Sweet Followers

Red Bow Tie

Friday, 15 June 2012

Nabi Muhammad SAW INSAN TERAGUNG part I


Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati Hari Valentine (kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ ) daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.
Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?
Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


  BIODATA ASAS RASULULLAH SAW


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali  sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
·Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
·Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
·Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
·Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
·Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
·Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
·Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
·Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
·Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
·Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
·Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
·Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
·Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
·Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
·Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
·Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
·Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
·Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
·Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
·Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
·         Khadijah Binti Khuwailid.
·         Saudah Binti Zam’ah.
·         Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
·         Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
·         Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
·         Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
·         Zainab Binti Jahsy.
·         Maimunah Binti Harith.
·         Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
·         Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.        Qasim
2.       Abdullah
3.       Ibrahim
4.       Zainab
5.       Ruqaiyah
6.       Ummi Kalthum
7.       Fatimah Az-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
·Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy).
·Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda.

IBU SUSUAN
1.        Thuwaibah Hamzah
2.       Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1.       Halimah Al-Saidiyyah
2.       Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
3.       Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
4.       Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
5.       ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1.       Al-Harith
2.       Muqawwam
3.       Zubair
4.       Hamzah ***
5.       Al-Abbas ***
6.       Abu Talib
7.       Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8.       Abdul Ka ‘ bah
9.       Hijl
10.     Dhirar
11.     Umaimah
12.     Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.     Atiqah ##
14.     Arwa ##
15.     Umaimah
16.     Barrah
17.     Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

***Sempat masuk Islam
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ini :
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Sunday, 10 June 2012

Beginilah Caranya~Shaheizy Sam ft Yana Samsudin


(L)
Aku Tak Bisa Menyatakan Perkataan
Kelu Lidah Bila Berdepan Kamu
(P)
Aku Percaya Pada Naluri Hatiku
Yang Nyata Sudah Ada Depan Mata
(L)
Tapi Aku Masih Belum Mengenalmu
(P)
Untuk Menikmati Rasa Sebenar-Benar Cinta
Chorus
(L)
Aku Tahu Di Mana Nak Cari Cintamu
Di Sini Tak Mungkin Mengalah
Dengan Apa Yang Mendatang
(P)
Yang Ku Tahu
Kucuba Yang Terbaik Untukmu
Yang Indah Jadikan Kenangan
Yang Duka Perbetulkan
(L)
Begini Caranya Bagi Diriku
(P) Caranya Bagi Diriku


*LAYAN JEA KEYH,LOVE YOU..BUBYE

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Saturday, 2 June 2012

Arip Dah Kahwin!

Assalamu’alaikum..
Wahhh apa khabar semua??hehe..sebenarnya aku nak kongsikan ketidakPERCAYAAN aku tentang kenyataan aku diatas..ARIP DAH KAHWIN ??  Sudah semestinya susah nak percaya tapi memang kena percaya jugak laa..hehe
Apa-apa pun TAHNIAH na Encik Mat Arip..awai sungguh no hang kahwin,takdak angin takdak ribut tiba-tiba ja..tapi takpa laa dah jodoh hang awai lagipun dengan orang baik2 so tak salah laa,syaitan pun menangis oo..
camna aku boleh tau bini hang tu orang baik-baik??dah aku pi kenduri hang kan..huhu aku tengok sendiri laa,lagipun kan family hang dengan family aku dah rapat cam adik beradik.hang pun dah macam abang,kawan baik,kadang-kadang jadi musuh aku pun boleh..
aku doakan semoga MOHD ARIFF BIN ABDUL LATIFF dapat menjadi seorang suami dan pemimpin yang baik dalam rumahtangga..insyaAllah cepat-cepat laa jadi bapak,bagi matang sikit..haha sori na bro
masa pi kenduri tak dapat nak ambik gambar banyak-banyak dan aku pun tak berapa sihat masa tu tapi disebabkan seorang kawan baik aku gagah jugak dan tak sangka kat kenduri tu aku jumpa sorang minah nie jugak..nak tau sapa??satgi scroll down gambar-gambar kat bawah nie na..huhu cam suspen sikit..
:
:
:
V

simple kan pengantin.:)
bersama ibu dan abah :)
kat bawah nie gambar minah yang aku cakap tadi yang aku jumpa kat kenduri Mat Arip.tak sangka dapat jumpa dia kat sini,dah lama sangat tak jumpa.

merah sama merah
nie laa dia dia, FARRAH DIBA ADINDA kawan sekelas aku dulu..macam berjanji pulokk dah merah sama merah,menyerlah gitu walaupun muka aku nampak sangat macam baru bangon tido..huhu chill...


sekian saja dari aku untuk entry untuk kali nie..sekian hehe daa... ^_^

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...