Sweet Followers

Red Bow Tie

Monday, 27 February 2012

Try to Forgive but Not to Forget



Orang kata memaafkan orang lain adalah satu perkara yang baik,malah Nabi MUHAMMAD S.A.W sendiri pun memaafkan umat-umatnya..tapi aku bukan baginda yang mampu memaafkan semua orang macam tu ja,kalau boleh aku nak kemaafan 2 datang dari hati aku yang ikhlas..tapi memaafkan hang??entah laa..
Aku sendiri tak pasti sama ada aku mampu atau tak,ikhlas ke memaafkan 'perempuan itu'..lagipun aku taktau dia sendiri ikhlas ke tak minta maaf kat aku atau ada benda lain yang dia nak dari aku..tapi takpe laa,selagi dia buat baik dengan aku,aku tak kisah..semoga tuhan melindungi aku..
Even dia dengan aku will be okey,tapi tak bermakna aku akan lupakan semuanya..it’s really hard okey..bukan sikit benda yang aku lalui,bukan sikit benda yang dia buat kat aku,semuanya tinggalkan kesan yang teruk dalam hati aku..aku takkan lupa walaupun sikit sebab benda-benda tu yang buat aku terus kuat dan thanks sebab buat aku sedar kita tak bOleh percaya kat sapa pun EVEN kawan baik sendiri!!thanks jugak sebab membuktikan kawan yang hipOkrit tu memang wujud..
Tapi it’s okeyh sebab lepas nie aku akan lebih berhati-hati untuk berkawan dengan sapa2 pun dan yang pasti aku takkan berkawan rapat dah dengan hang dan orang-orang yang macam hang..hang mintak maaf dengan aku??aku maafkan tapi aku takkan pernah melupakan apa-apa pun keyh..& maybe kita takkan jadi cam dulu balik,bukan sebab aku berdendam tapi aku sendiri taknak ‘pisang berbuah dua kali’..


cukup laa air mata aku untuk orang-orang yang tak bawak erti dah dalam hidup aku..sOry tO say..Bubye

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Wednesday, 22 February 2012

Baucer Buku 1 Malaysia


Wahh skema betul tajuk entry aku kali nie.. :D haha bukan main excited gila aku bila lecturer yang mai evaluate untuk Latihan Industri hari nie bagi baucer buku tuh kat aku..RM200 kot,nak beli apa pun taktau..dalam kepala hotak neh dah ligat berfikir nak beli apa sebenarnya..hmm so destinasi yang akan dituju lepas balik kerja nie,ofcoz laa ‘POPULAR’ kat Bukit Jambul..


sO masa kat ‘POPULAR’,rak pertama yang aku tuju ofcoz laa rak buku2 masakan..haha nak belajar masak laa kan,nama jea belajar katering tapi tak terrer langsung nak masak2 neh..ibu pun suruh beli buku2 neh,bukan apa just nak try resepi yang baru,yang lain sikit..
sO next..nie mesti wajib aku beli kalau p kedai buku especially kat ‘POPULAR’ ,ofcOz laa my favOurite:NOVEL,sO cari punya cari,pilih punya pilih aku dah dapat 3 nOvel  yang aku aku rasa bOleh tahan laa cerita dia (padahal baca sinopsis jea kat blakang :P) tapi harap2 memang best laa.. 
hmm lepas dah dapat nOvel,aku nak cari something yang memang aku dah niat nak beli..sO aku p laa kat rak buku2 yang aku nak beli tuh,hmm aku tengok2 dulu semua buku2 yang ada kat situ,aku baca laa sekali imbas,pilih & pilih lastly aku aku ambik buku ‘400 KESALAHAN DALAM SOLAT,TAFSIRAN AL-QURAN & TANYA LAH USTAZ AZHAR IDRUS’..okeyh puas hati.. harap2 buku2 nie dapat membantu aku untuk menjadi orang yang lebih sempurna dari sebelum-ebelum nie..
sO dah guna dah baucer nie,ada lagi RM50..nanti laa balik rumah pikir nak beli apa lagi,then mai balik ‘POPULAR’ untuk habiskan baucer yang tinggal lagi RM50 nie..





