Sweet Followers

Red Bow Tie

Sunday, 16 December 2012

♥ Happy Anniversary yang ke-23 ♥


Dah genap dah hari 23 tahun anniversary ibu dah abah.16 DISEMBER adalah tarikh yang bermakna dalam hidup ibu,abah dan kami adik beradik.Kat sini aku nak ucapkan ....................

╔═══════════════  ═══════════════╗
 HAPPY ANNIVERSARY ABAH & IBU  
 Thank you, for being a Great Parents in the world 
╚═══════════════  ═══════════════╝


Semoga abah dan ibu akan terus berbahagia di dunia dan akhirat,insyaALLAH.amin..walaupun anniversary abah dan ibu kali nie kita satu family tak dapat sambut sama-sama tapi aku akan terus kirimkan doa serta peluk cium dari jauh.

Sedih tu memang la sedih sebab setiap tahun kami adik beradik akan wish kat abah dan ibu genap pukul 12 malam 16 Disember dan akan bagi hadiah serta peluk cium untuk ibu abah tapi tahun nie aku sorang ja yang tak dapat buat macam tu sebab berada jauh dari depa. :( 

Walaupun jauh di mata,abah dan ibu sentiasa dekat di hati aku.Walaupun lambat,aku akan tetap bagi sesuatu untuk abah dan ibu nanti.. :)
Tunggu laa kepulangan aku.


*Kami adik beradik akan selalu berada di samping kalian,semoga keluarga kita akan terus bahagia dunia dan akhirat.Terima kasih kerana menjadi abah dan ibu yang terbaik untuk kami. LOTS OF LOVE 

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Saturday, 15 December 2012

Khasiat Ayat Kursi

5 Minit sahaja , Syurga menanti wahai Orang-orang MUSLIM :


Khasiat Ayat Kursi :

Baca pada saat keluar rumah,
70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

Baca saat masuk rumah,
Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

Baca setelah berwudhu,
Darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

Baca pada saat tidur,
Malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

Baca setelah solat,
Maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi Sedekah Jariah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...


Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil?
Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton filem selama 3 jam?

Kenapa kita bosan saat baca Al-Qur'an?
Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesanan dari Allah?
Tapi kita sanggup memforward pesanan yang pelik-pelik?

Kenapa masjid semakin kecil?
Tapi bar dan club, semakin besar?

Kenapa kita lebih sangat senang menyembah artis?
Tapi sangat susah untuk menemui Allah?

Fikirkanlah..

Apakah Anda akan memforward pesan ini?

Apakah Anda akan mengabaikan pesan ini karena takut ditertawakan orang lain?

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu. Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman."

Ada 2 pilihan untuk Anda:

1. Biarkan didalam BBM, catatan atau fikiran anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.

2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.


SUBHANALLAH...

*Bayangkan kalau suatu hari nanti ALLAH SWT tarik balik nikmat yang telah dikurniakan kepada kita?

(sekadar perkongsian bersama #copypaste#)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Friday, 14 December 2012

1.2.34 Hijrah,Jumaat yang Indah

Kalau 2 hari lepas,semua orang sibuk bercakap pasal tarikh 12.12.12 yang cantik dan hanya akan muncul sekali dalam hidup.Tengok berita,online facebook,baca paper semuanya tentang perkara yang sama.Kebanyakkan semua memilih tarikh tu untuk peristiwa-peristiwa yang penting dalam hidup depa macam majlis pertunangan,majlis perkahwinan dan tak lupa jugak tarikh lahir seseorang.Ramai jugak baby yang lahir pada tarikh istimewa tu tapi macam mana pulak dengan tarikh hari nie,14 DISEMBER 2012?

