Sweet Followers

Red Bow Tie

Sunday, 31 July 2011

Luahan Hati


Maaf..bukan niat aku nak menyusahkan sapa-sapa,aku jugak manusia biasa yang lemah dalam menghadapi dugaan..tapi alhamdulillah,dengan semangat dan sokongan yang diberikan oleh family tersayang,orang yang tercinta (my mr. chenta hearty) dan kawan-kawan yang terlalu caring.

Sejak kebelakangan nie ada jea benda yang jadi yang membuatkan aku semakin tabah & kuat untuk melalui kehidupan nie..f0r my bel0ved abah dan ibu,terima kasih atas kasih sayang dan perhatian kalian..maaf sebab tak bagitau keadaan diri yang sebenar,orang cuma taknak ibu dan abah susah hati,tu jea..tapi last2 kant0i jugak,perasaan seorang ibu memang betul.sorry sangat-sangat,orang takdak niat nak tipu.. :(
2 my Mr. Chenta Hearty,walaupun dah banyak benda jadi kat kita (sampai saya dah rasa saya akan hilang awak) tapi alhamdulillah kita still dapat hadapi sama-sama,awak masih milik saya..thanks awak sebab awak sanggup mai ambik saya kat poli ,thanks jugak kat abang dan kak kan..saya hargai sangat-sangat walaupun time tuh awak marah kat saya tapi awak masih ambik berat dan risau bila saya muntah-muntah dan menggigil kesejukkan dalam kereta,saya terharu sangat dengan perbuatan awak tu..maaf  sebab menyusahkan awak sekali lagi bila awak terpaksa bawak saya p klinik malam-malam buta,saya tak mintak sakit macam tu (maaf ea)..tak pernah ada lelaki yang layan saya macam awak layan saya sebab tu la awak istimewa sangat di hati saya.:)

*awak jangan risau,‘penguin’ awak nie kuat..he2(saya taktau kenapa awak panggil saya penguin masa malam yang saya sakit tu)..dan saya memang selalu rindu kat awak..(sampai demam-demam)~hee

thanks 4 everything abah,ibu,adek2(wanie,zarul,ilin),cyg(haeykal)..thanks jugak abang dan kakak..:)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Tuesday, 26 July 2011

Saya Sudah Tidak Bersekolah



That's right! Kena sangat tajuk kat atas tuh tapi sampai sekarang masih tak boleh nak terima kenyataan,hahax..i’m miss that  time s0 much,rasa cam nak balik semula ke zaman persek0lahan..rindu nak jumpa kawan-kawan,nak berkumpul semula dalam 1 bilik darjah (blik darjah??ha memang betul ayat BM laa aku guna,hik2),nak nakal-nakal cam dulu-dulu dan bla bla bla bla..
Fuhh rasa macam puas pulak time sekolah,padahal dulu punya la pemalas..(mesti ada jea hari yang nak ponteng)..alaa selalu nak ponteng pun mesti ada sebab dan sebab utamanya mesti ada subjek yang aku tak suka atau aku memang anti gila kat cikgu tuh,HUHU..paling best kalau ada jea benda yang kita nak kenakan cikgu (biasa la zaman muda-muda memang nakal sikit) tapi sekarang dah insaf meyh..(sorry ea cikgu2 sekalian,huhu)..walaupun kaki kerap ponteng kelas tapi result exam still tipt0p laa..~ngee
SMK Raja Tun Uda (saja nak menti0n nama,bagi glamour sikit) kat sini la aku meningkat remaja bersama kawan-kawan,HAHA..kenangan yang paling tak dapat dilupakan especially dengan budak-budak 4/5 TABAH 08/09 yang gila dan sp0rting abez!!banyak sangat sukaduka kita bersama kan..
Kelas ni selalu riuh dan paling hingaq sebab adanya geng kita,Arif dan Tikah yang paling happening,gila~gilanya Farah,Pija dan Shahida & tak lupa jugak Ammar dan Mahathir yang paling tingt0ng!!HAHA.. tapi sayang Amar dan Mahathir tak lama dengan kita..(depa hidup lagi cuma pindah sekolah ja)~hee  budak-budak kelas yang lainZairin,Faa,Ana,Faezah,Fida,Fiqah dan ……(ramai sangat la nak sebut,kira semua sekali la) walaupun mula-mula kita buat hal masing-masing,tak bercampur semua tapi lastly kita macam adik~beradik kan,bersatu jugak..kita gelak dan menangis bersama,h0w cwet.. :D
Teringat lagi macam mana kecohnya kitchen bila 0ven Arif  berasap dan kuih dia hangit,HAHA..SUMPAH lawak!!dan tak lupa jugak m0ment blia farhana ikat tali rapia kat rambut  cikgu nachiamal,nakal gila!!haha tapi salah cikgu tuh jugak suka jerit-jerit tepi telinga orang bersembur air liur..haha mangsa utamanya Farah,hehe kesian..(kalau tak silap laa..).dan saat2 yang ditunggukan apabila kena berleter dengan “MAMA” kita,time tuh semua pakat dok buat muka sep0sen..~hee ada jea benda yang kita kena bahan kan,dari A sampai Z semua masuk..(tapi sekarang rindu laa pulak nak dengar leteran “MAMA”)..
Sekarang nie bila lalu depan sekolah,still terbayang kita lepak kat tepi pagar..terasa macam kita semua masih ada kat situ sekarang,bergurau senda,gelak ketawa...rindunya nak pakai baju sekolah!!alangkah indahnya kalau masa tuh dapat diputar balik,mesti kita semua akan lebih menghargai zaman persekolahan kita..
Sekarang memang aku sudah tidak bersekola,tapi aku masih bergelar seorang pelajar..walaupun berbeza tempat,suasana & kawan2 tapi di ‘sek0lah’ lah yang mengajar aku untuk menjadi lebih matang..4 kawan2 ex 4/5 TABAH,aku rindu hampa sangat-sangat!!nanti kita buat reuni0n lagi ea.. :)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Saturday, 23 July 2011

Kalau awak ..



