Sweet Followers

Red Bow Tie

Sunday, 30 October 2011

ALLAH Memanggil Kita 3 Kali



1.Panggilan pertama adalah Azan.


‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, DIA tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.

Kadang kala kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan AzanNya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti’.

2. Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam.

Yang mempunyai wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.

3. Dan panggilan ke-3 adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh.

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah. Insya Allah syurga adalah balasannya.

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Saturday, 29 October 2011

Berita Dari Hati



Dari HATI,29 OKTOBER 2011- pada tarikh 29 0ktober 2011 maka genap lagi laa hubungan aku dengan Mr Chenta Hearty aku selama 11 bulan..berita dari hati mengatakan bahawa aku sayang bangat sihh sama dia..haha
Oleh kerana itu aku dah taknak laa panggil dia Mr Chenta Hearty dah,nak tukar pulak..(b0wink sudaa..)hmm sekarang nie nak panggil…apa erkkk…hmmmmmmmmmmmmmmmm okey laa nak panggil Mr. Bibiu B0yfie lah..sapa yang tak suka??ADA AKU KISAH…haha g0 away keyh..0pppss tak berapa s0pan,camnie laa ‘g0 away,plizzz’..
Berita dari hati mengatakan lagi bahawa aku rasa cam nak d0k Penang terus ,boleh dak??hmm dekat dengan family dan Bibiu B0yfie aku..taknak p mana2 dah!!boleh laaa…..:(
Lagi berita dari hati mengatakan I STILL LOVE YOU tau Mr Bibiu B0yfie ..sekian berita untuk kali ini..



* my l0ve always bel0ngs t0 you.. =_^

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Friday, 14 October 2011

KEYELL,I c0me back!!


WELC0ME TO K.L

Welc0me KEYELL ! here I c0me back !! huhh cam tak percaya jea aku menjejakkan kaki semula kat Kolump0 nie,after alm0st 7 years..kali nie aku datang bukan untuk menetap kat sini tapi just for trip..
s0 dari PERLIS kami bert0lak malam Selasa,dalam pukul 9.30 malam camtu laa..hmm aku tak rasa excited ape pun,cam takdak apa ja..sampai hari Jumaat nie aku akan menghabiskan masa dan wang ringgit aku kat sana!!haha k0yak rabak laa p0ket aku nie..s0 tempat pertama yang kami tuju adalah MASJID SULTAN SALAHUDDIN SHAH,ALAM..kami sampai dalam pukul 4.45 pagi…selepas membersihkan diri dan s0lat subuh kami start laa aktiviti kami,melawat sana melawat sini..huhu dan lupa nak gtau,kami menginap kat DE’PALMA HOTEL,AMPANG..
antara tempat-tempat yang kami melawat sepanjang 3 hari nie:
ABBATOIR VETERINAR SHAH ALAM,HALFEST PWTC,PALM GARDEN HOTEL PUTRAJAYA,HIGH5 FACTORY SHAH ALAM,HDC  kat  DAMANSARA,KLCC  (yang tinggi2 tuh),0NE UTAMA(tak best pun,QUEENSBAYS semp0i lagi) dan ada lagi k0t,tak ingat dah..HAHA letih baqhang!!
0leh kerana aku tak berapa excited bila ada kat K0lump0 nie,s0 tak berapa banyak sangat lahh gambar yang aku snap..kat sini aku share sikit2 jea laa gambar kami erk!!

Palm Garden Hotel
kat KLCC
nak balik daa.. :)
with z n asiah
DHK 3A

*ukie laa,bye!! :P

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Thursday, 13 October 2011

Happy Birthday Ibu !!



13 0ktober 2011..selamat hari lahir ibu!! Sem0ga ibu dipanjangkan umur & sihat selalu..harap semua impian ibu akan tercapai,insyaAllah..sem0ga ibu akan terus bahagia jugak disamping kami semua.. J
hmm sedihnya bila tak dapat sama-sama dengan ibu hari nie,sebel0m nie kita selalu celebrate sama-sama birthday ibu kan??maaf jugak sebab tak wish kat ibu awal2,tapi tak bermakna orang lupa..0rang just tak ingat jea hari nie dah tarikh 13 0ktober..hehe s0rry ea ibu..
lega dapat cakap dengan ibu hari nie,rindu sangat2!! tambah2 sekarang tengah ada kat Keyell (k0lump0),lagi bertambah tambah laa rindu kat hati nie..hari sabtu nie kita jumpa ea ibu,nak pel0k dan cium ibu puas-puas..huhu
lapaq!! nak makan masakan ibu,nak tengok ibu sekarang jugak!! haha boleh macam tu?? Pape pun ibu,u’r the best!! I love you tau!! Mmwaaaahhhh  :)

i love you ibu !! :D

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Saturday, 8 October 2011

Bersyukurlah..



Hidup di dunia ini adalah untuk berSYUKUR...

BerSYUKUR kepada orang yang menyakitimu kerana dialah orang yang menabahkanmu..

BerSYUKUR kepada orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu..

BerSYUKUR kepada orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk kamu berdikari..

BerSYUKUR kepada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan kredibiliti kamu ..

BerSYUKUR kepada orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu .. 

BerSYUKUR dengan segala ujian dariNYA, kerana semuanya meningkatkan iman kamu.. 

*Moga redha ALLAH sentiasa bersama kita selalu.. :)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Friday, 7 October 2011

Game atau Permintaan?


Bf : Kita main satu game nak tak?? 

Gf : Game apa?? 


Bf : Macam ni ,esok awak tak payah contact saya.. Maksudnya jangan text,call or apa-apa yang berkaitan lah.. Saya pun akan buat macam tu dekat awak okay?? Kita tengok sapa menang..


Gf : Okay ! 


Esoknya , si Gf terpaksa lah tahan rindu dekat Bf . Mengenangkan yang ni satu permintaan , si Gf cuba kuatkan hati..

Keesokkan harinya , si Gf call si Bf  tapi tak dijawab.So si Gf pergi dekat rumah Bf, di luar rumah Bf  ramai orang .Gf mula rasa pelik then terus masuk ke rumah . Sekujur tubuh terbaring kaku di tengah rumah . Dan tubuh tu adalah jasad si Bf yang dah meninggal . Mak si Bf pun bagi surat dekat GF . 

Surat yng bertulis :

Sayang , semalam awak dapat hidup sehari tanpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dapat hidup bahagia tanpa saya . Love you..
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sayangnya ALLAH Pada Perempuan


*      Siapa kata jadi perempuan tu SENANG??
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang x bising
Perempuan, stoking pun kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Komfem x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jea
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan??

*      Siapa kata jadi perempuan tu SENANG??
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jea meraung sbb sakit
 Cuba tengok budak lelaki , selamber jea
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jea
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan??

*      Siapa kata jadi perempuan tu SENANG??
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat jea sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jea pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan
Siapa yg paling teruk menangis
Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan??




Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg MERAJUK dengan Allah
Diorang cakap, Allah x adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
Kesian kan kat diorang??


Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
Persoalannya sekarang..
Betul ke Allah x adil dengan perempuan??
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan??
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan??
Kenapa perempuan hebat??
Sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radi0
Banyak lagu pasal perempuan kan
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki


Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita x pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu
Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga


Tengok hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


X adil lagikah Allah dekat perempuan??
Oh perempuan, sedarlah..
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan


*Sekadar perkongsian bersama 
~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

* Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi??

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...