hye semua,hari nie Zati nak kOngsi tips sikit especially untuk kaum wanita yang semestinya inginkan kecantikkan dan nampak menarik.Kat bawah nie Zati bagi tips untuk kita semua kOngsi bersama,InsyaAllah amat berguna jika diamalkan. Scroll dOwn ea,selamat membaca!!
*Gunalah 'sabun istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
*Bedaklah wajah anda dengan 'air wudhuk' nescaya akan berjaya di akhirat.
*Oleskan 'lipstik kejujuran' pada bibir anda,nescaya anda akan nampak lebih manis.
*Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang terhasil dari rasa malu yang dibuat dari salun keimanan.
*Sebaik-baik kalung adalah 'kalung kesucian'.
*Hiasilah tangan anda dengan 'gelang tawadhuk' dan jari-jari anda dengan 'cincin ukhuwwah'.
*Rawatlah rambut anda dengan 'selendang Islamik' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.
Di mana cantiknya seorang muslimah?
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang
selalu menjeling tajam atau yang kadang kala
malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada
bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman
manis, atau yang sekali- sekala memberikan kucupan
mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil
anak-anak Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang
gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut
sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum
cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta
malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih
belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan
perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran
kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan
memberikan keindahan- keindahan itu. Namun, betapa pun
dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan
cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi
jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia,
sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan
ibadah.
-->> Semoga tips-tips ini dapat membantu anda semua untuk menjadi lebih cantik dan menarik selepas nie.InsyaAllah
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)