Sweet Followers

Red Bow Tie

Thursday, 24 January 2013

Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah

ASSALAMU'ALAIKUM..


Alhamdulillah,kita masih diberi peluang untuk menyambut hari kelahiran kekasih kita yang abadi iaitu Nabi Muhammad S.A.W.Esok 12 Rabi'ulawal adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh seluruh  umat Islam yang merindui Baginda.
Dekat sini aku nak share la link-link yang pernah aku post dulu mengenai Rasulullah S.A.W yang boleh dibaca untuk panduan kita semua dan untuk kita terus mencintai kekasih kita yang hakiki.

Nak baca,KLIK JA OKEY?

Okey la,terima kasih kalau sudi baca.Kat bawah nie aku nak share jugak serba sikit gambar yang berkaitan dengan Baginda.(TERUSKAN SCROLL DOWN EH)

HELAIAN RAMBUT RASULULLAH S.A.W
BEKAS MENYIMPAN RAMBUT RASULULLAH S.A.W
SELIPAR RASULULLAH S.A.W
BAJU JUBAH MILIK PUTERI BAGINDA,FATIMAH AZ-ZAHRAH
SELIPAR CAPAL MILIK RASULULLAH S.A.W
Okeyh,DONE!Eh belum lagi la..By the way,kalau hampa rasa tak puas atau nak lagi baca dan tau tentang kisah Nabi kita nie,aku syorkan kat hampa 1 buku nie.Aku dah beli dan aku rasa buku nie memang terbaik la sebab dia memang tentang biografi Baginda.Alaa tak mahal pun cuma RM55 kot kalau tak salah.Gambar buku kat bawah haaa....


Intro pasal buku nie:
-Harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui,mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda.Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah al-ahzab ayat 56 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah SWT dan Para Malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Dan kalau kita nak lebih menghayati kisah perjuangan Nabi bersama para sahabat,apa kata beli buku nie:


Kita akan mengerti dan merasai sukaduka dan keperitan Baginda dan para sahabat dalam menegakkan agama Islam.Sesungguhnya Baginda la kekasih sejati kita.AL-FATIHAH buat Baginda dan para sahabat.

*Maaf andai ada yang tidak kena dalam entry kali ini,hanya sekadar untuk perkongsian bersama.
terima kasih.

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

No comments:

Post a Comment

Flying Love For Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...