Sweet Followers

Red Bow Tie

Wednesday, 6 March 2013

Jom Belajaq Loghat Utara

Ehem-ehem..*MUKADDIMAH  Memandangkan dah hampir 3 tahun aku kat bumi Perlis nie,bermacam-macam kawan dari setiap pelusuk negeri aku dah jumpa.Yang paling lawaknya bila kawan-kawan dari negeri belah selatan,pantai timur semuanya pakat dok try cakap utara..HAHA toink toink~
…………………………………………………………………………………………………………
Aku nie kira bernasib baik + beruntung sangat la sebab dah dilahirkan kat belah utara *Penang ok Penang!*  dan dapat study pun kat belah-belah sini ja,so memang senang la nak bawak diri.Even ‘loghat’ utara aku pun tak berapa nak ‘pekat’ orang kata,aku tetap tau jugak serba sikit tentang ‘loghat’  nie sebab abah aku memang asal Kedah.Kami adik-beradik memang dah terbiasa dengan orang-orang yang ber’loghat’ utara nie.huhu
*ke’banyak’kan ‘loghat’ utara nie menukarkan huruf ‘R’ kepada huruf ‘Q’..contohnya lapa’q’,kelua’q’,seda’q’ dan lain-lain lagi la..

*      Pemalas - penyegan

*      Degil - keteqaq
*      Sombong – kekwat,kerek
*      Basikal –beskat/geqhek (gerek)
*      Dahaga air – lapaq ayaq
*      Cuai – cemeghekap (cemerkap)
*      Tidur tak puas –tidoq tak jeghap
*      Kicap – tok’u
*      Yang – hat
*      Pondan – darai (daqhai)
*      Air kumbah –ayaq acaq
*      Macam nie – lagu nie
*      Pukul –tibai/balun
*      Kelam kabut –kalut
*      Megah/berlagak – ciwi
*      Kenapa –pasaipa
*      Sawah – bendang
*      Gemuk –topui
*      Conteng – contiang
*      Manja –merap (menqhap)
*      Bosan –cemuih
*      Merajuk –bebai
*      Jatuh tersembam – tertomoih
*      Jauh sangat – nalanya jauh
*      Baru tadi –tak sat
*      Tak sempat –tak dan
*      Pakai – serlum (seghelum)
*      Sempat – dan
*      Air kelapa –ayaq nyok/nyiok
*      Baling/lempar –hawing
*      Buang –tauk
*      Menyiku –sigung
*      Tukul –merton (mengheton)
*      Pencuri –kawaq
*      Termenung – melengung
*      Berlanggar –beqhetuh
*      Lopak – lecah
*      Selut – lumpoq
*      Berhenti (hujan ) –seqheyat
*      Sudu – camca
*      Cawan – kole
*      Hulur – sua
*      Runtuh – reban (qheban) *bukan reban ayam na..
*      Cedok air –ceboq ayaq
*      Mereka – depa/lepa
*      Saya –cheq
*      Hang – awak/kamu
*      Hampa – awak semua
*      Teruk – jenoh
*      Celupar –hebiaq
*      Sangat manis – manis melecaih
*      Cair –ceroi
*      Beritahu –habaq
Sebenarnya banyak lagi ‘loghat’ utara yang ada,cuma aku pun tak khatam lagi,KUIKUIKUI…ok la dah dapat belajaq sikit-sikit pun kira ok la kan?Lepas nie dah tau dah la..
*huarrrghhh mengantuk dah,selamat malam!!

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Monday, 4 March 2013

Baucer buku lagi :)

Assalamu’alaikum semua..
Bosan la hari nie,class cancel!no class for today..*kalau tau balik poli hari nie pon takpa.memandangkan takda apa nak buat petang nie so aku nak menghupdates la blog aku nie.huh
Alkisahnya,nak bercerita la pasal baucer buku yang aku dapat sebelum cuti raya cina hari tu *dah berkurun lama baru rasa nak hupdates neh,sory naik lori na..tahun nie baucer buku tu dah di ‘up’ kan ke RM250..banyak tu!! haha tapi bagi aku macam tak cukup jugak sebab aku kan suka membaca so menjadi ‘kegilaan’ aku dan aku memang gila la bila aku tengok buku banyak-banyak nie!acecehhh..
Memandangkan aku nie dah di semester akhir,memang tak banyak buku pun yang aku kena beli.Kebanyakkan dah beli kat lecturer pun so aku shopping benda lain la.Yang paling penting,buku yang aku nak aku dah dapat!yeye…Buku tu tajuk ‘Khalifah-khalifah Yang Benar’..*tak mahal pun,RM55 ja.tak rugi oo..
So,kat bawah nie aku dah snap picture untuk tontonan umum..muahahaha *cekitdout
nie untuk adik-adik aku yang nak amek SPM & PMR tahun nie.belajar rajin-rajin :)
Buku yang aku beli untuk diri sendiri :D
Novel untuk adik aku yang tak dapat apa-apa.. :)
nie tambah dengan baucer popular RM50,ok?
Alhamdulillah,dapat rezeki buku yang melimpah ruah..hehe ok la,setakat nie ja yang aku nak share untuk kali nie.eh eh lupa pulak nak ucap terima kasih kat Perdana Menteri sebab bagi baucer buku nie kat student-student..:)
*bukan nak 'berpolitik' cuma bersyukur la dengan apa yang kita dapat. :)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...