Sweet Followers

Red Bow Tie

Saturday, 16 June 2012

Wafatnya RASULULLAH S.A.W


**cOntinue dari entry sebelum nie.. 


Ketika Subuh hari Isnin 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah,apabila para sahabat dan umat Islam hendak masuk ke masjid untuk menunaikan solat Subuh,Rasulullah SAW menyuruh Aishah menjirus air ke badannya kerana ketika itu Baginda berasa dirinya dalam keadaan demam.Apabaila Baginda tidak mampu untuk keluar solat,maka Baginda berkata kepada Aishah, ‘Suruhlah Abu Bakar keluar solat bersama umat Islam.’ Kemudian Aishah berkata kepada Rasulullah SAW, ‘Sesungguhnya Abu Bakar seorang lelaki yang lembut hatinya,apabila dia berdiri di tempatmu ya Rasulullah,maka orang tidak akan mendengar bacaannya kecuali tangisan,’ Rasulullah SAW menyuruh Abu Bakar solat bersama-sama umat Islam.

Maka,solatlah Abu Bakar mengimami umat Islam sebanyak 17 kali waktu bermula daripada waktu Isyak malam Jumaat sehingga akhir Subuh hari Isnin.Tiba-tiba Rasulullah SAW menyelak langsir biliknya sambil tersenyum memandang kepada mereka yang sedang berbaris untuk menunaikan solat Subuh.Kemudian Abu Bakar mengundur ke belakang kerana ingin memberikan tempat kepada Rasulullah SAW kerana beliau menyangka Rasulullah SAW sudah kembali sihat.

Namun Rasulullah SAW terus memberikan isyarat dengan tangannya kepada Abu Bakar supaya mereka semua tetap meneruskan solat.Kemudian Rasulullah SAW duduk di samping Abu Bakar lalu Abu Bakar meneruskan solat manakala Rasulullah  SAW solat yang dilakukan dengan keadaan duduk,sementara itu yang lain mengikut solat Abu Bakar.

Umat Islam berasa gembira kerana mereka menyangka dengan keluarnya Rasulullah SAW itu bermakna Baginda sudah kembali sihat tetapi sebenarnya,sakitnya bertambah teruk ketika itu.Itulah kali terakhir Rasulullah SAW menunaikan solat bersama-sama umat Islam.Kemudian Rasulullah SAW menutup kembali langsir biliknya dan itulah juga pandangan terakhir Rasulullah SAW kepada para sahabatnya dan umat Islam sebagai membuktikan bahawa Rasulullah SAW sangat sayang kepada sahabat serta umatnya.

Rasulullah SAW kembali ke bilik Aishah lalu berbaring menyandarkan kepalanya ke dada Aishah untuk menghadapi sakaratul maut.Tatkala Rasulullah SAW di atas pangkuan Aishah,tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seraya memberi salam.Aishah pun pergi ke muka pintu dan bertanya,’Apakah hajat tuan datang ke sini?’ Lalu tetamu itu menjawab,’Aku ingin menemui Rasulullah.’ Aishah menyatakan bahawa Baginda sedang sibuk dengan dirinya sendiri,bermaksud Baginda sedang berperang dengan kesakitannya.Lalu Aishah mengatakan,’Pulanglah.’ Orang tadi memberi salam untuk kali keduanya.Namun begitu jugalah jawapan yang diberikan oleh Aishah dan apabila kali yang ketiga,Baginda SAW terdengar suara itu dan terlintas di hatinya bahawa Baginda amat kenal dengan suara itu.Lalu Baginda mengatakan kepada Aishah,’Suruh orang itu masuk!’ dan Baginda berkata kepada Aishah, ‘Kamu kenal siapa dia?’ Aishah menjawab,’Tidak’.Kata Baginda,’Dialah pemutus kemenangan dunia,dialah pemisah orang yang disayangi,dialah Izrail,malaikat maut.’

Baginda bertanyakan kepada Izrail apa tujuan kedatangannya,lalu Izrail berkata,’Allah perintahkan aku mencabut nyawamu tetapi sekiranya diizinkan olehmu ya Rasulullah.Jika tidak Allah mengarahkanku kembali.’ Nabi bertanya,’Dimana engkau tinggalkan sahabatku Jibrail.’ Malaikat Izrail menjawab,’Aku tinggalkan dia di langit dunia.’ Jawab Izrail.’Kenapa?’ tanya Baginda Rasulullah SAW.’Dia tidak sanggup melihatmu menghadapi sakaratul maut.’ ‘Panggillah dia’,pinta Baginda.Sejurus daripada itu,malaikat Jibrail pun turun berada di sisi Rasulullah SAW.Baginda bertanya kepada Jibrail,’Wahai kekasihku kenapa kau lambat datang menziarahiku?’ Bercucuran airmata Jibrail tanpa sebarang suara kerana menahan sebak melihat kekasihnya Muhammad SAW berada di dalam kesakitan.