                                     ©         Selalu mesej atau call saya
Saya suka..
Sebab: saya memang sentiasa tunggu panggilan dan mesej dari awak!!

                                                         ©         Tak mesej atau call saya langsung
Saya akan tertanya~tanya dan akan pikir bukan2 laa..
Sebab: saya memang takut kalau awak taknak c0ntact saya dah dan risau  kalau jadi pape kat awak.. 

                                                         ©         Merajuk dengan saya
Saya akan pujuk awak laa,huhu..
Sebab: takkan la nak suruh pompuan lain pujuk awak [ulak kot,mana boleh ..:P

                                                         ©         Marah saya
Saya dengar dan terima jea..
Sebab: mesti saya ada buat salah,awak bukan gila nak marah orang suka hati..tak l0gik kan??huhu..

                                                         ©         Degil @ eg0
Saya faham sangat.. :D
Sebab: laki memang macam tu,kajian pun dah membuktikannya..hehe

                                                         ©         Menangis
Saya tak percaya laa,h0ho..
Sebab: awak kan kuat,sekuat tiger..mana boleh menangis,kan2?? =)

                                                         ©         Cemburu
Saya tau awak mesti sayang kat saya..~ngee
Sebab: kalau awak tak sayang saya,xkan nak suruh mamak yang tebar r0ti canai tuh sayang kat saya pulak kan..huhu

                                                         ©         Selalu ajak saya keluar
Saya takkan men0lak
Sebab: rugi laa kalau t0lak,bila lagi awak nak belanja saya..~hee

                                                         ©         Tenung wajah saya
Saya shy~shy cat la,mee00w..pipi saya mesti *blushing2
Sebab:mata awk tuh,fuhhhh macam minum innershine…nasib baik kuat iman,hehe..

                                                      ©        Mintak saya tinggalkan awak (arap2 takkan laa,nama pun “kalau” jea)
Saya terpaksa tunaikan permintaan awak tu..
Sebab: awak mesti ada alasan awak sendiri dan saya nak awak bahagia walaupun bukan dengan saya lagi. :’(

                                                         ©         Dah sayang saya
Saya takkan sia-siakan kasih sayang awak 2..
Sebabawak laa segalanya bagi saya.

*t0 Mr. Chenta Hearty:
ingat erk yang awak memang “chenta hearty saya sampai bila-bila2..ukie?? :D




Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Friday, 22 July 2011

Kalau saya…..


      ©            
      ©             Selalu mesej atau call awak..
o   Bukan sebab:nak ganggu awak
o   Tapi sebab:saya rindu sangat-sangat,ketat-ketat,padat-padat,liat-liat kat awak.

      ©             Tak mesej atau call awak langsung
o   Bukan sebab:saya lupa awak
o    Tapi sebab:saya nak awak rindu kat saya balik.. 

      ©             Merajuk dengan awak
o   Bukan sebab:saya nak mengada-ngada dengan awak
o    Tapi sebab:saya nak awak pujuk dan manjakan saya.:)

      ©             Marah awak
o  Bukan sebab:saya benci awak
o    Tapi sebab:saya ambil berat & sayangkan awak.. =)

      ©             Degil @ eg0
o  Bukan sebab:saya bermaksud nak jadi macam tu.
o    Tapi sebab:saya nak tengok sejauh mana awak mampu bersabar dengan kerenah saya.

      ©             Menangis
o  Bukan sebab:saya lemah dan nak merimaskan awak
o   Tapi sebab:saya nak puas & kuatkan hati saya untuk terus menyayangi awak.

      ©             Cemburu
o   Bukan sebab:saya tak percya atau nak kongkong awak.
o    Tapi sebab:saya hanya nak yang terbaik untuk hubungan nie.

      ©             Selalu ajak awak keluar
o   Bukan sebab:saya nak buang masa awak
o    Tapi sebab:saya nak bersama awak selagi ada waktu..

      ©             Tenung wajah awak
o   Bukan sebab:suka-suka
o    Tapi sebab:saya takut satu hari nanti saya dah tak dapat teng0k awak lagi..

      ©             Mintak awak tinggalkan saya
o   Bukan sebab:saya tak sayangkan awak lagi
o    Tapi sebab:saya tahu awak boleh dapat yang lebih baik dari saya..

      ©             Dah sayang awak
o   Bukan sebab:awak punya segalanya
o    Tapi sebab:awak laa segalanya dihati saya..  :)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Saturday, 9 July 2011

Andai Lelaki Tahu



 Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
            
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...