Sweet Followers

Red Bow Tie

Monday, 29 April 2013

Jalan-jalan Dulu..

ha....*eh lupa.. ASSALAMU'ALAIKUM SEMUA! *jerit kuat2,hikhikhik...
okey na bagitau awal-awal yang entry nie sambungan dari entry sebelum nie.*faham murid-murid?ekekeke..ada gaya cikgu tak?
Kita teruskan sebelum aku dok merepek merapan lagi *pengsan cikgu bm dengaq ayat aku.Okey,lepas family tercinta aku ambik aku kat poli,kami tak terus balik Penang.wajib la kena jalan-jalan dulu,bila lagi kan?kan kan kan?*penampaq gak kang
First kami singgah dulu kat rumah pakcik teksi yang selalu ambik aku antar aku kalau aku nak pi mana-mana  *selalunya hantar pi stesen bus la nak balik Penang.Memandangkan pakcik nie baik dan selalu tolong aku *termasuk la pernah bagi tumpang tidur kat rumah dia masa krisis air yang teruk kat poli.Jasa dan budi baik orang jangan dilupa ea murid-murid?ekekeke...So aku pon singgah la rumah dia nak ucapkan terima kasih kat depa suami isteri.
Then kami satu family p makan then shopping! *kat padang besaq la kalau kat Perlis nie..

*ON THE WAY PI PADANG BESAQ



 *DEPA TANGKAP GAMBAQ DEPA JA,AISEYMANN!KEHKEHKEH..




Lepas dah habis shopping,kami p Alor Star plak sebab tue memang wajib *kampung abah la katakan..singgah jumpa pakndak sat kat hotel dia then pi rumah anjang..tu ja la.....ekekeke..

*KAT HOTEL REGENCY ALOR STAR



*MY HAPPY FAMILY






Okey,that's all for today..ngantokk sudaaa,huwarrrrggghh!!
hikhikhik gudnite semua,okebaiiii  :*

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 28 April 2013

Selamat Tinggal Poli,Selamat Tinggal Perlis

Selamat Tinggal poli!!
Selamat Tinggal Perlis!!
Assalamu'alaikum semua..sob sob sob :'(
*na habaq mood sedih
Harinie hari last aku kat poli nie,kat bumi Perlis.Semalam buat kali terakhir aku tidur dalam bilik nie,atas katil nie.3 tahun aku duduk sini,macam-macam dah yang aku tempuh.*pahit manis masin kelat semua ada..Dan 2 sem aku stay kat bilik yang sama dan roomate yang sama,tipu la kalau tak rasa sedih rasa sayang nak tinggal semua nie even kat mulut selalu cakap 'tak sabarnya nak keluar dari poli nie' , 'bila la nak habis belajaq' dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya.
Nie la keadaan bilik aku sebelum dan selepas kemas-kemas nak balik Penang :'(

meja belajaq saya..
tempat landing saya :)
kemas tak?ekekeke.. :P
will miss all this thing :(
inilah hasilnya selepas dikemas-kemas :|||
akan rindukan bilik saya! B3 4.8..uhuk uhuk
huwaaaa sedihnyaaa..mesti akan rindukan semuanya..bilik,poli,kelas,kawan-kawan dan Perlis!3 tahun kita bersama akhirnya kita akan berpisah jua..*acecececehhhh
Sebelum balik nikmati la dulu sepuas-puasnya pemandangan kat bumi Perlis nie..jom!!!











Dah nak keluar Perlis..sobbb sobbb sobbb :'( babaiii kamsis,babaiii poli,babaiii Perlis.panjang umur kita ketemu lagi..
*sambil lap air mata
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Saturday, 27 April 2013

Perjuangan Terakhir..

sekadar gambar hiasan :)
Assalamu'alaikum semua..
pejam celik pejam celik dah habes exam,untuk kali terakhir..Alhamdulillah :) 
malas nak cerita panjang2,secara ringkasnya semester 6 nie adalah semester terakhir untuk aku berjuang di medan peperiksaan dan In Sha Allah akan menjadi kali terakhir kakiku melangkah ke Dewan Harum Manis,PTSS.



Untuk semester last nie,ada 4 'killer paper'..ohhhh tidakkk! masa minggu exam tu,hanya Allah ja yang tau struggle macam mana,dengan nak study,nak kena ingat,hafal..macam2 la!rasa macam nak nangis pun ada.TIDUR?jangan cakap la..*mata konfem2 macam panda dah..ekekeke
Nak tau apa subjek yang killer sangat tu? *scroll bawah
:
:
v
v
v
v
v





ha...gerun tak tengok?hehehe..tapi alhamdulillah la aku dan kawan-kawan dapat mengharungi saat2 yang genting dalam hidup nie dengan jayanya..*ecececehhh
Akhirnya,dah habes dah empat-empat paper tu semua..masa keluar dari dewan tu rasa macam nak jerit dah *konon-konon dah bebas gituuu...
Nak tengok muka bahagia tu macam mana?meyh tengok sini :
:
:
:
:
v
bersama kawan-kawanlepas habisnya paper terakhir :)
muka kanak-kanak riang *terasa kemerdekaan disitu,acececehhh
hahhhh! boleh tarik nafas lega dah buat sementara *takmau ingat result lagi..dan now time to enjoyyyyy!!
hehehehe..lepas nie boleh tidoq lena la cheqq nampaknya..

secara rasminya,kali terakhir aku menaiki tangga batu caves PTSS,kehkehkeh
Oke la,sampai sini dulu entry kita.nanti kita sambung lain na..okebaiii!  ^_=
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...