduan kan?so,here I come!!Ok la sebenarnya hari Jumaat yang lepas (5 APRIL 2013 ) dinner tu berlangsung.
KAT MANA??
DI MANA??
....alaa dalam poli nie jugak la,kat Pauh Inn nuh..tepi swimming pool tau.
Malam tu semua orang tersangatlah cantik dan cantik sangat2,jeles okeyh jeles??huhu..biasa la,aku nie kan cuma ordinary girl,cehhhh propa gila!tema Arabic,so macam-macam fesyen la yang ada malam tu..ada yang macam puteri dari negeri Pakistan gitu (ada ker??),ada yang macam baru balik Mekah,ada yang macam puteri Yasmeen dalam cerita Aladdin tu,yang macam Aladdin pun ada jugak tau!HEHE..semuanya tersangatlah AWESOME!!

nie antara makanan yang ada malam tu,nyumm nyumm
Makanan dia jangan cakap la,masa tengok menu pun dah telan air liur,rasa nak makan semua sekali. nyummm nyumm.(tapi sayangnya perut aku cuma size xS),haha..aku surrender! huhu kenyang gila! macam tak berbaloi bayar 50 hingget..memang tak berbaloi..ngehngehngeh
......dan nasib aku memang tak bertuah sebab aku tak dapat hadiah cabutan bertuah malam tu,kuang kuang kuang..ha,amek no. nie,2157..langsung tak kena,hehe takdak rezeki la katakan..apa-apa pun malam tu kira ok la even ada serba sikit yang tak puas hati,but it's ok.nothing perfect kan kat dunia nie??*cehhhh ayat propa disitu
Ok la kat bawah nie aku ada selitkan sikit gambar-gambar kami pada malam tu,selamat menonton!! ^____^

oppss nie aku.hehe arabic tak arabic sangat la :P
kawan-kawan dari Mesir,ahakss :D
sebelum makan,posing dulu..;)
Kami lapaq nie tapi tak boleh makan lagi..lambat betoi la tunggu VIP nie..adoiiii -_-

ARABIC NIGHT :D
Nie pulokk muka kami bila dah kekenyangan..erkkk,ALHAMDULILLAH,hehe...

senyum.... :D
bersama P.A 
nie organizer malam tu merangkap toknek aku.muahaha
Ha,nie la gambar toknek aku..dia jugak organizer kami pada malam tu,tengok even letih dia boleh senyum lagi..hehe mai nak promote dia sikit,sila la singgah-singgah kat blog dia >>> Toknek Paling Comel (jangan marah na)
Jom balik tidur..... :P
Ok nak balik dah.nie tinggai kami ja,yang lain taktau hilang pi mana..terus lesappppppppppp....hehe happy malam nie!maybe for the last time,lepas nie takdak dah.sedih pulokk,sobb sobbb :'(

sekian dari saya untuk malam pra-graduan :D
and and and tak lupa jugak kepada ibu yang tersayang sebab 'sponsor' baju nie,skarf,handbag dan semua-semua la.you make me look 'different' thats night.ºνєyou muchie-muchie ibu ..


sekian..ˆˆ

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Thursday, 4 April 2013

Presentation Final Projek

SPONSOR & SOUVENIRS COMMITEE
Assalamu'alaikum..hai hai hai,ok la hari nie aku nak berkongsi sikit pasal presentation untuk final projek kelas kami.Ya Allah,takutnya taktau la nak kata apa,dah la buat kat DEWAN KULIAH UTAMA (DKU),sapa-sapa ja boleh keluar masuk untuk tengok,dengan ada panel juri bagai,tambah ketaq lagi sebab last minit kena jadi presenter!!ok,fine.. -_-

snap-snap picture dulu sebelum starts presentation
our group members
Pukul 7.30 pagi dah tercangak kat dewan tu,jantung nie dok DUP DAP DUP DAP dah..huh SABAR,TENANG,RELAKS..hihi fokus fokus dan fokus!! Group aku group yang keenam akan present,that's mean group yang second last!!ok,sabar la duhai hati..
hmm masa break,group aku try practice untuk present satgi..OK,rasa macam boleh dan yakin ja tapi takut jugak sebab taktau kan kalau dok atas stage tu camna,kena tengok semua orang,tengok JURI!!OH TIDAKKKKK...!!!
Takmau fikir yang bukan-bukan,yakin boleh..jangan ter'speaking' benda lain sudah la nanti..huhu masa pengerusi majlis jemput group kami naik atas pentas,rasa relaks pulak,jantung pun takda la rasa DUP DAP DUP DAP sangat,pelik kan??
Ok lepas 2 orang kawan aku present,turn aku pulak.Hmm dengan konon-konon selambanya aku pun bangun dan present part aku,alhamdulillah aku rasa ok sangat,dan takda nak gugup-gugup bagai..FINALLY I'M DONE!!yeaaaayyyyyyy...
presented by me,huhu..
on the floor :D
Lepas turun dari stage tu,aku tanya jugak la kawan-kawan yang lain,camna aku present..Alhamdulillah kebanyakkan cakap ok,even tak perfect tapi aku puas hati..hah dah boleh tarik nafas lega kejap..kuikuikui
Thanks la kat group members aku sebab percaya kat aku untuk pikul tugas nie,aku dah buat yang terbaik dan terima kasih sebab sokong aku dalam saat-saat akhir menjadi presenter untuk group kita (SPONSOR & SOUVENIRS COMMITEE) :)
dah habis present,baru mampu tersenyum..kuikuikui



Ok la aku stop kat sini dulu sebelum aku merapu merapan lagi,hehe..nanti aku updates lagi,tu pun kalau aku rajin la..OKBAIII ^__^
muka kanak-kanak riang ^^,

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...