Sweet Followers

Red Bow Tie

Monday, 25 February 2013

Langkawi Aku Datang part II

Assalamu’alaikum semua..
*please take note:ok entry nie adalah sambungan dari entry yang lepas :: >Langkawi Aku Datang
Ok,sila scroll down!!
2 Feb 2013,Sabtu
-hari nie hari kedua aku di bumi Langkawi,lepas check-out dari motel tu hampir pukul 12pm dia ambil aku then bawak p makan.*orang dah lunch,kami baru nak breakfast ok?hehe.. kami makan kat area Kuah sebab dekat sikit nak balik rumah dia.Sebelum tu dia bawak aku pi tempat yang jual produk-produk gamat nie,biasa la my beloved ibu yang pesan..Lepas makan terus p rumah dia,letak barang-barang aku.Sebelum sampai rumah,kami singgah dulu dekat gerai maknjang dia dekat-dekat situ.
-memandangkan hari pun tengah panas terik,kami taknak keluar p mana-mana lagi so dia bawak aku berjalan rumah adik beradik dia.Sembang-sembang dengan maktih,paktih dan sepupu dia sambil pekena goreng pisang panas..*syuurrr…huhu
-lepas Zohor dia bawak aku pi ‘Langkawi Wildlife Park’,*dekat sesangat dengan rumah dia.kami pi sana sebab nak jumpa ibu dia,alang-alang dapat masuk free,huhu..ok pengalaman yang baru,sebab memang tak pernah masuk! *sumpah excited sebab dapat tengok macam-macam binatang.Dah habis pusing-pusing kat dalam tu,kami pun balik.
Antara gambar-gambar yang sempat kami snap :)















-next,dia bawak aku ronda-ronda dalam kampung pastu kami p ‘Durian Perangin Waterfall’!! tapi tak dapat mandi sebab tak bawak baju lebih lagipun kami berdua ja,tak best.*maybe next time,sedih sebab kat Penang payah nak jumpa air terjun..


then dia bawak aku pusing-pusing Tanjung Rhu and Teluk Bayu.Ya Allah,cantik sangat pemandangan laut kat sini!
-Memang terpegun sebab kat Penang laut tak secantik laut kat sini,Subhannallah..Kami lepak sat kat situ sambil menikmati pemandangan yang amat mendamaikan.*tudiiaa ayat aku,huhu.Dah nak dekat masuk waktu maghrib,kami pun balik.Tak elok lama-lama kat sini.:P

-Lepas maghrib dan aku pun dah mandi dan bersiap *ok tidur rumah maknjang dia malam nie,dia mai,nak bawak aku pi pasar malam Kuah katanya..kami keluar la p pasar malam,lepas beli makan dia bawak aku p ‘Dataran Helang’.Kami makan dan sembang-sembang kat situ.Lepas tu,snap-snap gambar *itu harus ok? Nak dekat pukul 10.30 kami balik rumah.

-Sampai rumah,sembang sat dengan maknjang dan paknjang dia.*nasib baik depa ramah,takla malu sangat,huhu..Then nak dekat pukul 12,aku masuk tidur.dia pun dah balik rumah.jumpa esok pulokk.:)
3 Feb 2013,Ahad
-Pukul 9 lebih baru aku bangun,Ya Allah letih sangat sampai tak sedar.hmm bangun-bangun ja terus pi mandi,nasib baik family dia tak kisah..:P Lepas mandi,berborak jap dengan maknjang dia,nak breakfast dia pulak tak mai lagi.*aku segan nak makan sorang-sorang,hehe..Ok,aku nampak adik dia yang kecik sekali ada,aku pun dukung la dia balik.Nasib baik rumah dekat-dekat,ibu dia pun tak kerja hari nie.Sementara tunggu dia bangun,sembang-sembang la dengan ibu dan maknjang dia.
-Lepas dia dah siap-siap,kami pi rumah maknjang dia balik,makan tengah hari dulu.Pastu nak gerak dah la,takut lambat naik bot! tapi…moto pulak buat hal,adoi..ok,tunggu dia repair moto dulu.Dah siap,kami terus mintak diri,entah bila la pulak boleh jumpa lagi.yang terharunya bila dipeluk dan dicium oleh ibu dia,terasa sangat yang kedatangan aku dihargai.bye semua,kalau ada jodoh jumpa lagi..:)
-Terus kami p jeti Kuah,tepat pukul 1.20pm kami sampai.tapi tiket pukul 2.30pm,tu pun tiket yang terakhir,nasib baik!*kalau tak,gamak nak tunggu sampai pukul 4pm..sebelum sampai jeti kami singgah ‘Haji Ismail Group’ dulu sebab nak beli coklat untuk family aku dan coklat yang kawan-kawan pesan.

-ada lagi sejam,hmm.ok,p makan lagi!dia cakap teringin nak makan KFC,ok depan tu ja.lepas beli kami terus masuk kat tempat menunggu bot,makan kat situ.tiba-tiba terdetik,’satnya masa berlalu’.lepas nie kena berpisah dengan dia lagi. dengar pengumuman yang bot dah sampai,hati nie makin sedih.dia nie lamanya pi toilet!hmm ok,dah nampak dia.dia cuma tersenyum,entahla..berat hati nie..
-ok,orang tu nak periksa tiket! Hmm sampai sini ja la dia hantar aku,lepas salam dia aku tak boleh tengok dia.aku terus masuk dalam bot.dari cermin tu dia tengok aku sambil tengah telefon seseorang,ok telefon aku yang bunyi!!dengar dia cakap,macam-macam dia pesan kat aku,sumpah tak boleh tahan airmata.dia kata nanti aku boleh mai sini lagi takpun dia yang balik Penang.aku suruh dia balik dulu sebelum bot nie bergerak sebab aku taknak bertambah sedih,ok dia dengar cakap aku.aku dah tak nampak kelibat dia,Ya Allah kuatkanlah hati aku,rasa macam takmau balik ja,tak puas lagi ada kat bumi Langkawi nie!!!
-bot still tak bergerak walaupun dah pukul2.45.Dia call aku lagi,aku jawab jugak walaupun masa tu…..hmm dia cakap dia tengah tengok bot aku dari jauh,dia ada kat Pekan Rabu,tengah tunggu bot aku bergerak dan dia masih pesan macam-macam kat aku.
-Bila bot bergerak,aku nampak sayup-sayup Pekan Rabu tu dan dia masih kat situ!Selamat tinggal Langkawi,selamat tinggal Mohd Haeykal,selamat tinggal semua!kenangan kat sini sangat indah walaupun cuma sekejap.kalau ada jodoh,panjang umur kita jumpa lagi.Airmata tak henti menitis sampai aku tak sedar masa bila aku dah terlelap.

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

No comments:

Post a Comment

Flying Love For Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...