Sweet Followers

Red Bow Tie

Tuesday, 29 November 2011

1 Tahun Sudah..



Alhamdulillah,aku bersyukursangat-sangat sebab hubungan aku & Mr Bibiu Boyfie aku dah genap setahun..bukan nak berbangga atau nak menunjuk sebab apalah sangat baru setahun jagung kapel,orang lain dah bertahun-tahun tak kecoh pun kan..tujuan aku menaip just nak share cerita dan kongsi apa yang aku rasa,tak salah kan??
Sebenarnya aku bersyukur sangat 2 sebab aku tak sangka hubungan aku dengan “si dia” akan bertahan selama nie..mesti tertanya-tanya kan pesepa aku cakap camtu??meyh sini cek nak cerita..huhu okey laa,sebenarnya sebelum nie ofcoz laa aku pernah kapel dengan orang lain jugak kan..
CERITANYA camneh…(scroll down erk)
aku pernah laa kapel dengan someone nie,kami kawan dari time sekolah lagi kira mamat tuh boy aku yang first laa..kami kapel almost 4 years tapi last2 break,adala sebab musababnya..(biar laa rahsia)
lepas break dengan mamat 2,aku adala kapel dengan orang lain tapi tak pernah nak tahan lama..paling lama pun 5 bulan jea aku kapel dan pling sat sebulan lepas tu mesti break..aku tertanya-tanya laa jugak pesepa laa tak boleh nak bertahan hubungan aku neh,cam terkena sumpahan pulak..haha ingat cerita dongeng kot..
sebab 2 laa sekarang nie aku cam tak percaya yang aku boleh kapel sampai setahun dengan Mr Bibiu Boyfie aku neh..sejujurnya,masa first2 kami kawan aku tak expect pon nak kawan lama or hubungan kami neh boleh bertahan,huhu…dalam hati taknak berharap laa konon2nya.. :P
so sekarang Alhamdulillah,kami still bersama walaupon aku tau ramai yang tak suka aku kapel dengan dia even orang yang aku anggap kawan aku sendiri tapi aku tak kisah sebab dia pilihan aku..tapi andainya 1 hari nanti aku bukan dengan dia lagi,aku terima sebab 2 semua bukan kerana doa orang2 yang tak suka kan kami bersama TAPI sebab tuhan pasti rencanakan sesuatu yang lebih baik untuk aku & dia.. :) 

*thanks to my family sebab doa restu untuk kami berdua..& tak lupa jugak thanks untuk semua sebab sudi membaca!!doakan yang terbaik untuk kami ea..~lots of love ♥♥♥♥♥ 

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Monday, 21 November 2011

Yesss,Merdeka!!


Haaaa,yaaabeedabeeduuu!!akhirnya habis jugak exam!!habes exam bermakna habis laa jugak pengajian aku untuk sem 3 neh..selamat tinggal kamsis,selamat tinggal poli,selamat tinggal perlis!!jumpa lagi 6 bulan akan datang..huhu

