Sweet Followers

Red Bow Tie

Sunday, 24 February 2013

Langkawi Aku Datang

Assalamu’alaikum semua,seperti yang dijanjikan dalam entry lepas aku nak story pasal aku p Langkawi hari tu ( ofcoz la the island of chocolate!!).Ok la aku p pada 1 Feb sampai 3 Feb ja,tak lama pun.hehe Tak sabarnya nak jumpa dia,dah hampir 4 bulan tak tengok.Rindu!
Ok la,check it out!!
1 Feb 2013,Jumaat
-lepas ja habis kelas hari tu aku terus balik bilik tukar baju dan kemas barang sikit-sikit then terus keluar poli.Pakcik teksi dah tunggu kat luar! Tepat pukul 1.30 aku sampai jeti kuala perlis dan nasib baik tiket bot ada lagi!tak payah tunggu lama,aku teru s naik bot.(nak ucap terima kasih banyak2 kat my bestie,NINI sebab tolong beli tiket dan tunjuk kat mana nak naik bot.ok,aku taktau sebenarnya,hehe).
-sementara tunggu semua penumpang naik,aku mesej dia bagitau yang aku dah naik bot dan dia pun cakap ‘ok,dia tunggu kat jeti Kuah’.hmm agak memeningkan kepala dok dalam bot tu lama-lama,mabuk laut kot!
-dah nampak signboard ‘SELAMAT DATANG KE LANGKAWI ‘ dari jauh,terus mesej dia bagitau aku dah nak sampai,dan dia cakap dia ‘on the way’.*ok..Tepat pukul 2.40 pm,maka mendarat la bot yang aku naik tu.aku pun dengan selambanya turun *aku taktau sebenarnya nak menghala ke mana,hehe..so,aku ikut ja la orang-orang yang turun sekali dengan aku tu,buat-buat berani la sorang-sorang.Akhirnya,aku dah sampai kat pintu keluar!!TAPI..tak nampak pun bayang dia.cakap dah on the way,huh.Tercangak la aku sorang-sorang kat depan Baskin Robbins uh..Ok,lepas 15 minit aku dah nampak dia naik moto,oppss dia tak nampak aku pulak dan dia dah terlajak kat depan.haha ok,aku kena jalan p kat dia.
-Sampai kat dia,terus dia senyum dan cakap,‘WELCOME TO LANGKAWI ‘.*ok dia speaking sikit.dan aku terus cakap dia nampak gelap,HAHA..destinasi seterusnya,MAKAN!! *dari tadi pagi tak jamah apa-apa k even setitik air,sedih..dia terus bawak aku p makan,aku breakfast nak dekat pukul 4 petang ok?haruuu….
-then dia bawak aku p jalan-jalan pusing Langkawi,even agak letih tapi aku tak kisah.bukan selalu kan?~ wootwoot.^^, pastu p area Chenang,ronda-ronda cari kasut.cari kasut,sebab apa?kasut yang aku pakai buat hal pulokk..pastu shopping barang sikit dan dia hantar aku balik motel,aku nak mandi-mandi,rehatkan diri.Langkawi sangat panas ok?
-Malam dia bawak aku keluar makan,kat area Kuah.Lepas tu pusing-pusing,dia tunjuk tempat-tempat yang dia selalu p dan tempat yang menarik kat sini.dan dia dengan tak diiktirafnya telah menjadipemandu pelancongaku,hehe.Then kami p beli beberapa barang penting yang aku tertinggal kat poli pastu dia bawak aku p Chenang Mall,ada pertunjukkan kereta sambil kami menikmati aiskrim goreng!Ok,dah agak lewat dia hantar aku balik motel,aku nak tidur.letih sangat-sangat. Good night,sambung esok eh!!

*untuk aktiviti hari kedua dan ketiga dalam entry seterusnya eh,tak larat nak menaip dah..huhu

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

No comments:

Post a Comment

Flying Love For Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...