Sweet Followers

Red Bow Tie

Wednesday, 4 February 2015

Resipi Cheesecake || Mudah & Simple!!

Assalamu'alaikum..
Hi Hi Hi,

Cuti-cuti nie terasa rajin pulokk nak buat cheesecake pluss memang teringin nak makan!! *I'm the one who addicted to cheese :P So today rasa macam nak share resepi simple cheesecake nie dengan semua! *resepi nie sesuai untuk orang malas macam aku.. huhuhuhu

Bahan-bahan dia simple ja dan memang senang sangat nak cari.


1. Biskut Tiger *boleh tukar dengan biskut Marie,biskut empat segi Hup Seng, biskut Oreo dll
2. Susu Pekat Manis * tak kisah brand apa pon okey?
3. Telur *2 biji ja
4. Buttercup (mentega)
5. 2 Cream Cheese *disuggestkan jenama Philadelphia nie,sedap sikit ;)

Okey,bahan-bahan pon dah cukup, let's start!!
Cheesecake nie ada 2 layer tauuu. So kita buat first layer dulu okey? Bahan-bahan untuk first layer tu kita cuma pakai Biskut dan Buttercup ja.

First,kita lenyek-lenyek biskut sampai hancur.Boleh ja nak blend tapi nanti jadi halus sangat tak besstt,masuk mulut tak rasa apa,hewheww..Kita hancur-hancurkan sampai jadi macam pasir kasar camtu..
Ehhh lupa nak cakap,kuantiti biskut tu ikut la ketebalan layer macam mana yang kita nak yaa..Macam zati,layer nipis-nipis ja sebab bukan nak makan biskut tu sangat pon,hehe..cheese tu yang penting! :D

Proses kehancuran biskut
Lepas biskut dah hancur,kita masukkan buttercup dalam bekas biskut tadi. Gaul sampai sebati. Kuantiti mentega tu depends la janji semua biskut tu kena mentega.Zati pakai separuh ja mentega tu,pon dah cukup :)

Biskut dan mentega dah bersatu.hewhew :D
Next,lepas biskut dan mentega tu dah bersatu dan sebati,ratakan dalam bekas loyang tau,macam kat bawah nie.. 


Done first layer!! Jom kita buat second layer pulokk, top cheese!
Simple dan senang ja nak buat second layer nie.Bahan-bahan yang perlu, 2 Cream Cheese (Philadelphia), Susu Pekat Manis dan 2 biji Telur.

Masukkan semua bahan-bahan tadi. 2 Cream Cheese,susu tu tak sampai 3/4 tin sebab tak suka sangat manis-manis,depends k nak masuk banyak mana then masukkan sekali telur.


Gaulkan bahan-bahan tadi sampai sebati dan gebu,putihh muluss gituuu..

Biar sampai gebu camnie..
Bila adunan dah gebu, boleh la tuangkan semua cheese tu atas layer biskut yang kita lenyek-lenyekkan tadi.

Okey siap untuk dibakar! Suhu 180 degrees dalam 30-45 minit camtu.Depends la sebab oven kita tak sama,huhu..Kena keep on checking la,try cucuk-cucuk pakai lidi atau garfu.Kalau still melekat,kena bakar lagi la k.


Dah siap bakar,biar sejuk sikit then letak dalam peti ais dulu tau. Tunggu tunggu tunggu.. T_T
Then baru boleh potong dan makan!!! *nyummy nyummy

Nie rupa bila dah siap!
Kalau ikut hati takda maknanya nak potong-potong nie,terus ambikk camca (sudu) makan terus dalam bekas tu..hahaha *contoh yang tidak sopan -_-

Puas makan sebab sendiri yang buat,rasanya...perrghhh nyummy nyummy,sedap lemak berkrim disukai ramai..phewwww :D

Tak percaya?? Try la buat... ^_^

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...