TAMATNYA EXAM DAN SEMESTER 3
CERITANYA BERMULA…
ISNIN,21 November 2011
Pagi2 aku lagi dah bertolak dari Penang ke Perlis bersama abah,adik2 aku : wanie & zarul dan Mr Boyfie aku..ibu tak dapat ikut sebab mengasuh dan ibu mesti letih lagi dengan kenduri semalam,adik aku lagi sorang pun tak ikutt sebab nak teman ibu kat umah..hmm kami sampai Perlis dalam pukul 8,awal kan??actually exam aku start pukul 11.15 tapi kami budak2 JPH ada perjumpaan pasal praktikal pukul 9 pagi,so memang patut pun sampai awal..
Lepas hantar aku,abah,adik2 dan eqal taktau laa p mana sementara nak tunggu aku habis jawab exam..aku pulak tak sabar2 nak jawab exam,bukan apa takut apa yang aku study terkeluar balik..haha s0,lepas jea habis perjumpaan : alaaa ada lebih kurang sejam lagi nak start exam,apa lagi aku lepak library dulu laa,pulun baca lagi apa yang patut untuk exam nanti..thanks for kawan2 yang teman p library.. J
11:15 – baru terkejar-kejar nak masuk dewan,dapa tpulak tempat depan sekali,adoyaaiii…takpe-takpe semangat aku ada lagi nak jawab exam..hoh0 dan bila dengar jea pengawas peperiksaan tuh cakap “anda boleh mula menjawab sekarang”,aku apa lagi bukak kertas soalan terus baca soalan,jawab,jawab dan jawab..alhamdulillah apa yang aku study rasa bermakna jugak..
Lepas habis jawab semua soalan yang berkenaan (haha ayat bm dok mai tinggi dah),aku double check laa balik semua jawapan aku,okeyh aku puas hati!! tiba2 hati aku cakap,check lagi sekali baru afdhal..haha Okeyh hati,aku dengar cakap kau,aku pun check laa kertas jawapan aku lagi sekali.hmm memang dah puas hati,so aku pun tengok laa jam kat depan..what???baru pukul 12.25,takkan sat jea kot aku jawab..betol ke aku neh??dan2 rasa was2 pulak..dalam dok rasa was2,tiba-tiba…
Tiba2 dengan selamba dan spontannya aku angkat tangan untuk tarik perhatian pengawas peperiksaan & bila pengawas peperiksaan 2 mai dekat aku,aku terus cakap, “saya dah habis”..bila tengok pengawas 2 mengangguk ,aku apa lagi terus kemas alat tulis aku,bangun lalu keluar dari dewan peperiksaan tuh dengan sopan santunnya,haha..fuuuhhhh lega oo0..
Lepas ja aku menapak keluar dari pintu dewan tuh,aku terus kol abah..nasib baik abah dah sampai,tak payah tunggu lama2,dah laa hujan..lepas naik jea kereta,aku diserbu oleh abah dengan pertanyaan2nya..jawapan aku cuma Alhamdulillah,boleh buat dan berserah pada takdir..kita tengok laa result nanti camna..

*okeyh,maka berakhirlah cerita aku & final paper..wait for my result pulak nanti,tengkiu J

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 20 November 2011

Selamat Pengantin Baru


bahan entry aku hari nie,aku nak cerita pasal “majlis perkahwinan” yang telah berlangsung dalam family aku.. okey sebelum 2 aku nak ucap tahniah kat Pak Uda aku yg baru mendirikan rumah tangga pada 15 Oktober yg lalu..walaupun majlis kenduri yg sederhana lagi ala kadar,aku tetap happy.Family kami??lagi laa tak terkata..yeala sebab memang kami semua dah lama menantikan saat neh,nak tengok Pak Uda aku 2 kahwin..akhirnya tercapai jugak & semuanya berjalan lancar..Alhamdulillah.. J
Okey,sekarang neh aku nak sampaikan tahniah kedua aku pada abang sepupu aku yang kacak lagi mach0 & isterinya,Kak Su yg telah selamat diijabkabulkan pada 11 November 2011 (tarikh yang cantik kan?? ) baru2 neh..dan kenduri belah pihak lelaki pun berjalan dengan lancar,Alhamdulillah..
Akhirnya kedua-dua majlis perkahwinan belah family aku dah pun selesai..family kami tentu laa happy,dalam masa yg singkat dapat 2 ahli keluarga yg baru,so to Mak Uda & Kak Su: welc0me to our family..sem0ga bahagia hingga ke akhir hayat..amin….

neh antara gambar-gambar yg sempat diambil (just nak share):

PAK UDA & MAK UDA

ABG HAIRI & KAK SU
PIC FAMILY
Hmm dalam seronok & gelak ketawa menerima orang baru dalam family neh,berkumpul adik beradik,bersatu & saling membantu,tiba2 aku teringat kat arwah tok & tokwan..kalau arwah still ada,mesti depa happy & bangga..yeala,akhirnya Pak Uda kahwin jugak & abg Hairi,cucu sulung tok dan tokwan pon dah jadi suami orang sekarang..medti tok & tokwan tak percaya kan abg Hairi dah besar?? Cepat jea masa berlalu..Walaupun tok & tokwan dah takdak tapi kami semua selalu ingat & mendoakan tok & tokwan disana..insyaAllah (MOOD:sedih sangat2..)