Mungkin hanya sebahagian dari kita ja yang sedar tentang tarikh hari nie.Hari nie,Jumaat,PENGHULU SEGALA HARI merupakan 1 Safar 1434 Hijrah mengikut kalendar Islam & dah tentulah ia menjadi 1.2.34.Subhanallah,cantiknya tarikh hari nie.lebih cantik dari tarikh 12.12.12.Semoga kedatangan bulan Safar nie menjadi bulan yang lebih baik untuk kita semua,Amin..

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥ ISLAM ITU INDAH ♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 9 December 2012

Result ohh result

Assalamu'alaikum readers..HEHE
All Praise belong to Allah :)
hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba.tadi dah check result kat laman web poli,alhamdulillah syukur sangat-sangat dapat result yang tak menghampakan.Walaupun tak dapat AKJ,tapi aku terima sebab keputusan aku pasti setimpal dengan usaha aku selama nie.Cukup la rezeki aku banyak tu walaupun ada membe-membe yang cakap,'ruginya','la lagi sikit ja nak dpt AKJ','camna hang tak bole dpt AKJ nie' tapi aku tak kisah sebab aku tau hampa semua amek berat pasal aku kan?HEHE cehh ayat perasan!
Apa-apa pun takpe la sebab result aku tak drop dan tak payah nak kena repeat mana-mana subjek balik,tu yang PENTING! dan benda yang aku paling bersyukur dan hepy sangat-sangat sebab subjek yang paling aku takut sekali,macam subjek tu subjek killer bagi aku,aku boleh dapat A-..ACCOUNT weyh!!memang tak kena la dengan otak aku yang lembab nie.tapi alhamdulillah,lulus jugak subjek yang paling ngeri nie.HUHU
Ok la kat bawah nie aku share la result aku yang aku dah print screen tadi.yang penting yang highlight tu.(Account awesome)HIKHIK..kalau nak tengok,tengok la,kalau taknak pun,tak kisah..:P
Aku harap result nie dapat menggembirakan ibu dan abah.Aku pasti ibu dan abah akan tersenyum untuk keputusan aku kali nie. :) Terima kasih jugak untuk doa dan sokongan ibu dan abah serta semangat yang diberi oleh Mr.Boyfie.
Tak lupa juga untuk kawan-kawan yang banyak beri tunjuk ajar kat aku terutama dalam subjek ACCOUNT tu dan sabar melayan aku,yeala sebab dapat kawan yang otak lembab bab kira-kira macam aku nie ha.HUHU thanks a lot AMIRAHIZZATI,HASNINI,ZUE dan NABILAH SYUHADA sebab beri tunjuk ajar,kalau tak,tak dapat A la aku nie.hikhik
Thank a lot friends :)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Tuesday, 4 December 2012

Selamat pulang abah,terima kasih Mr Boyfie

Assalamu'alaikum readers (^^,)
SELAMAT PAGI.....
huaargghh dah pukul 3.38 pagi tapi masih tak terasa mengantuk lagi!!Tangan-tangan nie pulak terasa gatal-gatal nak menghupdates belog,huhu..Apa bahan entry aku untuk pagi-pagi buta neh?dan apa kata hampa cer baca tajuk kat atas nuh ha..dah?ok kita proceed dengan ceritanya..HEHE
Ha,hampa nampak gambar kat atas nie?Sebenarnya abah baru balik semalam dari Langkawi setelah 3 hari ada kat sana..abah buat apa?ada kursus apa tah la,tapi bab nie tak penting pun.Yang pentingnya abah selamat p selamat balik walaupun sampai umah hampir pukul 2 pagi.Abah takda 3 hari nie terasa macam patah tangan sebelah,HEHE.Apa-apa pun,SELAMAT PULANG ABAH..:) *yang bestnya abah bawak balik ole-ole dari Langkawi!!sukasuka.
kegilaan aku :P
Coklat!! maableesss..waallahhh :D
.....abah jugak membawa khabar berita tentang Mr Boyfie yang ada kat sana..Alhamdulillah abah cakap dia dah nampak sihat dan bertambahhhhhhhhhhhhhhhh GEMUK!!HAHA..gemuk pun gemuk la asalkan dia dah tak sakit.:) Terima kasih Mr Boyfie sebab teman dan tengok-tengokkan abah kat sana dan temankan abah p shopping coklat,HEHE.
TERIMA KASIH jugak sebab bagi buah tangan untuk orang dan family.Macam tau-tau ja orang suka DAIM.:) (terharu sangat) apa-apa pun semoga cepat sihat dan betul-betul sihat..
DAIM dari MOHD HAEYKAL ^_____^
buah tangan dari Langkawi
TERIMA KASIH
*ADA JODOH KITA JUMPA LAGI 

