Ehem-ehem..*
MUKADDIMAH Memandangkan dah hampir 3 tahun aku kat bumi
Perlis nie,bermacam-macam kawan dari setiap pelusuk negeri aku dah jumpa.Yang
paling lawaknya bila kawan-kawan dari negeri belah selatan,pantai timur semuanya
pakat dok try cakap utara..HAHA
toink toink~
…………………………………………………………………………………………………………
Aku nie kira bernasib baik + beruntung sangat la sebab dah
dilahirkan kat belah utara *Penang
ok Penang!* dan dapat study pun kat
belah-belah sini ja,so memang senang la nak bawak diri.Even ‘loghat’ utara aku
pun tak berapa nak ‘pekat’ orang kata,aku tetap tau jugak serba sikit tentang ‘loghat’
nie sebab abah aku memang asal Kedah.Kami
adik-beradik memang dah terbiasa dengan orang-orang yang ber’loghat’ utara
nie.huhu
*ke’banyak’kan ‘loghat’ utara nie menukarkan huruf ‘R’ kepada
huruf ‘Q’..contohnya lapa’q’,kelua’q’,seda’q’
dan lain-lain lagi la..
Pemalas - penyegan
Degil - keteqaq
Sombong – kekwat,kerek
Basikal –beskat/geqhek (gerek)
Dahaga air – lapaq ayaq
Cuai – cemeghekap (cemerkap)
Tidur tak puas –tidoq tak jeghap
Kicap – tok’u
Yang – hat
Pondan – darai (daqhai)
Air kumbah –ayaq acaq
Macam nie – lagu nie
Pukul –tibai/balun
Kelam kabut –kalut
Megah/berlagak – ciwi
Kenapa –pasaipa
Sawah – bendang
Gemuk –topui
Conteng – contiang
Manja –merap (menqhap)
Bosan –cemuih
Merajuk –bebai
Jatuh tersembam – tertomoih
Jauh sangat – nalanya jauh
Baru tadi –tak sat
Tak sempat –tak dan
Pakai – serlum (seghelum)
Sempat – dan
Air kelapa –ayaq nyok/nyiok
Baling/lempar –hawing
Buang –tauk
Menyiku –sigung
Tukul –merton (mengheton)
Pencuri –kawaq
Termenung – melengung
Berlanggar –beqhetuh
Lopak – lecah
Selut – lumpoq
Berhenti (hujan ) –seqheyat
Sudu – camca
Cawan – kole
Hulur – sua
Runtuh – reban (qheban) *bukan reban ayam na..
Cedok air –ceboq ayaq
Mereka – depa/lepa
Saya –cheq
Hang – awak/kamu
Hampa – awak semua
Teruk – jenoh
Celupar –hebiaq
Sangat manis – manis melecaih
Cair –ceroi
Beritahu –habaq
Sebenarnya
banyak lagi ‘loghat’ utara yang ada,cuma aku pun tak khatam lagi,KUIKUIKUI…ok la dah dapat belajaq sikit-sikit pun kira ok
la kan?Lepas nie dah tau dah la..
*huarrrghhh mengantuk dah,selamat
malam!!
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)
No comments:
Post a Comment
Flying Love For Me