*happy untuk Pak Uda,Mak Uda,Abg Hairi dan Kak Su..SELAMAT PENGANTIN BARU
dan  tak lupa jugak sedekahkan al-FATIHAH untok arwah tok dan tokwan..semoga kalian tenang disana,amin…

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Tuesday, 15 November 2011

Ish Ish Ish..


hyep semua,selamat malam..
hmm susah betul nak lelapkan mata malam nie,taktau pesepa..s0 rasa cam nak menghapdates bel0g,tiba2 ja terlintas kat kepala h0tak nak tulis pasal 1 benda nie..
mesti tertanya-tanya kan,ap0 mend0nya budak nie nak cakap haa..okey laa,tiba2 nak luah perasaan (ha pi dahhh,klu ta cukew bole belah,neyh belog aku ekowt cukew laahh aku na wat ape un,kannnn??),nak cakap sikit laa pasal manusia zaman sekarang nie,suka sangat nak menyibuk hal orang,nak menyampai itulah nak menyampai ini lah,apa kemendanya..tak boleh ke buat hal sendiri??yang bestnya kalau benda yang disampaikan tuh ditokok tambah ceritanya..padiya taktau..
lagi 1,aku tertanya-tanya jugak lah,kenapa ada sesetengah orang tu suka la perasan yang diri tu terlampau bagus,kau cantik cgt ke??kau ingat kau artis orang nak jeles2 kat kau??0PPS!!silap,SAYA tak mampu..SAYA tak cantik macam AWAK,SAYA pun tak HOT cam AWAK,tak ramai KAWAN cam AWAK tapi SAYA tak kisah sebab:

~CANTIK tuh cuma SEMENTARA ja,bila2 Tuhan boleh tarik balik keCANTIKan AWAK 2..saya bersyukur dengan ciptaan ALLAH walaupun muka saya SEBEK & HODOH.. :)
~sampai bila AWAK akan 'HOT'??hidup nie kan macam roda,sekarang AWAK memang kat atas tapi 1 hari nanti AWAK akan ada kat bawah pulak (sekarang memang HOT tapi lama2 akan jadi COLD jugak kan??h0ho).. p/s Tuhan 2 Maha Adil.. ^.^
~walaupun AWAK ramai KAWAN tapi kalau KAWAN untuk suka2 & gembira jea,takdak guna jugak kan??kalau AWAK susah,KAWAN AWAK yang ramai 2 akan ada bersama AWAK ke??belum tentu kan??s0 jangan laa berbangga sangat keyh.. :) (saya happy takdak kawan yang hipokrit & bermuka-muka macam AWAK)

hmm kita semua neyh cuma manusia biasa,kita bukan Malaikat yang tak pernah langsung buat salah s0 jangan laa sesekali cakap 'AKU TAKTAU APA SALAH AKU' or 'AKU RASA AKU TAK BUAT SALAH PUN' or 'ayat2 yang sama waktu dengannya laa'..masing2 dah besaq kan??s0 pandai2 pikir sendiri laa..
lagi satu,kalau aku tak pandang muka sapa2  tu,bukannya aku takut tapi aku dah menyampah dan meluat tahap G.A.B.A.N dah,rasa cam tengah pandang sesuatu yang menjijikan..yeewwww,wekksss :P

Okey laa,last but not least : memang semua orang ada buat salah,semua orang ada AIB sendiri cuma bezannya kita tau dengan taktau jea kan?? tapi sekurang-kurangnya aku tak 'DITINGGALKAN'..Kau MAMPU?? ~peace

*for any STALKER,INFORMER,KEPOCHI,PAPARAZZI@MAMARAZZI, give a go0d story ok??all da best..=.=
*for FOLLOWER,VISITOR & KENGKAWAN yang singgah kat sini,thanks 4 reading ea and pliz c0me again.!! ^.^


lalaalalalaala....hati manyak senang,saya senyum untuk semua orang yang saya sayang dan yang saya tak meluat jea..kalau saya tak senyum uh,faham2 sendiri laa erk..mmwaaahhh u ollzz..
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Thursday, 10 November 2011

SukaHatiAkuLa



hyep peeps!!
 entry kali nie rasa cam nak kata kat orang pulak,h0ho ikut suka aku la kan,dah nama pun blog aku tapi nie will be the first and last entry laa bab nak kata2 kat orang nie,bukan apa just nak 'orang' 2 tau jea yang aku tengah dok tergelak terbahak-bahak sampai terguling guling kat dia nie.hahax

nak kata kat aku macam2 tapi se0lah-olah cam dia dok kata depan cermin (dok kata kat diri sendiri larh,get it??) tapi takpelah,macam Mr Bibiu Boyfie dan 'abang kesayangan' aku cakap, 'biarkan dia',jangan dok pikir pasal dia','tengok sampai bila dia nak gelak ketawa bahagia cam sekarang' ..s0 just wait and see laa..