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 2 December 2012

SUPERHERO-SUPERHERO saya!!

hye semua..ok,entry kali nie aku nak tujukan buat superhero-superhero aku yang paling aku sayangi..Dalam dunia nie aku ada 3 orang ja superhero yang selalu ada dengan aku,yang mampu jaga dan sayang aku DAN aku pun sayang depa jugak-jugak!! ^^,
Ok la,aku nak memperkenalkan superhero aku yang pertama yang terletak dalam carta hati aku yang paling tinggi (tuddiiia aihh) ialah abah aku yang tercinta. :) nak tengok ni haaa :::::::::::::::::::::> SCROLL DOWN
:
:
:
:
:
V
di carta PERTAMA..HEHE
ha,dah tengok kan?hensem dakk??HEHE..ok,la kalau hampa semua nak tau aku sayaaannnggg abah aku sangat-sangat.Kalau nak dibandingkan dengan ibu,aku lebih rapat dengan abah sebenarnya.taktau la sebab apa.abah memang abah terbaik kat dunia,walaupun abah tak limpahkan aku dengan kemewahan harta benda ,aku tak kesah sebab aku dah rasa mewah dengan kasih sayang abah yang tak ternilai.Ramai orang cakap aku mirip muka abah,betul la kot sebab perangai aku banyak ikut perangan abah jugak.hehe I LOVE U ABAH :)
Next,kita pi ke superhero aku yang kedua.sapa2?ha,bukan boypren aku na..(takmau takmau takmau) dia adalah.............satu-satunya adik lelaki yang aku ada.Walaupun aku suka gaduh2 ala2 manja dengan budak nie,tak dinafikan kami memang rapat dan banyak persamaan terutamanya perangai yang ikut perangai abah tu..hehe
superhero di tempat KEDUA..:p
Dia nie suka menyakitkan hati aku tapi aku TETAP sayang BUDAK GEMUK nie..(jangan marah na..) sapa-sapa rasa nak jadi adik ipaq aku,mai2 ambik borang kat aku.HAHA
......DAN yang terakhir sekali,nie laa superhero aku yang ketiga >>> baru boypren cheq..HAHA 
superhero aku no 3..HEHE
sory laa Mr Boyfie sebab kedudukan anda jatuh no 3..hehe jangan sentap na..ha!!kalau kat atas tadi tu BUDAK GEMUK,hat nie pulak BUDAK MUNCED dan yang nie takdak borang untuk diisi na,harap maklum..:P sayang Mr Boyfie..huhu
setakat nie jea la kisah superhero-superhero aku.aku tak perlukan SUPERMAN,BATMAN ataupun SPIDERMAN untuk menjaga dan berada bersama aku,cukup la hanya mereka bertiga.:)
*Sapa pulak superhero hampa??

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Thursday, 29 November 2012

Second Anniversary!!

SELAMAT PAGI!!
ya ya dah cukup besar dah gambar kat atas tuh,huhu..2nd??apa yang 2nd nya kan?ok la hari nie dah genap la 2 tahun aku berkawan dengan Mr Boyfie..takmau tau?takmau tau dah la,jangan baca dan hampa boleh KLIK SINI dan sapa yang nak baca,terima kasih dan sila teruskan..HEHE
entry nie hanya sekadar entry dan namanya pun belog aku kan mesti la ikut suka aku jugak..entry nie hanya sekadar perkongsian,takda niat nak berlagak,menunjuk atau berbangga dengan diri sendiri,ok peeps?GOOD2..

