Sweet Followers

Red Bow Tie

Monday, 30 July 2012

Nuzul Quran


JOM BACA
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


*Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Friday, 27 July 2012

Doa Seorang Kekasih


Doa Seorang Kekasih 
Tuhanku,
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku,tercipta buatku, 
Dekatkanlah dia padaku,Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkan kemesraan antara kami Agar kebahagiaan ini abadi..
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, 
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup,Ke tepian yang sejahtera.
Tetapi Tuhanku, 
Seandainya telah Engakau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luput dari ingantanku 
Dan peliharalah diriku dari rasa kecewa.


Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berilah diriku kekuatan, 
Melontar bayangannya ke dada langit,hilang bersama senja merah 
Dan gelap pekat malam 
Agar aku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya.
Dan Tuhanku Yang Tercinta, 
Gantikanlah yang telah hilang 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tiadakan sama dengan dirinya.
Seandainya dia datang menemuiku,
Cinta itu adalah cinta yang sejati dan suci. 
Tetapi seandainya dia pergi dan tiada menemuiku 
Anggaplah cinta itu tidak pernah wujud dari awalnya..❤❤❤



Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Tuesday, 17 July 2012

Anda Ingin Lebih Cantik Dan Menarik?


hye semua,hari nie Zati nak kOngsi tips sikit especially untuk kaum wanita yang semestinya inginkan kecantikkan dan nampak menarik.Kat bawah nie Zati bagi tips untuk kita semua kOngsi bersama,InsyaAllah amat berguna jika diamalkan. Scroll dOwn ea,selamat membaca!!


*Gunalah 'sabun istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.


*Bedaklah wajah anda dengan 'air wudhuk' nescaya akan berjaya di akhirat.


*Oleskan 'lipstik kejujuran' pada bibir anda,nescaya anda akan nampak lebih manis.


*Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang terhasil dari rasa malu yang dibuat dari salun keimanan.


*Sebaik-baik kalung adalah 'kalung kesucian'.


*Hiasilah tangan anda dengan 'gelang tawadhuk' dan jari-jari anda dengan 'cincin ukhuwwah'.


*Rawatlah rambut anda dengan 'selendang Islamik' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.

Di mana cantiknya seorang muslimah?   

      Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang
selalu menjeling tajam  atau yang kadang kala
malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada
bibirnya  yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman
manis, atau yang  sekali- sekala memberikan kucupan
mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan  pipi munggil
anak-anak  Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang
gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut
sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum
cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta
malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih
belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan
perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran
kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan
memberikan keindahan- keindahan itu. Namun, betapa pun
dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan
cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi
jua. Wajah akan suram,  mata akan kelam.   
        Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia,
sifat keperempuanan yang  dipupuk dengan iman dan
ibadah.

-->> Semoga tips-tips ini dapat membantu anda semua untuk menjadi lebih cantik dan menarik selepas nie.InsyaAllah

SUMBER : WASILAH KALBU


Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 15 July 2012

Kembali Melakar Kenangan :)


rindu sangat-sangat..(perkataan nie jea la yang mampu menggambarkan perasaan aku sekarang).Dah lama sangat tak menikmati detik-detik camnie..ha pasti tertanya-tanya kan apa dia..
sebenarnya aku happy sangat-sangat sebab keinginan aku yang satu nie tercapai jugak sebelum aku balik pOli,NAK KELUAR DENGAN BUDAK TU Mr Bibiu Boyfie..Yeala dah nak dekat 6 bulan aku stay kat penang nie tapi keluar dengan Mr Bibiu Boyfie,hmm jarang sangat..(atas sebab-sebab yang tertentu) biar laa hanya Allah.aku,dia dan orang yang terdekat ngan kami jea yang tau sebab apa..
Hari tu 8 JULAI 2012,dia kuatkan diri dia jugak untuk keluar..bila dia call suruh siap dan cakap nak keluar,rasa happy sangat-sangat sebab dia pon tau yang 2 la yang aku harap2 kan sebelum balik Perlis..*thanks Mohd Haeykal..
Walaupun keadaan dah tak macam dulu tapi aku bersyukur sangat sebab Allah masih bagi dia kekuatan untuk terus menghadapi dugaan dalam hidup nie.Kenangan pada hari tu akan menjadi kenangan yang paling bermakna setelah sekian lama aku tak merasainya..

thanks fOr make me smile again.. >..<
Cinta kami milik ALLAH :)
tengOk wayang,makan-makan,lepak kat tepi pantai Queensbay,main game..harap kita akan terus kembali melakar kenangan bersama. :)

credit tO my photographer yang tak bertauliah :)
main game sampai lupa kat orang sebelah :(

*thanks banyak-banyak Mr Bibiu Boyfie ( MOHD HAEYKAL ).. selagi cinta dan sayang tu milik ALLAH, selagi itulah kita mampu bersama.. :) HACKS ♥♥
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Monday, 2 July 2012

Sepupu Baru :)


haa seronoknya dapat tengOk sepupu baru sebelum masuk pOli balik.nasib baik sempat,kalau ikut due pertengahan bulan 7 nanti ha baru bersalin,tapi baby tak sabar-sabar kot na keluar nak sambut Ramadhan sama-sama. :) nama tak confirm lagi tapi pak uda dah cakap ada 2 pilihan,sama ada NUR ARIEQA FATINA ataupun NUR QASEH ERIQA.hmm baby nie lahir 27 June hari 2 and masa aku dengan family aku p tengOk,baby 2 baru 4 hari.apa yang penting dia comel sangat-sangat!
tapi masa pi melawat kat hospital hari 2,teringat kata-kata ibu yang tiba-tiba agak menyedihkan hati..hmm yang ibu cakap cucu nie laa yang arwah tok dan tokwan harap-harapkan dan depa tak sempat nak tengok,yeala sebab pak uda sorang anak lelaki depa.mesti laa depa nak tengOk sangat-sangat kan??
kalau arwah tok ngan tokwan ada sekarang mesti depa happy sebab akhirnya depa dapat dah cucu dari pak uda.hmm apa-apa pun semoga tok dan tokwan tenang disana ~AL-FATIHAH
untuk pak uda dan mak uda ~TAHNIAH ,untuk ibu,abah,makngah,pakngah,mama ina dan abah hashim ~tambah lagi sorang anak menakan,duit raya tahun nie pun kena keluar lebih sikit laa.. :) dan untuk sepupu-sepupu semua ~tak sangka kan dapat sepupu lagi.. :P

putih kemerah-merahan
baby dengan ayah dia..AYAH??
ibu ngan abah time p melawat.
ibu dan my sister
kasih ayah :P
comel kan??
*okey,DONE.. ^_^

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...