Sweet Followers

Red Bow Tie

Wednesday, 20 March 2013

Bercium Baik Untuk Kesihatan

Sekadar Info...
Bercium Baik Untuk Kesihatan
Ahli perubatan mendapati bahawa bercium baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

Tambahan Info: KELEBIHAN BERCIUM
1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan bahawa dengan berciuman berghairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.
*dah kahwin baru boleh,tak kahwin lagi takmau takmau takmau ok? :D

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 10 March 2013

Mac Datang Lagi :)

Assalamu'alaikum semua..
Alhamdulillah aku masih diberi ruang untuk bernafas lagi di bumi ALLAH S.W.T nie.Entry aku kali nie mengenai bulan M.AC. *untuk tahun nie la 2013 :)
Ya Allah,satnya masa berlalu.mesti hampa tertanya-tanya kan apa yang ada dalam bulan M.A.C nie sampai aku kena menghupdates  bagai *ceh macam la ramai yang nak baca..
Ok la sebelum aku melalut,merepek bagai baik aku teruskan..sebenarnya bulan M.A.C nie bulan yang penuh makna untuk aku,tambah-tambah untuk tahun nie lagi la,bulan yang macam-macam benda yang aku kena tempuh.
Firstly,alhamdulillah bulan nie genap la 2 tahun aku berblogging even penulisan aku yang tak seberapa tapi blog nie la peneman setia aku tak kira masa aku sedih,gembira,kecewa..*macam-macam rasa la dok ada..aku kongsi kat sini.Thanks pada semua yang sudi jadi follower dan penyuntik semangat aku untuk terus menaip..*yeala aku nie kejap-kejap aktif kejap-kejap hilang,huhu..dan untuk adik aku yang aku hanya kenal di mukabuku,NUR SOLEHAH,terima kasih sebab sudi sharing-sharing pasal blog nie.Dia banyak tolong aku jugak..:) blog dya pon cantik tau,sila la visit ::::::> MY ORDINARY BLOG
Then bulan nie jugak bulan yang agak busy bagi aku.Start 16hb & 17hb,event sempena projek akhir kelas kami akan berjalan,semoga Allah permudahkan semua urusan kami.Lepas habis event,kena buat persediaan untuk presentation VIVA pulak pada awal bulan April nanti,then kena settle semua benda pasal event hari tu.
28hb Mac pulak akan genap la umur aku 21 tahun,dalam perancangan aku nak balik Penang sebab nak sambut dengan family.Tapi hati nie mesti sedih jugak sebab tahun nie sambut tanpa Boyfie depan mata. :( sedar tak sedar dah hampir 5 bulan dia tinggalkan Penang..
Takpala semoga bulan Mac,bulan kelahiran aku nie akan memberi 1001 kemanisan dan kebahagiaan dari Pencipta-Nya.insyaAllah,amin..Doakan la yang terbaik untuk aku..

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Friday, 8 March 2013

Penyanyi Sebenar Lagu 'Sayang-Shae'

Assalamu'alaikum semua.
Hari nie aku nak share la 1 video yang aku jumpa kat facebook masa tengah online tadi,mula-mula macam tak layan sangat tapi bila asyik dok scroll down,banyak la pulak orang dok share-share video nie so aku pun tertarik la nak bukak.Tambahan pulak roomate aku pun ada shared link video tu..haha ((belum apa-apa dah gelak).yeala dok terbayang lagi pasal video tu,haha macam-macam la orang zaman sekarang nie.
KLIK SINI untuk tengok video nie secara live,muahehe memang lawak gila la mamat tu,boleh dia dengan bangganya menari macam tu,memang overssss...oppss!!huhu.. mesti dia teruja gila dengan lagu SHAE tu sampai sanggup nak buat klip video sendiri..haha apa-apa pun SELAMAT MENONTON!

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Wednesday, 6 March 2013

Jom Belajaq Loghat Utara

Ehem-ehem..*MUKADDIMAH  Memandangkan dah hampir 3 tahun aku kat bumi Perlis nie,bermacam-macam kawan dari setiap pelusuk negeri aku dah jumpa.Yang paling lawaknya bila kawan-kawan dari negeri belah selatan,pantai timur semuanya pakat dok try cakap utara..HAHA toink toink~
…………………………………………………………………………………………………………
Aku nie kira bernasib baik + beruntung sangat la sebab dah dilahirkan kat belah utara *Penang ok Penang!*  dan dapat study pun kat belah-belah sini ja,so memang senang la nak bawak diri.Even ‘loghat’ utara aku pun tak berapa nak ‘pekat’ orang kata,aku tetap tau jugak serba sikit tentang ‘loghat’  nie sebab abah aku memang asal Kedah.Kami adik-beradik memang dah terbiasa dengan orang-orang yang ber’loghat’ utara nie.huhu
*ke’banyak’kan ‘loghat’ utara nie menukarkan huruf ‘R’ kepada huruf ‘Q’..contohnya lapa’q’,kelua’q’,seda’q’ dan lain-lain lagi la..

*      Pemalas - penyegan

*      Degil - keteqaq
*      Sombong – kekwat,kerek
*      Basikal –beskat/geqhek (gerek)
*      Dahaga air – lapaq ayaq
*      Cuai – cemeghekap (cemerkap)
*      Tidur tak puas –tidoq tak jeghap
*      Kicap – tok’u
*      Yang – hat
*      Pondan – darai (daqhai)
*      Air kumbah –ayaq acaq
*      Macam nie – lagu nie
*      Pukul –tibai/balun
*      Kelam kabut –kalut
*      Megah/berlagak – ciwi
*      Kenapa –pasaipa
*      Sawah – bendang
*      Gemuk –topui
*      Conteng – contiang
*      Manja –merap (menqhap)
*      Bosan –cemuih
*      Merajuk –bebai
*      Jatuh tersembam – tertomoih
*      Jauh sangat – nalanya jauh
*      Baru tadi –tak sat
*      Tak sempat –tak dan
*      Pakai – serlum (seghelum)
*      Sempat – dan
*      Air kelapa –ayaq nyok/nyiok
*      Baling/lempar –hawing
*      Buang –tauk
*      Menyiku –sigung
*      Tukul –merton (mengheton)
*      Pencuri –kawaq
*      Termenung – melengung
*      Berlanggar –beqhetuh
*      Lopak – lecah
*      Selut – lumpoq
*      Berhenti (hujan ) –seqheyat
*      Sudu – camca
*      Cawan – kole
*      Hulur – sua
*      Runtuh – reban (qheban) *bukan reban ayam na..
*      Cedok air –ceboq ayaq
*      Mereka – depa/lepa
*      Saya –cheq
*      Hang – awak/kamu
*      Hampa – awak semua
*      Teruk – jenoh
*      Celupar –hebiaq
*      Sangat manis – manis melecaih
*      Cair –ceroi
*      Beritahu –habaq
Sebenarnya banyak lagi ‘loghat’ utara yang ada,cuma aku pun tak khatam lagi,KUIKUIKUI…ok la dah dapat belajaq sikit-sikit pun kira ok la kan?Lepas nie dah tau dah la..
*huarrrghhh mengantuk dah,selamat malam!!

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...