Sweet Followers

Red Bow Tie

Saturday, 16 June 2012

Rasulullah S.A.W Ketika Sakit


*Entry nie adalah sambungan daripada Nabi Muhammad SAW INSAN TERAGUNG part II
selamat membaca..

Tidak lama sekembalinya Rasulullah dari Mekah mengerjakan Haji Wada’,baginda telah memerintahkan kaum Muslimin untuk bersiap sedia memerangi tentera Rom.Rasulullah SAW juga telah memilih Usamah bin Zaid,anak kepada Zaid bin Harithah untuk mengetuai peperangan ini.Walaupun waktu itu usia Usamah masih muda.Usamah diperintahkan oleh Rasulullah agar pergi ke tempat di mana ayahnya terbunuh.
Pada ketika inilah Rasulullah SAW sakit di bahagian kepalanya.Kemudian kesakitan Rasulullah SAW semakin bertambah berat sehingga Usamah memberhentikan pasukannya di tempat perkhemahan tersebut dan menantikan apa yang akan diutuskan oleh Allah SWT di dalam masalah ini. Diceritakan bahawa bermulanya sakit Rasulullah SAW adalah sebagaimana hadis yang diriwatkan oleh Ibnu Ishaq dan Ibnu Sa’ad pada Abu Muwaihibah,bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah SAW.Dia berkata ‘Wahai Abu Muwaihibah,aku diperintahkan untuk meminta keampunan bagi penghuni kubur di perkuburan Baqi ini,maka marilah pergi bersamaku’.Kemudian aku pergi bersama Baginda.

Ketika kami sampai,Baginda mengucapkan ‘ASSALAMU’ALAIKUM YA AHLAL MUQABIR! Semoga diringankan siksa ke atas kamu kerana dosa yang pernah kamu lakukan,seperti mana yang pernah dilakukan manusia.Bermacam-macam fitnah yang datang seperti kepulan-kepulan malam yang gelap,silih berganti dan akhirnya lebih teruk dari yang pertama.’
Kemudian Baginda menghampiri lalu bersabda:
Sesungguhnya aku diberikan pintu kekayaan dunia dan abadi di dalamnya selama-lamanya,kemudian aku disuruh memilih antara dunia atau memenuhi Tuhanku dan syurga.’ Aku berkata kepada Baginda.’ Ayah dan ibuku menjadi tebusanmu.Ambillah kunci-kunci dunia dan abadikan di dalamnya dan di syurga.
Rasulullah SAW bersabda,’Demi Allah,tidak wahai Muwaihibah!Aku telah memilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga.’
Kemudian Rasulullah SAW memintakan keampunan untuk penghuni Baqi’ dan meninggalkan tempat itu.Sejak itulah Rasulullah SAW mula berasa sakit kemudian meninggal dunia.Diriwatkan dari Aisyah bahawa kembalinya dari Baqi’,Rasulullah SAW disambut oleh Aishah lalu berkata,‘Aduh,sakit sungguh kepalaku!’ Lalu Rasulullah berkata kepada Aishah, ‘Demi Allah Aishah,kepalaku terasa sangat sakit!’ Sakit kepalanya itu semakin lama semakin bertambah berat sehingga menyebabkan demam yang kuat.
Rasulullah SAW sakit pada bulan Safar tahun ke-11 Hijrah dan sepanjang tempoh sakitnya,Baginda berada di rumah isterinya Maimunah.Apabila sakitnya semakin tenat Baginda meminta izin daripada isteri-isterinya untuk tinggal di rumah Aishah.Ketika keluar dari rumah,Baginda dipapah oleh Al-Abbas bin Abdul Mutalib dan Ali bin Abi Talib sehingga masuk ke rumah Aishah.
Di rumah Aishah,sakit Rasulullah SAW bertambah tenat.Para sahabat mula bertambah cemas dan berasa sedih melihat keadaan Rasulullah SAW.Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Aishah, ‘Siramlah aku dengan tujuh gayung air kerana aku ingin keluar bertemu dengan mereka untuk berbicara.’ Selepas itu,keluarlah Rasulullah menemui para sahabat dan mengimami mereka dan berkhutbah kepada mereka.Rasulullah keluar dengan kepalanya berasa pening lalu duduk di atas mimbar.Pada awalnya Rasulullah SAW berdoa dan meminta keampunan untuk para Mujahiddin Uhud lalu bersabda,’Seorang hamba diberi pilihan oleh Allah SWT  antara diberi kekayaan dunia atau kembali ke sisi-Nya,lalu hamba itu memilih kembali ke sisi-Nya.
Serta-merta Abu Bakar menangis kerana mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW lalu berkata dengan suara yang keras, ‘Kami tebus engkau dengan bapa-bapa kami dan ibu-ibu kami.’ Kemudian Rasulullah SAW bersabda, ‘Tunggu sebentar wahai Abu Bakar! Wahai manusia,orang yang paling bermurah hati kepadaku dengan hartanya dan persahabatannya adalah Abu Bakar.Seandainya aku hendak mengangkat orang sebagai khalil (teman kesayangan),maka Abu Bakarlah khalilku,akan tetapi persaudaraan sejati adalah persaudaraan Islam.Tidak boleh ada Khaukah (lorong) Abu Bakar.Sesungguhnya aku adalah tanda pemberi petunjuk bagi kalian dan aku menjadi saksi ke atas kalian.Demi Allah,sesungguhnya ketika ini aku melihat telagaku.Sesungguhnya aku telah diberi kunci-kunci dunia.Demi Allah,aku tidak takut kalian akan menjadi musyrik sesudahku tiada tetapi aku takut kalian akan berlumba-lumba berebut kekayaan dunia.’

Kemudian Rasulullah SAW kembali ke rumahnya dan sakitnya semakin tenat.

**Nantikan entry seterusnya yang bertajuk 'WAFATNYA RASULULLAH SAW', insyaALLAH.. 

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

No comments:

Post a Comment

Flying Love For Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...