muka cantik??xdak makna laa kalau mulut cam pompuan ******,pangai tergedik-gedik,hati lagi laa aku taktau nak cakap camna.. (YMTT laa erk) yang mana kenai hang,kenai laa..kalau setakat nak cakap belakang2,budak tadika pun boleh,depan2 diam pulokk..aku memang salute gila ah!!s0 aku tak kisah pun kalau aku tak secantik ataa se 'HOT' hang..hang HOT ke?? :P
dalam d0k sy0k gila kata kat aku,boleh pulak mintak tolong aku faham2 sendiri laa erk mintak tolong apa..(kalau terasa nasib laa wahai cik kak STALKER)~peace..time tuh,innocent,baik jea muka baqhang!!!

*jangan laa jadi cam budak2 erk,nak maki hamun kat bel0g..orang tengok muka hang dah cantik tapi mulut...perrggghhh cam taikkkk :)
*aku tau abang aku bukan tuhan tapi tak salah kalau dia nak ambek berat..hang tak berani dengan dia sebab dia tau apa yang aku taktau..s0 tak heran larh!!hang malu k0t..takpe aku faham.. :P
*sekarang nie hang tak penting pun dalam hidup aku..aku pilih family aku,eqal & 'abang kesayangan' aku 2 keyh,(mesti sakit hati kan?) ada kawan2 yang tak hipokrit pun dah cukup..ada masalah??blah arr..
*kalau berani sangat,p cakap depan2 dengan 'abang kesayangan' aku tuh(aku cabar)..setakat dok menyalak kat blog dan fb hang tu,dia tak dengar laa sayang.. ^_^


okeyh,bubye..nytez cwet drim ea syg.. :) aauuww

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Saturday, 5 November 2011

Salam Aidiladha


SALAM AIDILADHA
keyh untuk entry kali nie just nak ucap 'SALAM AIDILADHA'buat semua umat Islam kat dunia neyh..huhu (cam laa semua 0rang nak baca entry aku)..tapi takpe laa,tak salah pun kan??
s0 kat sini aku nak share laa sikit pasal apa sebenarnya Hari Raya Aidiladha nie ataupun orang kampung aku panggil Raya Haji.. teruskan membaca erk :) *(just c0py paste dari Encik GOOGLE)

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

*terima kasih kerana sudi membaca!! =_^

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Friday, 4 November 2011

h0me sweet h0me :)



huh..akhirnya sampai jugak rumah,rindu kat ibu dan adek2..tadi abah dan wanie yang p jemput kat p0li,excited nak balik sampai sanggup mintak kat lecturer nak balik awai,huhu..
h0me sweet h0me..tak sabar rasanya nak menghabiskan masa kat rumah,kat penang dengan family tersayang,dengan Mr Bibiu B0yfie dan kengkawan sekolah dulu..nanti terus dok Penang,sambung LI kat sini 6 bulan..happynya!!tak payah nak susah hati d0k jauh2 dari 0rang-orang yang tersayang.. :)
tadi dapat jugak jumpa my Mr Bibiu B0yfie sat..es0k kita jumpa lagi erk,bibiu tau!!

*keyh laa da letih dah nie,nak tidur dulu..nytez semua.. ^^,
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Tenang Gila!!


hye peeps..
Hari nie rasa cam nak menghupdates bel0g lagi,yeala semalam tak 0nline sebab BB (ber0adband) aku nie aku bagi pinjam kat kawan..s0 menghadap lapt0p tengok cita k0rea jea laa sampai ke pagi..
s0 ape m0tif entry untuk kali nie??saja laa na k0ngsi ketenangan nie dengan semua orang,huhu hampa mampu??kalau sapa2 yang nak baca okey ja,tapi untuk sapa2 yang sibuk nak stalker: ANDA SANGAT SANGAT LAH DIALU-ALUKAN.. J
Okey laa,straight t0 the p0int : sekarang nie aku dah rasa tenang + aman + bahagia sebab :
*      Semua benda aku dah settle!! sekarang nie tak payah nak pikir ape dah pun – kuiz,test,presentation bagai semua dah habes..kelas pun dah habes..h0ho yepppyyy!!
*      Tenangnya bila dalam kepala h0tak nie dah terbayang nak balik es0k..tak sabar nak tunggu abah mai ambik,barang pun dah packing semua.. (excited lebih sudaa…)
*      Bahagianya bila I get my Mr Bibiu Boyfie back!! dah okey dah dengan dia sukasuka
*      Dah terbayang nak jumpa kengkawan kat Penang,tak sabar nak keluar sekali..h0pe jadi laa nak jumpa time cuti nie..
*      Tenangnya bila d0k dalam bilik tanpa gangguan sambil layan citer Korea dan mesej2 with my Mr Bibiu Boyfie..