29 November 2012 genap la 2 tahun usia perhubungan + persahabatan kami.Alhamdulillah masih di dalam restu Allah dan juga keluarga.Selagi Allah mengizinkan,kami akan terus bertahan bersama walaupun dah macam-macam dugaan yang kami tempuh.
Untuk tahun yang kedua nie,alhamdulillah masih ada perubahan yang positif dalam hubungan kami.Pertama kalinya aku berjumpa dan bercakap dengan ibu dia dan terus mendapat restu.Hadiah pertama yang diberikan adalah sebuah ciuman yang ikhlas dari ibu dia.:)
Dan untuk 'PEREMPUAN ITU' ( aku pasti hang akan baca benda nie ) cukup-cukup la,ingat la yang Allah yang tentukan ajal,maut,jodoh dan rezeki kita.Bukan hang atau sapa-sapa.Andai tertulis dia jodoh aku,hang buat la apa-apa pun pasti takkan berjaya tapi kalau memang dia jodoh hang ataupun orang lain,percaya la,itu jugak memang KEHENDAK ALLAH.Aku sendiri takkan melawan takdir.
Tak lupa jugak kepada family aku,family dia dan kawan-kawan yang mendoakan kebaikan kami,yang mendoakan kesembuhan dia,TERIMA KASIH yang tak terhingga.Semoga hampa semua akan terus mendoakan kami..AMINN..


Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 28 October 2012

Kenangan Terakhir bersama 'si dia'

Assalamu'alaikum semua..(jawab jangan tak jawab) HEHE..Hari nie mOod agak sedih sikit nak menaip,isk isk isk..:'( sebabnya?? hmm 'si dia' dah takda kat Penang..huaaa huaaaa
28 Oktober 2012,'dia' dah balik Langkawi dengan ibu dia atas sebab2 tertentu..(biarlah dirahsiakan sebabnya)takpala mungkin itu yang terbaik untuk'dia' sekarang.Yang sedihnya ibu dia mai Penang tak bagitau pun,TUP TAP TUP TAP dah ada kat sini..
Secara kebetulannya dua hari sebelum ibu 'dia' mai tu,kami sempat keluar p ronda-ronda ,pusing-pusing naik moto seolah-olah macam dah tau tu  la hari-hari terakhir kami keluar bersama....esoknya pula adalah Hari Raya Aidiladha yang secara rasminya menjadi Hari Raya Aidiladha yang terakhir untuk kami di sini (Penang).
picx terakhir kami.. -_-
.......Esoknya dan secara kebetulannya jugak masa hari ibu 'dia' mai tu,aku memang dah plan nak masak untuk 'dia'.Secara kesimpulannya,aku dan family aku pun jemput la ibu,makteh dan maknjang 'dia' sekali ke rumah.First time jumpa ibu 'dia' agak takut dan risau tambah dengan berdebar-debar sekali tapi lepas salam ibu 'dia',ibu terus cium pipi aku..agak terharu disitu..:(
Itulah kali pertama dan terakhir aku masak untuk 'dia',benda yang dia nak sangat aku masak iaitu 'daging masak lada hitam' dengan 'sayur kailan'.Alhamdulillah menerima reaksi yang positif dari 'dia' dan ibu walaupun dalam hati tengah sebak sangat sebab itulah kali yang terakhir aku akan tengok'dia' makan ..
Aku yakin pasti ada hikmah dengan kedatangan ibu 'dia' ke sini dan bawak dia balik ke Langkawi semula,alhamdulillah ibu dia merestui kami berdua..
Sebelum balik,ibu 'dia' ada menghadiahkan sesuatu buat aku.Aku terharu sangat walaupun ibu cakap tak semahal mana tapi bagi aku pemberian ibu tu cukup berharga..:) terima kasih ibu.. 
sebentuk cincin & seutas gelang tangan
 takpala,ibu bawak la 'dia' balik untuk kebaikan 'dia' jugak.Cukup la'dia' menderita kat sini.Satu hari nanti 'dia' pasti akan balik sini balik andai ada jodoh kami.:)
MOHD HAEYKAL:::> jaga diri baik-baik,semoga cepat sembuh dan jadi macam dulu balik..akan merindui saat-saat itu..♥♥♥
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Monday, 27 August 2012