Izrail pun meminta keizinan Baginda untuk menjalankan tugasnya,lalu Baginda berkata,’Lakukanlah.’ Apabila roh ditarik dari ubun-ubun,Baginda mengerang kesakitan sambil berkata,’Wahai Izrail,sakitnya mati ini.’ Mengalir airmata Izrail seraya menjawab,’Tidak pernah aku mencabut roh seseorang selembut ini melainkan kepadamu ya Rasulullah.’

Rasulullah SAW mengadu kesakitan,berpeluh dahi Baginda menahan kesakitan sakaratul maut.’Wahai kekasihku Jibrail,sakitnya mati ini,bagaimana umatku mampu mananggungnya.’Malaikat Jibrail tidak mampu berkata-kata,hanya airmata yang mengalir.Baginda berkata,’Wahai kekasihku Jibrail,kenapa kamu tidak menjawab dan kenapa kamu berpaling,adakah kamu benci melihat wajahku?’ Barulah Jibrail bersuara,’Wahai kekasihku ,sebenarnya aku tak sanggup melihat engkau dalam keadaan begini,’ Jibrail menangis semahunya.’Wahai Jibrail,sakitnya mati ini.Bagaimana umatku mampu menanggungnya.Wahai Jibrail,kumpulkan sakit mati seluruh umatku,biar aku yang tanggung sekarang ini,’ begitu Rasulullah SAW sayang kepada umatnya dan bimbang umatnya tidak mampu menahan sakitnya mati,namun permintaannya tidak diperkenankan Allah SWT.

Baginda membuat permintaan kepada Jibrail,’Wahai Jibrail,berilah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia ini.’ Malaikat Jibrail mengatakan kepada Rasulullah SAW, ‘Bahawa seluruh pintu-pintu syurga dan para bidadari sedang berhias-hias menanti rohmu.’ ‘Wahai Jibrail,aku masih tidak gembira,berilah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia yang fana ini.’ Jibrail berkata,’Sesungguhnya seluruh para malaikat sedang berbaris di langit dunia menanti rohmu diangkat.’

Rasulullah SAW mengulangi lagi katanya,’Wahai Jibrail,ianya masih tidak menggembirakan aku.Ya Jibrail!Berilah berita gembira kepadaku’.Malaikat Jibrail pun mengatakan,’Wahai Muhammad,sesungguhnya Allah memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umatmu dahulu memasukinya.’ Tersenyum Rasulullah SAW mendengarnya,ingin membuktikan cintanya yang mendalam terhadap umatnya dan akhirnya Rasulullah SAW pergi menemui Allah SWT dengan tenang.

selawat dan sedekahkan al-fatihah ke atas baginda

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Rasulullah S.A.W Ketika Sakit


*Entry nie adalah sambungan daripada Nabi Muhammad SAW INSAN TERAGUNG part II
selamat membaca..

Tidak lama sekembalinya Rasulullah dari Mekah mengerjakan Haji Wada’,baginda telah memerintahkan kaum Muslimin untuk bersiap sedia memerangi tentera Rom.Rasulullah SAW juga telah memilih Usamah bin Zaid,anak kepada Zaid bin Harithah untuk mengetuai peperangan ini.Walaupun waktu itu usia Usamah masih muda.Usamah diperintahkan oleh Rasulullah agar pergi ke tempat di mana ayahnya terbunuh.
Pada ketika inilah Rasulullah SAW sakit di bahagian kepalanya.Kemudian kesakitan Rasulullah SAW semakin bertambah berat sehingga Usamah memberhentikan pasukannya di tempat perkhemahan tersebut dan menantikan apa yang akan diutuskan oleh Allah SWT di dalam masalah ini. Diceritakan bahawa bermulanya sakit Rasulullah SAW adalah sebagaimana hadis yang diriwatkan oleh Ibnu Ishaq dan Ibnu Sa’ad pada Abu Muwaihibah,bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah SAW.Dia berkata ‘Wahai Abu Muwaihibah,aku diperintahkan untuk meminta keampunan bagi penghuni kubur di perkuburan Baqi ini,maka marilah pergi bersamaku’.Kemudian aku pergi bersama Baginda.

