Sweet Followers

Red Bow Tie

Friday, 25 January 2013

Setiap Gambar Ada Cerita

ASSALAMU'ALAIKUM..:)
Hari nie takda apa nak tulis sangat pun cuma nak share kerinduan hati nie melalui gambar.

 KENANGAN KAMI BERDUA 

First time jumpa~ 9 Oktober 2010
Rindunya...
Masih mampu tersenyum..
Kali terakhir kami keluar. :(
hmm dah hampir 4 bulan tak jumpa dia.taktau la macam mana keadaan dia sekarang..

ƸӜƷ MOHD HAEYKAL ƸӜƷ

Masa awal-awal kenal dia.kurus kan?
Time lepak kat pantai Queensbays..
Bila dia mai rumah,Hanya tinggal kenangan..
Time dia dah gemuk :P Kali terakhir p Queensbay dengan dia..
Gambar yang dia baru sent.Dah lama tak tengok dia.:(
Dan dia suka sangat snap gambar aku.Hmm rindunya time-time camnie.
 (-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩__-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩)

●• TAKEN BY HIM ●•

Masa kerja sama-sama kat bj..
Time p kenduri sama-sama.. :)
Akan selalu tersenyum untuk dia..InsyaAllah
Tetap akan menanti saat-saat macam nie lagi..
Kenangan takkan mudah untuk dilupakan dan insyaAllah akan sentiasa terpahat dalam ingatan.Semoga suatu hari nanti kita dapat melakar kenangan baru bersama.InsyaAllah,semoga diberi kekuatan untuk terus menunggu..

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Thursday, 24 January 2013

Rindu Yang Tak Terucap

Selamat Pagi semua..
JAM dah menunjukkan hampir pukul 2 pagi tapi mata nie masih belum mengantuk,entah la bila dok sorang-sorang nie macam-macam yang terpikir.kalau boleh taknak ingat apa-apa sebab hati nie akan sedih tapi perasaan tetap perasaan kan?
Tipu la kalau hati nie tak teringat,tak sedih..


Semua kenangan dulu mesti akan teringat balik,sekarang semuanya dah berubah.Dulu kami dekat,sekarang dah jauh.Bila dah jauh semuanya akan berubah dengan sekelip mata.Yang PASTI aku kena biasakan diri dengan keadaan baru,tanpa 'DIA'..
Kalau diikutkan,nampak macam takda apa sangat,sebab aku masih belajar kat sini dan apa-apa pun dia akan tunggu aku kat Penang.Tapi sekarang kalau aku balik Penang? 'DIA' dah takda kat sana,tapi kenangan  yang 'DIA' tinggalkan terlalu banyak.
Kalau aku balik,aku tengok feri teringat dulu yang dia akan hantar aku kat jeti tunggu feri sampai la aku naik p seberang sana.Tengok bus rapid,akan nampak dia tengah tunggu aku sampai naik bus takpun kami akan naik bus sama-sama.Sepanjang perjalanan naik bus dari jeti ke rumah,akan lalu semua tempat yang ada kenangan dengan dia.


Tengok jambatan Pulau Pinang,teringat kali terakhir dia bawak aku ronda bawah tu.Dia kata nanti kalau ada rezeki dia nak bawak aku p mancing bawah jambatan,macam dia p dengan kawan-kawan dia tapi kena tunggu dia beli mancing sendiri dulu.Pastu lalu kat Queensbay Mall,teringat tempat pertama dan kali pertama kali jumpa.Tempat tu jugak la yang selalu kami p tengok wayang,makan-makan,lepak tepi pantai sambil makan rojak,makan steamboat,tempat kami gelak-gelak,bergaduh,bersembang..Ya Allah,rindunya..
Kalau dok kat rumah lagi la terasa yang dia ada..Selalu tengok sofa tempat yang dia selalu duduk tengok tv dan bersembang dengan kami tapi sekarang dah kosong.Kalau tengok meja makan,terbayang dulu yang dia akan duduk kat situ,tunggu aku hidang nasi,boh lauk kat dia,tuang air dan teman dia makan.Sekarang,kalau nak makan aku akan makan kat depan,tak sanggup duduk tempat dia.Bila tengok bilik belakang,terasa macam dia ada.Bilik yang dia selalu tidur kalau dia mai rumah.Bilik yang dia selalu guna kalau dia mandi kat sini,bilik tu jugak la yang dia pernah guna untuk sembahyang.Bilik yang aku pernah hamparkan sejadah dan bagi kain pelikat.
Setiap kali aku p pasar malam,mesti dia akan pesan apa-apa nak makan,dia akan ambik bila aku dah beli takpun dia akan mai makan kat rumah.Sekarang,aku p pasar malam tanpa belikan apa-apa untuk dia.Lain rasanya..Kalau p Bukit Jambul,benda yang dia paling suka,'Each A Cup'..Dia mesti akan beli yang paling special dan kami akan share berdua.Dan dia suka sangat makan M'Donalds kalau kami p situ.Tapi sejak dia takda nie,aku dah tak pernah makan M'Donalds dan dah tak pernah sentuh 'Each A Cup' tu lagi.Mana mungkin,aku sedih.....
Hmm dia suka sangat tangkap gambar aku curi-curi,aku tak pernah perasan pun..Bila aku tengok ncet dia,baru aku tau tabiat dia yang satu nie.:)


