Sweet Followers

Red Bow Tie

Sunday, 24 February 2013

Pesona Coklat

COKLAT  MENGUNGKAP SERIBU KATA,MENGHURAI SEJUTA RASA
Sekotak coklat sebagai pengutus kasih sayang dan melahirkan penghargaan lebih bermakna dan penuh ketulusan sama ada melahirkan isi hati,melahirkan pujukan kasih,meraikan hari istimewaatau sekadar menambah kemesraan.Coklat menjadi pemberian bermakna yang sesuai untuk apa jua majlis dan perayaan.
*Coklat mengungkapkan lebih seribu kata-kata untuk anda..
KHASIAT SEJATI COKLAT
Coklat mengandungi zat-zat makanan seimbang yang baik untuk kesihatan.Bagi atlet dan kanak-kanak,sekeping coklat selepas bersukan atau bermain lasak akan membantu pemulihan tubuh yang cepat melalui penggantian semula karbohidrat.Oleh itu sejumlah coklat yang berpatutan boleh meningkatkan kecermelangan selain menjadi pemangkin tenaga.
PESANAN SI JANTUNG HATI 
Coklat baik untuk jantung yang sihat.Penyelidikan terbaru membuktikan bahawa coklat merupakan sumber anti-oksidan yang terbaik seperti juga.Coklat secara semulajadinya kaya dengan poliphenol.Coklat gelap pula mengandungi lebih poliphenol berbanding coklat susu kerana kandungan massa koko yang tinggi.
*Rahsianya,makanlah coklat secara sederhana sebagai sebahagian diet yang seimbang..
NIKMAT COKLAT YANG MENCERIAKAN
Coklat adalah makanan yang istimewa yang sesuai untuk pemakanan yang sihat.Nikmat coklat juga datangnya daripada gabungan aroma dan rasa sensasi di dalam mulut yang memberikan kelazatan luar biasa dan menjadikan kehidupan anda riang,ceria dan bersemangat sepanjang hari.
Nikmati coklat,nikmati kehidupan lebih ceria.
COKLAT SATU DIET ISTIMEWA
COKLAT MENGGEMUKKAN - merupakan salah satu tanggapan yang biasa diperkatakan.Sebenarnya tiada makanan yang akan menambahkan berat badan,hanya cara pengambilan makanan yang menentukan sama ada akan membentuk lebihan lemak di dalam tubuh atau sebaliknya.
Coklat sebenarnya adalah makanan yang enak dan berkhasiat.Coklat tidak meningkatkan kolestrol atau glukos darah dengan ketara.Hakikatnya coklat mengandungi zat-zat makanan seimbang dan anti-oksidan yang menjadikannya makanan yang sihat jika diambil secara sedehana.
SENYUMAN SEMANIS COKLAT
Senyuman kurang terserlah tanpa gigi yang putih dan sihat.Kerosakkan gigi berpunca daripada pelbagai fenomena dengan proses hakisan yang berterusan terhadap enamel di permukaan gigi merupakan punca utama.Asid yang dikeluarkan oleh karbohidrat daripada makanan menggalakkan proses hakisan ini.
Memang tak dapat dinafikan bahawa gula boleh merosakkan gigi.Memandangkan coklat mengandungi sukros dan laktos maka ia sering dikaitkan dengan kerosakkan gigi.Tetapi kerosakkan gigi bukan berpunca daripada gula semata-mata malahan kebanyakkan sumber karbohidrat.Karies terbentuk apabila bakteria di permukaan gigi iaitu plak memecahkan karbohidrat dan menukarkan gula menjadi asid laktik yang perlahan-lahan akan mendemineralisasikan permukaan gigi.Maka,kerosakkan gigi sebenarnya merupakan kesan penukaran karbohidrat oleh bakteria dan bukannya kesan langsong daripada gula.Tanpa bakteria plak,tiada kerosakkan gigi.Dengan penjagaan gigi yang baik masalah kerosakkan gigi dapat dielakkan.
Tambahan pula coklat mengandungi tanin yang berupaya mengurangkan pertumbuhan plak.Coklat juga mempunyai ciri istimewa yang cair sendiri di dalam mulut tanpa meninggalkan sebarang sisa untuk pembiakan bakteria,malah coklat sebenarnya melindungi gigi anda!
Yang penting sentiasa memberus gigi!

Ditatap mempesonakan,disentuh halus,dihidu menakjubkan & nikmat dijamah

SUMBER:Lembaga Koko Malaysia
http://www.koko.gov.my

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

No comments:

Post a Comment

Flying Love For Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...