Sweet Followers

Red Bow Tie

Friday, 19 July 2013

|| Nukilan Sang Isteri || DAYANA LOKMAN buat ASHRAF MUSLIM ||

Berikut merupakan nukilan Noor Dayana yang dikongsikan menerusi akaun facebooknya petang semalam.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…


 *Demi Allah menitis air mata aku bila baca nukilan dia,sangat mendalam maksud yang Dayana luahkan.Sebagai seorang perempuan even aku tak kahwin lagi,aku boleh rasa apa yang dia rasa.Semoga Dayana tabah dan terus kuat! 

p/s Aku benci perempuan yang jadi orang ketiga dalam hubungan orang lain,tak kisah la apa pun alasan dia.

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

No comments:

Post a Comment

Flying Love For Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...