Sweet Followers

Red Bow Tie

Friday, 21 March 2014

My Graduation Day!! -part III


Assalamu'alaikum!!! yeaaay hari nie hari kejayaan,hari dimana segala usaha,pengorbanan,titik peluh,susah payah menimba ilmu selama 3 tahun dibayar -feeling excited :*

19hb Mac Hari nie adalah hadiah terbesar untuk ibu,abah dan diri sendiri.Alhamdulillah bangga sebab mampu buat ibu abah tersenyum,menitiskan air mata kegembiraan..

buah hati,pengarang jantung
Buat ibu dan abah serta adik-adik tercinta,terima kasih banyak-banyak kerana sanggup bersusah payah,berkorban dan sentiasa menyokong serta menjadi tulang belakang sepanjang menimba ilmu di negeri orang nie.

Pelengkap hidup :D
Buat yang tersayang,thanks untuk 3 tahun yang bermakna,sanggup berjauhan dan sentiasa memberi sokongan untuk terus belajar dan menghadapi cabaran di sini.

Wajah kesayangan hamba! <3
Kawan-kawan..terima kasih untuk semuanya,halalkan segala makan minum,ilmu yang dikongsi,terima kasih sebab terima baik buruk aku dan in sha Allah kenangan kita akan jadi kenangan yang terindah..*entahlah bila boleh jumpa lagi :'( lepas nie semua akan bawak haluan masing-masing..

I love you bff :) Noor Hasnini :*
my roomate,my classmate,my good listener.. love u kawan :* Syazwana Feeza



walau berbeza 1 sem,kami tetap kawan :D sayang Hasznee Hassan :*
Tak lupa jugak buat semua lecturer terutamanya lecturer dari Jabatan Hospitaliti,PTSS,terima kasih untuk segala ilmu yang diberi,semoga dihalalkan semuanya..In Sha Allah semoga ilmu yang dicurah akan bermanfaat untuk masa depan..


Akhirnya,I'm Graduated in Hotel & Catering Management!! Syukur Alhamdulillah :D

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Wednesday, 19 March 2014

My Graduation Day!! -part II

Assalamu'alaikum..kita sambung balik cerita pasal percutian aku selama 5 hari sempena konvokesyen nie.

18hb Mac heavennya dunia bila dapat tidur nyenyak dalam bilik yang berhawa dingin tambah pulak katil yang empuk dan dalam selimut yang tebal!! HAHA..okey hari nie konvo sidang pertama,dan aku langsung takdak kena mengena dalam cerita ini hari..Antara kami berlima,Bella sorang ja yang kena sidang pertama :) *sebab dia pandai sikit ja dari kami semua :P

Punya la syok tidoq,tak sedaq yang jam dah nak dekat pukul 1 tengah hari,WHHHHAAATT???
*nampak sangat letih di situ :P serius rasa macam pukul 8 pagi,hihi..

Then baru la perut terasa lapaq,huwaaaa..Lepas ready semua,kami p serbu la kedai makan..yang dekat pon C-Mart Arau ja la.Okey what dari takdak.so kami lunch hampir pukul 3 petang.Heavennya rasa!!! Pilihan kami di D'Kontena Cafe,Arau..betul-betul tepi C-Mart Arau,makanan dia pon okey..sedap :)

Lepas makan,kami pon spent time la sesama,jalan-jalan kat C-Mart mengimbau balik kenangan-kenangan dulu.*ceeewaaaahhh..Rasa macam tak percaya,dah nak dekat setahun kami tinggalkan poli,tinggalkan Perlis dan tak sangka dapat jumpa kawan-kawan balik.Sat ja masa berlalu.....................

Tak lupa jugak beli gift untuk kengkawan,bila lagi kan nak jumpa lepas nie.dan maybe nie konvo aku yang pertama dan yang terakhir.* maybe k maybe,sebab masa dok taip nie tak terfikir nak sambung belajar lagi.

Then malam lepak ja la kat bilik,sambil duduk bersila makan nasik bungkus beramai-ramai..kenangan k kenangan!Esok hari bersejarah kami berempat setelah 3 tahun menimba ilmu di PTSS..

Malam tu tidoq awallll weyyhhh! :D
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Tuesday, 18 March 2014

My Graduation Day!! -part I

Assalamu'alaikum..hai hai hai -feeling excited
Nampak tak tajuk kat atas? nampak kan,nampakan?hehe..
Alhamdulillah,setelah hampir setahun habis study akhirnya tiba jugak hari konvo,yeaayy!!Punya excited sampai apply cuti 5 hari.. :P 

16hb Mac petang bertolak pi rumah Bella dulu,naik bas dengan Nini dekat Butterworth..*sumpah teringat kenangan masa belajar dulu.naik bas,cari tiket,beli tiket,tunggu bas..macam-macam la kenangan kat stesen bas tu,HAHA..
then sampai SP *Sungai Petani k u'ollss, Bella mai ambik,kami makan-makan dulu then tidur kat HOMESTAY family dia dulu malam tu..*homestay tepi rumah dia ja pon,kami tidur free of charge k :P esok pagi-pagi nak kena gerak pi poli dah untuk ambik jubah dan raptai konvo..

17hb Mac kena bangun awal-awal pagi sebab nak kena ambik jubah sebelum pukul 12 tengah hari.Sebelum cik abang Bella sampai,kami ber'selfie' la dulu pagi-pagi nie..:P


ZATI,NINIE & BELLA
my bff :*
nampak kurus disitu,HAHA
WE'RE NOT SINGLE :P
Then bertolak la kami ke Perlis..Lepas ambik jubah,lepak dulu dengan kawan-kawan sambil melepaskan rindu di hati nie *aceceehhhh :P Cerita dia nak kena tunggu petang untuk raptai konvo,sakit perut aku menunggu,dah la tak jumpa nasik dari semalam lagi,huhu
then lepas habis raptai,kami singgah motel letak barang pastu apa lagi...
"carik nasik laaa",lapar k lapar :'(
Alhamdulillah kenyang... :) masa untuk balik motel,bersihkan diri then RESSSSSSSSTTTTTT!!
so kat bawah nie adala sikit gambar motel kami *curik kat Encik Google sebab tak sempat nak snap sendiri...

kami stay kat Brillian Inn Arau,Perlis.. 3 hari 2 malam,TWO STANDARD TWIN BEDROOM k,memang best :* tak mahal pon,1 malam RM70 ja *under bajet


front entrance
contoh bilik standard twin bedroom
Bathroom
Hotel Interior
Garden
Memang selesa sangat stay kat sini,tempat pon tenang ja..aman damai hati nie,*ceeewaahhh
Sapa-sapa nak pi Perlis yang nak cari tempat penginapan boleh la try stay kat situ..
Okey la,nanti kita sambung cerita balik untuk next day k,macam mana dengan hari konvokesyen aku..mata dah berat dah nie,daa :*

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 9 March 2014

Menanti MH370


Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu

Andai tercalar tinggallah petanda,
Andai terguris tunjukkanlah dimana,
Andai ada tunjukkanlah rupa,
Tidak nanti kami tertanya.

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
kepada-Mu saja kami berserah..


*sama-sama la kita mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal selamat dan MH370 ditemukan dengan segera.. ;'(



Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...