*just nak share dengan semua, have a nice day.bubye..
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Thursday, 16 February 2012

Letih Sesangat!!



huuhhh..siyesly letih gila sampai tak p kerja laa hari neh,dengan semalam tak cukup tidur..yeala walaupun semalam OFFDAY tapi still kena bangun awal..pagi-pagi lagi dah ready nak p test lesen motor,alhamdulillah dah lepas lesen L untuk motor..
next week kena prepare test untuk dapatkan lesen kereta pulak,hope semuanya berjalan dengan lancar..tapi takpe laa,bak kata Mr Bibiu Boyfie aku,pelan-pelan.. :P
lepas balik test lesen semalam,ingatkan nak tidur sat sementara tak maghrib lagi..tupp tupp pakcik dan makcik kesayangan aku mai dari Alor Star,nak buat suprise laa katakan..so memandangkan makcik aku tuh dah lama tak mai sinii + dia adalah makcik aku yang paling sporting & agak2 gila2,kami punya laa menyembang sampai tak sedaq dah nak dekat pukul 1 pagi dah!!! haha esok aku nak kerja bebb,tak tidur lagi..
so keesokkan harinya,maksudnya hari neh laa kan aku TERoverslept dan tak p kerja..memandangkan aku memang letih tahap gila & tak cukup tidur,so aku pun text laa kat supervisor aku cmnie:

salam kak ct,ari nie zati x p keja..
ada masalah sikit,esok zati mai zati p jumpa kak ct k..
tq (zati trainee )

tupp tupp supervisor aku tuh cuma reply camnie jea:

'k'

haha k jea??hmm tape laa janji aku bagitau,huhu..so plan hari nie,jalan-jalan dengan makcik aku..jalan punya jalan letih gila..balik rumah rest sat pastu bukak laptop neh hapdates belog..2 laa kerja aku sambil dok memikirkan nak bagi alasan apa kat supervisor aku esok..dah laa konpem2 takdak m.c..huhu
so tunggu esok jea laa kalau nak tau tipu sunat apa yang aku nak buat..haha keyh laa sebelum melalut entah apa-apa lagi,baik aku ciiooau dulu..
k baii.. :)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Wednesday, 15 February 2012

Kenapa Ada Hitam Bila Putih Menyenangkan?


*mood : sedih,kecewa,sakit hati..waaaaaaa rasa nak menangis!!
kenapa ada hitam bila putih menyenangkan?? (macam lirik lagu pulak dah) kenapa kena ada sedih bila tengah happy??kenapa kena ada sesuatu yang mengganggu bila tengah bahagia??waaaaaa tak suka tak suka!!


hitam & putih dalam catatan hidup nie..pasti ada derita bila bahagia tercipta (haa ayat jiwang kuar dah..)..ikut suka lah nak keluar ayat apa pun,janji aku puas hati..(ayat mintak penampaq)
Ya ALLAH kuat kan lahh hati aku nie even aku rasa aku kuat tapi sebenarnya tak pun..hmm..yupp!!memang aku cepat terasa,sensitif,sikit-sikit nak nangis tapi aku peduli apa,benda tuh yang boleh buat aku lega..
takpe laa,aku try kuat & akan terus kuat demi kehidupan aku..tak kira laa hitam ke mendung ke,petir even ribut sekalipun melanda diri aku,aku takkan give up..kuatkan diri,kuatkan hati!! ~insyaAllah pasti boleh sebab aku pegang kata2 neh: 

:
:
:
V

KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI
ALLAH TURUNKAN PETIR & KILAT
KITA TERTANYA-TANYA KE MANA HILANGNYA MATAHARI
RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA

PELANGI..

*semoga kebahagiaan akan terus menjadi milik aku..aminn.. ^^


Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Monday, 13 February 2012

say NO to Valentine's Day!!


esok,14 FEBRUARI , tarikh yang pasti dan memang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pasangan yang ada dalam dunia neh,even di Malaysia pon..for me?? NO VALENTINE'S DAYS , sorry to say laa..sebab dah terbukti hukumnya memang HARAM kalau kita sebagai umat Islam yang menyambutnya..
kita sebagai umat Islam neh kena laa bukak mata seluas-luasnya,jangan tau nak sambut jea siap dengan ucapan,hadiah bagai..ada sesetengah tuh sampai berparti-parti sebab nak berseronok dengan pasangan masing-masing..helloo,Valentine's Day tuh bukan agama kita,bukan budaya kita ukie??
so kat sini,kat belog aku neh aku nak share laa sejarah Valentine's Day yang sebenarnya & kenapa ia diHARAMkan sesangat,,bukan suka-suka jea taknak bagi sambut tau!!


Sumber dari catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa valentine adalah nama seorang paderi kristian yg giat menyebarkan agama di Rom. Kemudian dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap menyebarkan ajarannya dikalangan banduan-banduan. Dikatakan juga ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan seorang gadis iaitu anak salah seorang pegawai Penjara. Diakhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan " Daripada Valentinemu". Oleh dari itu, Orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kekasih dan berkasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Jelas, bahawa sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada seorang paderi tersebut. Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad S.A.W, Wajarkah kita merayakan hari kekasih? Patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan? Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain. Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah yang nyawaku di dalam gengamanNya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. lantaran itu, sahabat bertanya: "Adakah mereka itu yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: "Siapa lagi kalau bukan mereka".

