Sweet Followers

Red Bow Tie

Friday, 14 December 2012

1.2.34 Hijrah,Jumaat yang Indah

Kalau 2 hari lepas,semua orang sibuk bercakap pasal tarikh 12.12.12 yang cantik dan hanya akan muncul sekali dalam hidup.Tengok berita,online facebook,baca paper semuanya tentang perkara yang sama.Kebanyakkan semua memilih tarikh tu untuk peristiwa-peristiwa yang penting dalam hidup depa macam majlis pertunangan,majlis perkahwinan dan tak lupa jugak tarikh lahir seseorang.Ramai jugak baby yang lahir pada tarikh istimewa tu tapi macam mana pulak dengan tarikh hari nie,14 DISEMBER 2012?

Mungkin hanya sebahagian dari kita ja yang sedar tentang tarikh hari nie.Hari nie,Jumaat,PENGHULU SEGALA HARI merupakan 1 Safar 1434 Hijrah mengikut kalendar Islam & dah tentulah ia menjadi 1.2.34.Subhanallah,cantiknya tarikh hari nie.lebih cantik dari tarikh 12.12.12.Semoga kedatangan bulan Safar nie menjadi bulan yang lebih baik untuk kita semua,Amin..

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥ ISLAM ITU INDAH ♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 9 December 2012

Result ohh result

Assalamu'alaikum readers..HEHE
All Praise belong to Allah :)
hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba.tadi dah check result kat laman web poli,alhamdulillah syukur sangat-sangat dapat result yang tak menghampakan.Walaupun tak dapat AKJ,tapi aku terima sebab keputusan aku pasti setimpal dengan usaha aku selama nie.Cukup la rezeki aku banyak tu walaupun ada membe-membe yang cakap,'ruginya','la lagi sikit ja nak dpt AKJ','camna hang tak bole dpt AKJ nie' tapi aku tak kisah sebab aku tau hampa semua amek berat pasal aku kan?HEHE cehh ayat perasan!
Apa-apa pun takpe la sebab result aku tak drop dan tak payah nak kena repeat mana-mana subjek balik,tu yang PENTING! dan benda yang aku paling bersyukur dan hepy sangat-sangat sebab subjek yang paling aku takut sekali,macam subjek tu subjek killer bagi aku,aku boleh dapat A-..ACCOUNT weyh!!memang tak kena la dengan otak aku yang lembab nie.tapi alhamdulillah,lulus jugak subjek yang paling ngeri nie.HUHU
Ok la kat bawah nie aku share la result aku yang aku dah print screen tadi.yang penting yang highlight tu.(Account awesome)HIKHIK..kalau nak tengok,tengok la,kalau taknak pun,tak kisah..:P
Aku harap result nie dapat menggembirakan ibu dan abah.Aku pasti ibu dan abah akan tersenyum untuk keputusan aku kali nie. :) Terima kasih jugak untuk doa dan sokongan ibu dan abah serta semangat yang diberi oleh Mr.Boyfie.
Tak lupa juga untuk kawan-kawan yang banyak beri tunjuk ajar kat aku terutama dalam subjek ACCOUNT tu dan sabar melayan aku,yeala sebab dapat kawan yang otak lembab bab kira-kira macam aku nie ha.HUHU thanks a lot AMIRAHIZZATI,HASNINI,ZUE dan NABILAH SYUHADA sebab beri tunjuk ajar,kalau tak,tak dapat A la aku nie.hikhik
Thank a lot friends :)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Tuesday, 4 December 2012

Selamat pulang abah,terima kasih Mr Boyfie

Assalamu'alaikum readers (^^,)
SELAMAT PAGI.....
huaargghh dah pukul 3.38 pagi tapi masih tak terasa mengantuk lagi!!Tangan-tangan nie pulak terasa gatal-gatal nak menghupdates belog,huhu..Apa bahan entry aku untuk pagi-pagi buta neh?dan apa kata hampa cer baca tajuk kat atas nuh ha..dah?ok kita proceed dengan ceritanya..HEHE
Ha,hampa nampak gambar kat atas nie?Sebenarnya abah baru balik semalam dari Langkawi setelah 3 hari ada kat sana..abah buat apa?ada kursus apa tah la,tapi bab nie tak penting pun.Yang pentingnya abah selamat p selamat balik walaupun sampai umah hampir pukul 2 pagi.Abah takda 3 hari nie terasa macam patah tangan sebelah,HEHE.Apa-apa pun,SELAMAT PULANG ABAH..:) *yang bestnya abah bawak balik ole-ole dari Langkawi!!sukasuka.
kegilaan aku :P
Coklat!! maableesss..waallahhh :D
.....abah jugak membawa khabar berita tentang Mr Boyfie yang ada kat sana..Alhamdulillah abah cakap dia dah nampak sihat dan bertambahhhhhhhhhhhhhhhh GEMUK!!HAHA..gemuk pun gemuk la asalkan dia dah tak sakit.:) Terima kasih Mr Boyfie sebab teman dan tengok-tengokkan abah kat sana dan temankan abah p shopping coklat,HEHE.
TERIMA KASIH jugak sebab bagi buah tangan untuk orang dan family.Macam tau-tau ja orang suka DAIM.:) (terharu sangat) apa-apa pun semoga cepat sihat dan betul-betul sihat..
DAIM dari MOHD HAEYKAL ^_____^
buah tangan dari Langkawi
TERIMA KASIH
*ADA JODOH KITA JUMPA LAGI 

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...