Sweet Followers

Red Bow Tie

Wednesday, 6 March 2013

Jom Belajaq Loghat Utara

Ehem-ehem..*MUKADDIMAH  Memandangkan dah hampir 3 tahun aku kat bumi Perlis nie,bermacam-macam kawan dari setiap pelusuk negeri aku dah jumpa.Yang paling lawaknya bila kawan-kawan dari negeri belah selatan,pantai timur semuanya pakat dok try cakap utara..HAHA toink toink~
…………………………………………………………………………………………………………
Aku nie kira bernasib baik + beruntung sangat la sebab dah dilahirkan kat belah utara *Penang ok Penang!*  dan dapat study pun kat belah-belah sini ja,so memang senang la nak bawak diri.Even ‘loghat’ utara aku pun tak berapa nak ‘pekat’ orang kata,aku tetap tau jugak serba sikit tentang ‘loghat’  nie sebab abah aku memang asal Kedah.Kami adik-beradik memang dah terbiasa dengan orang-orang yang ber’loghat’ utara nie.huhu
*ke’banyak’kan ‘loghat’ utara nie menukarkan huruf ‘R’ kepada huruf ‘Q’..contohnya lapa’q’,kelua’q’,seda’q’ dan lain-lain lagi la..

*      Pemalas - penyegan

*      Degil - keteqaq
*      Sombong – kekwat,kerek
*      Basikal –beskat/geqhek (gerek)
*      Dahaga air – lapaq ayaq
*      Cuai – cemeghekap (cemerkap)
*      Tidur tak puas –tidoq tak jeghap
*      Kicap – tok’u
*      Yang – hat
*      Pondan – darai (daqhai)
*      Air kumbah –ayaq acaq
*      Macam nie – lagu nie
*      Pukul –tibai/balun
*      Kelam kabut –kalut
*      Megah/berlagak – ciwi
*      Kenapa –pasaipa
*      Sawah – bendang
*      Gemuk –topui
*      Conteng – contiang
*      Manja –merap (menqhap)
*      Bosan –cemuih
*      Merajuk –bebai
*      Jatuh tersembam – tertomoih
*      Jauh sangat – nalanya jauh
*      Baru tadi –tak sat
*      Tak sempat –tak dan
*      Pakai – serlum (seghelum)
*      Sempat – dan
*      Air kelapa –ayaq nyok/nyiok
*      Baling/lempar –hawing
*      Buang –tauk
*      Menyiku –sigung
*      Tukul –merton (mengheton)
*      Pencuri –kawaq
*      Termenung – melengung
*      Berlanggar –beqhetuh
*      Lopak – lecah
*      Selut – lumpoq
*      Berhenti (hujan ) –seqheyat
*      Sudu – camca
*      Cawan – kole
*      Hulur – sua
*      Runtuh – reban (qheban) *bukan reban ayam na..
*      Cedok air –ceboq ayaq
*      Mereka – depa/lepa
*      Saya –cheq
*      Hang – awak/kamu
*      Hampa – awak semua
*      Teruk – jenoh
*      Celupar –hebiaq
*      Sangat manis – manis melecaih
*      Cair –ceroi
*      Beritahu –habaq
Sebenarnya banyak lagi ‘loghat’ utara yang ada,cuma aku pun tak khatam lagi,KUIKUIKUI…ok la dah dapat belajaq sikit-sikit pun kira ok la kan?Lepas nie dah tau dah la..
*huarrrghhh mengantuk dah,selamat malam!!

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

No comments:

Post a Comment

Flying Love For Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...