*tak salah kalau kita nak berkasih sayang tapi tak payah laa nak sambut sesuatu yang bukan dari pegangan agama kita kan??
(all this things just my opinion ukie?? even aku pon tak laa sebaik mana tapi benda2 yang kita boleh elak,kita elak laa keyh..)
*lastly,thanks to my beloved MR GOOGLE untok semua info & maklumat yang berguna..:)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Wednesday, 8 February 2012

Aishiteru II - Zivilia


hye semua..just nak share lagu nie,dengar erk..suka sangat2,dah jatuh cinta sebenarnya dengan lagu neh sejak first time dengar..boleh nanges laa..layann keyh..:)


bila cinta tak terbalas
janji hanya tinggal janji
sakit hati yang ku rasa

sekian lama ku menunggu
saat-saat ku bersamamu
dan kini aku kembali
siksa menanggung rindu
semua sia-sia

aishiteru bukti cinta untukmu
namun yang ku beri tak pernah kau hargai
demi cinta kita ku korbankan segalanya
semua yang kita lewati selalu ada dalam ingatan

cinta memang penuh misteri
tiada yang tahu artinya
seperti yang aku rasakan

selalu ingin di dekatmu
dan buat engkau tersenyum
namun tangis yang ku dapat
siksa menanggung rindu
semua sia-sia

ai ai aishiteru bukti cinta untukmu
namun yang ku beri tak pernah kau hargai lagi
demi cinta kita ku korbankan segalanya
semua yang kita lewati selalu ada dalam ingatan, aishiteru

jiwa ini tlah pergi bersama semua kenangan
hampa hidup di dalam luka

ai ai aishiteru bukti cinta untukmu
namun yang ku beri tak pernah kau hargai lagi
demi cinta kita ku korbankan segalanya
semua yang kita lewati selalu ada dalam ingatan, aishiteru

*thanks sebab sudi mendengar & melawat 'belog saya' ^_^
nak suruh Mohammad HAEYKAL dengar lagu neh jugakk.. :)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya

Terdapat juga pelbagai nama disebut dalam bahasa lain bagi Maulidur Rasul.
Nama lain bagi Maulidur Rasul.
Nama
Bahasa
Maksud
Mawlid an-Nabī
"Kelahiran Nabi"
Milād an-Nabī
Arab dan Urdu
"Kelahiran Nabi"
Mevlid-i Şerif
"Kelahiran yang dirahmati"
Mevlud/Mevlid
"Kelahiran"
Mawlūd-e Sharīf
Urdu dan Dari
"Kelahiran yang dirahmati
Zadruz-e Payambar-e Akram
"Kelahiran yang agung/yang dirahmati"
Eid al-Mawlid an-Nabawī
"Pesta kelahiran Nabi"
Eid-e-Milād-un-Nabī
"Pesta kelahiran Nabi"
Mawlid en-Nabaoui Echarif
"Kelahiran Nabi yang dirahmati"
el Mūled (en-Nabawi)/Mūled en-Nabi
"Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi"
Yawm an-Nabī
"Hari Nabi"
Maulidur-Rasūl
"Kelahiran pesuruh Allah"
Mulud
"Kelahiran"
Maulid Nabi
"Kelahiran Nabi"
Maulud Nabi
"Kelahiran Nabi"
Maulidi
-
Meeladu Nabi
"Kelahiran Nabi"
Gamou
-
Nabi/Mahanabi Jayanti
"Kelahiran Nabi (yang agung)"
*SALAM MAULIDUR RASUL UNTUK SEMUA UMAT ISLAM..


Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Saturday, 4 February 2012

Lawak,jom baca :)


JOM BACA:)


Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Wakakaka... .sampai bila nak habis ni~ :P

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Friday, 3 February 2012

Nabi Muhammad Nabi Junjungan


hye semua..hari nie aku nak updates tentang nabi junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W..yeala,tambah2,lagi 2 hari kita nak menyambut Maulidur Rasul,so sambil dengar lagu kat bawah neh,hampa dialu-alukanan lah untuk membaca entry aku..*thanks to ENCIK GOOGLE atas sumbangan maklumat & informasi..selamat membaca semua.. :)



Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.Beliau juga digelar Al Amin (Bahasa Arab الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


*marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada Rasulullah S.A.W &berselawatlah kepada baginda..semoga kita semua mendapat nur Hidayah baginda dengan izin ALLAH S.W.T..

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...