Thanks t0 Mr Bibiu Boyfie sebab teman malam nie,layan karenah aku yang entah apa2 dan banyak bagi nasihat jugak..thanks cyg sebab dah banyak mematangkan diri neyh untuk  melakukan sesuatu benda..bet0l laa,kita dah besar masing2 ada otak,dah boleh pikir..bukan jadi cam budak2,tak macam sesetengah orang tu kan??huhu..kalau terasa ambek semua laa keyh..

PERSONAL TASTE :)
*tak larat nak taip dah,nak samb0ng tengok citer k0rea neyh balik..daa semua,nytez.. 

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Tuesday, 1 November 2011

Fakta LELAKI & PEREMPUAN


FAKTA LELAKI


Apabila sorang lelaki diam
Dia sedang mendengar kamu..

Apabila sorang lelaki merenung kamu
Difikirannya,kamu  adalah perkara yg paling indah di dunia..

Apabila kamu meletakkan kepala di dada sorang lelaki
dia sedang berada di dalam dunianya sendiri!!

Apabila sorang lelaki menelef0n kamu setiap hari,
dia sedang dilamun cinta..

apabila sorang lelaki mengatakan saya rindu awak,
dia merindui kamu lebih daripada kamu merindui dia..

apabila sorang lelaki telah jatuh cinta  dan mengatakan I love you
dia benar2 maks0dkannya!!



FAKTA PEREMPUAN

Apabila sorang gadis diam
Berjuta-juta benda yang bermain dalam fikirannya..

Apabila sorang gadis merenung kamu
Dia tertanya-tanya adakah kamu berb0hong..

Apabila sorang gadis yang meletakkan kepala di atas dada kamu
dia ingin kamu bersamanya untuk selamanya!!

Apabila sorang gadis menelef0n kamu setiap hari,
Dia  inginkan perhatian dari kamu..

Apabila sorang gadis mengatakan
 saya rindu awak,
tiada sapa pon  di dunia ni bole merindui kamu lebih daripada itu..

apabila seorang gadis telah jatuh cinta dan mengatakan I love you
dia memang maks0dkannya!!

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Welc0me NOVEMBER !!



Terasa nak hupdates bl0g pulak lah malam nehh..sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas (wahh bahasa melayu tinggi) s0 memang awal lagi laa kalau aku nak cakap ‘WELC0ME N0VEMBER’ !! 01.11.2011,unik kan tarikh nehh??
NOVEMBER you c0me again (ceeewahhh),siyesly rasa cam tak percaya..cepat betul masa berlalu kan?? Hmm s0 n0vember tahun nie k0non2 banyak benda laa yang akan berlaku..

Firstly,this week 4 NOVEMBER aku nak balik Penang,nak cuti laa sebab 6 N0VEMBER kita nak sambut raya haji (RAYA AIDILADHA pon bole) dan then cuti sat,lepas tu c0ntinue dengan study week..21 NOVEMBER pulak dah exam,nasib baik 1 paper jea..lepas habis memerah keringat dalam dewan selama 2 jam (haha ayat bm tinggi lagi) aku MERDEKA laa !! balik Penang laa weyh…nak rehat puas2 sebelum start praktical bulan 12 nanti..

29 N0VEMBER pulak,genap laa setahun relationship aku dengan my Mr Bibiu Boyfie aku..tapi taktau laa sempat ke x,yeala sebab macam2 boleh jadi kan.aku just d0a yang baik2 jea laa,aminn….rasa cam tak percaya nak dekat setahun dah aku kapel dengan dia..rasa cam baru semalamm first time jumpa..(h0ho bole tera 2??)

peringatan untuk Mr Bibiu Boyfie: I LOVE YOU TAU.. :P

Pape pun,hope this month will be better than the previous months..sem0ga redha ALLAH sentiasa bersama aku..aminn… :)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...