Ketika kami sampai,Baginda mengucapkan ‘ASSALAMU’ALAIKUM YA AHLAL MUQABIR! Semoga diringankan siksa ke atas kamu kerana dosa yang pernah kamu lakukan,seperti mana yang pernah dilakukan manusia.Bermacam-macam fitnah yang datang seperti kepulan-kepulan malam yang gelap,silih berganti dan akhirnya lebih teruk dari yang pertama.’
Kemudian Baginda menghampiri lalu bersabda:
Sesungguhnya aku diberikan pintu kekayaan dunia dan abadi di dalamnya selama-lamanya,kemudian aku disuruh memilih antara dunia atau memenuhi Tuhanku dan syurga.’ Aku berkata kepada Baginda.’ Ayah dan ibuku menjadi tebusanmu.Ambillah kunci-kunci dunia dan abadikan di dalamnya dan di syurga.
Rasulullah SAW bersabda,’Demi Allah,tidak wahai Muwaihibah!Aku telah memilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga.’
Kemudian Rasulullah SAW memintakan keampunan untuk penghuni Baqi’ dan meninggalkan tempat itu.Sejak itulah Rasulullah SAW mula berasa sakit kemudian meninggal dunia.Diriwatkan dari Aisyah bahawa kembalinya dari Baqi’,Rasulullah SAW disambut oleh Aishah lalu berkata,‘Aduh,sakit sungguh kepalaku!’ Lalu Rasulullah berkata kepada Aishah, ‘Demi Allah Aishah,kepalaku terasa sangat sakit!’ Sakit kepalanya itu semakin lama semakin bertambah berat sehingga menyebabkan demam yang kuat.
Rasulullah SAW sakit pada bulan Safar tahun ke-11 Hijrah dan sepanjang tempoh sakitnya,Baginda berada di rumah isterinya Maimunah.Apabila sakitnya semakin tenat Baginda meminta izin daripada isteri-isterinya untuk tinggal di rumah Aishah.Ketika keluar dari rumah,Baginda dipapah oleh Al-Abbas bin Abdul Mutalib dan Ali bin Abi Talib sehingga masuk ke rumah Aishah.
Di rumah Aishah,sakit Rasulullah SAW bertambah tenat.Para sahabat mula bertambah cemas dan berasa sedih melihat keadaan Rasulullah SAW.Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Aishah, ‘Siramlah aku dengan tujuh gayung air kerana aku ingin keluar bertemu dengan mereka untuk berbicara.’ Selepas itu,keluarlah Rasulullah menemui para sahabat dan mengimami mereka dan berkhutbah kepada mereka.Rasulullah keluar dengan kepalanya berasa pening lalu duduk di atas mimbar.Pada awalnya Rasulullah SAW berdoa dan meminta keampunan untuk para Mujahiddin Uhud lalu bersabda,’Seorang hamba diberi pilihan oleh Allah SWT  antara diberi kekayaan dunia atau kembali ke sisi-Nya,lalu hamba itu memilih kembali ke sisi-Nya.
Serta-merta Abu Bakar menangis kerana mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW lalu berkata dengan suara yang keras, ‘Kami tebus engkau dengan bapa-bapa kami dan ibu-ibu kami.’ Kemudian Rasulullah SAW bersabda, ‘Tunggu sebentar wahai Abu Bakar! Wahai manusia,orang yang paling bermurah hati kepadaku dengan hartanya dan persahabatannya adalah Abu Bakar.Seandainya aku hendak mengangkat orang sebagai khalil (teman kesayangan),maka Abu Bakarlah khalilku,akan tetapi persaudaraan sejati adalah persaudaraan Islam.Tidak boleh ada Khaukah (lorong) Abu Bakar.Sesungguhnya aku adalah tanda pemberi petunjuk bagi kalian dan aku menjadi saksi ke atas kalian.Demi Allah,sesungguhnya ketika ini aku melihat telagaku.Sesungguhnya aku telah diberi kunci-kunci dunia.Demi Allah,aku tidak takut kalian akan menjadi musyrik sesudahku tiada tetapi aku takut kalian akan berlumba-lumba berebut kekayaan dunia.’

Kemudian Rasulullah SAW kembali ke rumahnya dan sakitnya semakin tenat.

**Nantikan entry seterusnya yang bertajuk 'WAFATNYA RASULULLAH SAW', insyaALLAH.. 

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Nabi Muhammad SAW INSAN TERAGUNG part II


*untuk sapa-sapa yang nak baca Nabi Muhammad SAW INSAN TERAGUNG part I,sila klik sini :)
PART II - NABI MUHAMMAD S.A.W. secara lahiriahnya, begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
· Aku melihat cahaya dari lidahnya.
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
· Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan.
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
· Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal.
· Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
· Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..
· Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
· Warna putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.
· Kulitnya putih lagi bercahaya.
· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
· Badannya tidak gemuk.
· Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
· Perutnya tidak buncit.
· Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.

KESIMPULAN

Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Kita mestilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan contoh ikutan. Banyakkan berselawat ke atas baginda SAW. Semoga baginda memberikan syafa’atnya kepada kita semua di akhirat kelak, insyaAllah.

**Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin…
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak. **

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...