Kalau aku balik sana,aku cuma tunggu panggilan dari dia ja untuk ajak aku keluar..Saat yang paling aku tunggu-tunggu..
TAPI....
Tu semua dulu,kenangan yang dia tinggalkan bersama aku di Penang.Sekarang Penang dah takda apa-apa melainkan family aku.Hanya Tuhan ja yang tau betapa aku terlalu rindukan semua tu.TERAMAT RINDU..
Semoga hati aku terus kuat untuk melalui hari-hari mendatang tanpa 'DIA' dan aku harap keadaan nie takkan lama.Aku nak sangat dia balik Penang balik dan aku tau dia pun mengharapkan benda yang sama.
Kadang-kadang aku bersuara,mengadu jugak dekat dia apa yang aku rasa,berterus terang tentang perasaan aku..Dan dia pun selalu mintak aku jangan bersedih,dia terus bagi semangat supaya aku terus bersabar dan kuat untuk menghadapi keadaan nie.


Semua nie adalah dugaan buat kami,semoga kami masih mampu untuk tempuhinya..AMIN



*Cuma nak dia tau yang aku sayang dan rindu dia. (-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩__-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah

ASSALAMU'ALAIKUM..


Alhamdulillah,kita masih diberi peluang untuk menyambut hari kelahiran kekasih kita yang abadi iaitu Nabi Muhammad S.A.W.Esok 12 Rabi'ulawal adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh seluruh  umat Islam yang merindui Baginda.
Dekat sini aku nak share la link-link yang pernah aku post dulu mengenai Rasulullah S.A.W yang boleh dibaca untuk panduan kita semua dan untuk kita terus mencintai kekasih kita yang hakiki.

Nak baca,KLIK JA OKEY?

Okey la,terima kasih kalau sudi baca.Kat bawah nie aku nak share jugak serba sikit gambar yang berkaitan dengan Baginda.(TERUSKAN SCROLL DOWN EH)

HELAIAN RAMBUT RASULULLAH S.A.W
BEKAS MENYIMPAN RAMBUT RASULULLAH S.A.W
SELIPAR RASULULLAH S.A.W
BAJU JUBAH MILIK PUTERI BAGINDA,FATIMAH AZ-ZAHRAH
SELIPAR CAPAL MILIK RASULULLAH S.A.W
Okeyh,DONE!Eh belum lagi la..By the way,kalau hampa rasa tak puas atau nak lagi baca dan tau tentang kisah Nabi kita nie,aku syorkan kat hampa 1 buku nie.Aku dah beli dan aku rasa buku nie memang terbaik la sebab dia memang tentang biografi Baginda.Alaa tak mahal pun cuma RM55 kot kalau tak salah.Gambar buku kat bawah haaa....


Intro pasal buku nie:
-Harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui,mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda.Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-ahzab ayat 56 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah SWT dan Para Malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Dan kalau kita nak lebih menghayati kisah perjuangan Nabi bersama para sahabat,apa kata beli buku nie:


Kita akan mengerti dan merasai sukaduka dan keperitan Baginda dan para sahabat dalam menegakkan agama Islam.Sesungguhnya Baginda la kekasih sejati kita.AL-FATIHAH buat Baginda dan para sahabat.

*Maaf andai ada yang tidak kena dalam entry kali ini,hanya sekadar untuk perkongsian bersama.
terima kasih.

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Wednesday, 23 January 2013

Wajah Baru 2013

ASSALAMU'ALAIKUM..:)

Huh...dah rasa cam lama sangat tak menghupdates blog nie,almaklumlah sekarang nie dah bertambah busy (bukan busybody eh). ALHAMDULILLAH,masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk  terus menulis disini.
Okey la,sebelum aku melalut entah ke mana aku nak teruskan cerita untuk kali nie.Dah agak lama aku tak bukak blog nie,tak menghupdates entry-entry baru,entah la rasa macam takda masa sejak kebelakangan nie.Mungkin tengah menstabilkan diri dulu untuk menghadapi semester akhir nie! (wahhhhhh dah jadi kakak senior kau..)hehe..
Memandangkan aku telah merindui blog aku nie sangat-sangat dan alang-alang esok memang takda kelas langsung,aku pun terus la menghabiskan masa sehari suntuk nie nie untuk tukar segalanya kat blog aku yang tak seberapa nie.(aku tengok pon dah bosan)huhu..

nie rupa blog yang dulu / sebelum
Dah masuk tahun baru,blog pon mau kasi nampak baru la kan??So kelebek sana kelebek sini,jadi la cam sekarang rupa blog aku nie.entah ok ke tak bagi hampa-hampa yang singgah kat sini.Kalau hampa boleh bagi pendapat lagi bagus.Aku pon dah tension dok buat menatang nie..:P
nie rupa blog yang sekarang / selepas
Ok la semoga wajah baru blog aku nie ok la eh,simple ja.ha lagu pon dah tukar baru!hikhik..ˆˆ
Antara sebelum dan selepas yang mana ok???

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...