Sweet Followers

Red Bow Tie

Thursday, 24 January 2013

Rindu Yang Tak Terucap

Selamat Pagi semua..
JAM dah menunjukkan hampir pukul 2 pagi tapi mata nie masih belum mengantuk,entah la bila dok sorang-sorang nie macam-macam yang terpikir.kalau boleh taknak ingat apa-apa sebab hati nie akan sedih tapi perasaan tetap perasaan kan?
Tipu la kalau hati nie tak teringat,tak sedih..


Semua kenangan dulu mesti akan teringat balik,sekarang semuanya dah berubah.Dulu kami dekat,sekarang dah jauh.Bila dah jauh semuanya akan berubah dengan sekelip mata.Yang PASTI aku kena biasakan diri dengan keadaan baru,tanpa 'DIA'..
Kalau diikutkan,nampak macam takda apa sangat,sebab aku masih belajar kat sini dan apa-apa pun dia akan tunggu aku kat Penang.Tapi sekarang kalau aku balik Penang? 'DIA' dah takda kat sana,tapi kenangan  yang 'DIA' tinggalkan terlalu banyak.
Kalau aku balik,aku tengok feri teringat dulu yang dia akan hantar aku kat jeti tunggu feri sampai la aku naik p seberang sana.Tengok bus rapid,akan nampak dia tengah tunggu aku sampai naik bus takpun kami akan naik bus sama-sama.Sepanjang perjalanan naik bus dari jeti ke rumah,akan lalu semua tempat yang ada kenangan dengan dia.


Tengok jambatan Pulau Pinang,teringat kali terakhir dia bawak aku ronda bawah tu.Dia kata nanti kalau ada rezeki dia nak bawak aku p mancing bawah jambatan,macam dia p dengan kawan-kawan dia tapi kena tunggu dia beli mancing sendiri dulu.Pastu lalu kat Queensbay Mall,teringat tempat pertama dan kali pertama kali jumpa.Tempat tu jugak la yang selalu kami p tengok wayang,makan-makan,lepak tepi pantai sambil makan rojak,makan steamboat,tempat kami gelak-gelak,bergaduh,bersembang..Ya Allah,rindunya..
Kalau dok kat rumah lagi la terasa yang dia ada..Selalu tengok sofa tempat yang dia selalu duduk tengok tv dan bersembang dengan kami tapi sekarang dah kosong.Kalau tengok meja makan,terbayang dulu yang dia akan duduk kat situ,tunggu aku hidang nasi,boh lauk kat dia,tuang air dan teman dia makan.Sekarang,kalau nak makan aku akan makan kat depan,tak sanggup duduk tempat dia.Bila tengok bilik belakang,terasa macam dia ada.Bilik yang dia selalu tidur kalau dia mai rumah.Bilik yang dia selalu guna kalau dia mandi kat sini,bilik tu jugak la yang dia pernah guna untuk sembahyang.Bilik yang aku pernah hamparkan sejadah dan bagi kain pelikat.
Setiap kali aku p pasar malam,mesti dia akan pesan apa-apa nak makan,dia akan ambik bila aku dah beli takpun dia akan mai makan kat rumah.Sekarang,aku p pasar malam tanpa belikan apa-apa untuk dia.Lain rasanya..Kalau p Bukit Jambul,benda yang dia paling suka,'Each A Cup'..Dia mesti akan beli yang paling special dan kami akan share berdua.Dan dia suka sangat makan M'Donalds kalau kami p situ.Tapi sejak dia takda nie,aku dah tak pernah makan M'Donalds dan dah tak pernah sentuh 'Each A Cup' tu lagi.Mana mungkin,aku sedih.....
Hmm dia suka sangat tangkap gambar aku curi-curi,aku tak pernah perasan pun..Bila aku tengok ncet dia,baru aku tau tabiat dia yang satu nie.:)


Kalau aku balik sana,aku cuma tunggu panggilan dari dia ja untuk ajak aku keluar..Saat yang paling aku tunggu-tunggu..
TAPI....
Tu semua dulu,kenangan yang dia tinggalkan bersama aku di Penang.Sekarang Penang dah takda apa-apa melainkan family aku.Hanya Tuhan ja yang tau betapa aku terlalu rindukan semua tu.TERAMAT RINDU..
Semoga hati aku terus kuat untuk melalui hari-hari mendatang tanpa 'DIA' dan aku harap keadaan nie takkan lama.Aku nak sangat dia balik Penang balik dan aku tau dia pun mengharapkan benda yang sama.
Kadang-kadang aku bersuara,mengadu jugak dekat dia apa yang aku rasa,berterus terang tentang perasaan aku..Dan dia pun selalu mintak aku jangan bersedih,dia terus bagi semangat supaya aku terus bersabar dan kuat untuk menghadapi keadaan nie.


Semua nie adalah dugaan buat kami,semoga kami masih mampu untuk tempuhinya..AMIN



*Cuma nak dia tau yang aku sayang dan rindu dia. (-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩__-̩̩̩-̩̩̩-̩̩̩)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

No comments:

Post a Comment

Flying Love For Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...