Motif Band -Tuhan Jagakan Dia

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

kan best kalau Boyfie nyanyi lagu nie kat aku..haha *mood gatai o__O

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Wednesday, 22 August 2012

Aidilfitri 2012

Hye semua,rasanya cam dah lama jari-jari nie tak menaip keyboard untuk melakar kisah hati kat blog nie..(tudiaaa ayat)..HAHA
Hari nie aku nak share gambar-gambar masa raya Aidilfitri yang lepas,rasanya dah terlambat tapi aku peduli hapaaa…hehe so scroll down laa sampai habess ea.. tengkiu..
Alhamdulillah raya tahun nie rasa bermakna sebab masih diberi peluang untuk bernafas dan menyambut kedatangan Syawal bersama orang-orang yang tersayang.
So tema baju raya tahun nie adalah PINK!! Hehe bole bayangkan tak macam mana superhero-superhero aku pakai baju kaler 2..sO cute and so jambu,yewww..btw abah still segak bergaya,adik aku yang tersayang macho laa konon-kononnya and my Mr Boyfie??haha padan muka taknak sangat kan,tapi kena jugak!!jambu gila!! Wekkk.. :P
Jom kita TERJAH gambar-gambar kat bawah nie!!
::
::
::
V
keluarga yang tercinta ^_^
SUPERHERO aku selamanya.. :)
Nie plak gambar nyawa,jantung,cinta hati aku kat dunia nie..love them so much!!

my everything ^^, mmwaahh
sayang abah,sayang ibu muchie-muchie..HEHE
.........dan nie plak geng Power Rangers aku..HAHA

kami 4 beradik :)
Tahun nie pun agak bermakna pada aku sebab aku boleh beraya dengan Mr Boyfie aku,tak macam tahun lepas,dia balik kampung tak dan nak beraya sama-sama..tahun nie kena pakai baju kaler PINK,padan muka!!HEHE..sO sweet+ sO jambu..:P

1st Syawal bersama Mr Boyfie =_^
Salam Aidilfitri dari kami..H`EE
Walaupun kegembiraan dirasai,tapi arwah maktok dan tokwan tak pernah dilupakan,lepas ja sembahyang raya destinasi pertama yang kami sekeluarga tuju adalah kubur arwah maktok dan tokwan.Semoga mereka tenang di sana  AL-FATIHAH…






*sampai sini jea laa dari aku,

with  ZATI BASERI

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Monday, 30 July 2012

Nuzul Quran


JOM BACA
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


*Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Friday, 27 July 2012

Doa Seorang Kekasih


Doa Seorang Kekasih 
Tuhanku,
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku,tercipta buatku, 
Dekatkanlah dia padaku,Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkan kemesraan antara kami Agar kebahagiaan ini abadi..
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, 
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup,Ke tepian yang sejahtera.
Tetapi Tuhanku, 
Seandainya telah Engakau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luput dari ingantanku 
Dan peliharalah diriku dari rasa kecewa.


Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berilah diriku kekuatan, 
Melontar bayangannya ke dada langit,hilang bersama senja merah 
Dan gelap pekat malam 
Agar aku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya.
Dan Tuhanku Yang Tercinta, 
Gantikanlah yang telah hilang 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tiadakan sama dengan dirinya.
Seandainya dia datang menemuiku,
Cinta itu adalah cinta yang sejati dan suci. 
Tetapi seandainya dia pergi dan tiada menemuiku 
Anggaplah cinta itu tidak pernah wujud dari awalnya..❤❤❤



Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Tuesday, 17 July 2012

Anda Ingin Lebih Cantik Dan Menarik?


hye semua,hari nie Zati nak kOngsi tips sikit especially untuk kaum wanita yang semestinya inginkan kecantikkan dan nampak menarik.Kat bawah nie Zati bagi tips untuk kita semua kOngsi bersama,InsyaAllah amat berguna jika diamalkan. Scroll dOwn ea,selamat membaca!!


*Gunalah 'sabun istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.


*Bedaklah wajah anda dengan 'air wudhuk' nescaya akan berjaya di akhirat.


*Oleskan 'lipstik kejujuran' pada bibir anda,nescaya anda akan nampak lebih manis.


*Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang terhasil dari rasa malu yang dibuat dari salun keimanan.


*Sebaik-baik kalung adalah 'kalung kesucian'.


*Hiasilah tangan anda dengan 'gelang tawadhuk' dan jari-jari anda dengan 'cincin ukhuwwah'.


*Rawatlah rambut anda dengan 'selendang Islamik' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.

Di mana cantiknya seorang muslimah?   

      Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang
selalu menjeling tajam  atau yang kadang kala
malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada
bibirnya  yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman
manis, atau yang  sekali- sekala memberikan kucupan
mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan  pipi munggil
anak-anak  Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang
gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut
sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum
cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta
malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih
belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan
perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran
kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan
memberikan keindahan- keindahan itu. Namun, betapa pun
dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan
cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi
jua. Wajah akan suram,  mata akan kelam.   
        Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia,
sifat keperempuanan yang  dipupuk dengan iman dan
ibadah.

-->> Semoga tips-tips ini dapat membantu anda semua untuk menjadi lebih cantik dan menarik selepas nie.InsyaAllah

SUMBER : WASILAH KALBU


Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 15 July 2012

Kembali Melakar Kenangan :)


rindu sangat-sangat..(perkataan nie jea la yang mampu menggambarkan perasaan aku sekarang).Dah lama sangat tak menikmati detik-detik camnie..ha pasti tertanya-tanya kan apa dia..
sebenarnya aku happy sangat-sangat sebab keinginan aku yang satu nie tercapai jugak sebelum aku balik pOli,NAK KELUAR DENGAN BUDAK TU Mr Bibiu Boyfie..Yeala dah nak dekat 6 bulan aku stay kat penang nie tapi keluar dengan Mr Bibiu Boyfie,hmm jarang sangat..(atas sebab-sebab yang tertentu) biar laa hanya Allah.aku,dia dan orang yang terdekat ngan kami jea yang tau sebab apa..
Hari tu 8 JULAI 2012,dia kuatkan diri dia jugak untuk keluar..bila dia call suruh siap dan cakap nak keluar,rasa happy sangat-sangat sebab dia pon tau yang 2 la yang aku harap2 kan sebelum balik Perlis..*thanks Mohd Haeykal..
Walaupun keadaan dah tak macam dulu tapi aku bersyukur sangat sebab Allah masih bagi dia kekuatan untuk terus menghadapi dugaan dalam hidup nie.Kenangan pada hari tu akan menjadi kenangan yang paling bermakna setelah sekian lama aku tak merasainya..

thanks fOr make me smile again.. >..<
Cinta kami milik ALLAH :)
tengOk wayang,makan-makan,lepak kat tepi pantai Queensbay,main game..harap kita akan terus kembali melakar kenangan bersama. :)

credit tO my photographer yang tak bertauliah :)
main game sampai lupa kat orang sebelah :(

*thanks banyak-banyak Mr Bibiu Boyfie ( MOHD HAEYKAL ).. selagi cinta dan sayang tu milik ALLAH, selagi itulah kita mampu bersama.. :) HACKS ♥♥
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...