Sweet Followers

Red Bow Tie

Friday, 15 June 2012

Ilustrasi Mangkuk, Madu dan Sehelai Rambut



Pada suatu hari, Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat iaitu Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman mengunjungi rumah Ali. Isteri Ali iaitu puteri nabi, Fatimah, menghidangkan madu yang dimasukkan di dalam sebuah mangkuk yg cantik. Di dalam mangkuk itu ternyata ada sehelai rambut.
Melihat rambut itu, nabi meminta para sahabatnya membuat satu perbandingan menggunakan 3 barang yang ada di hadapan mereka iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar memberikan perumpamaan, "Iman lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu ini dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut." Perumpamaan Abu Bakar ini mmpunyai makna yang mendalam perihal iman.

Kemudian, Umar pula menyumbangkan fikirannya, "Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, seorang raja yang adil itu lebih manis daripada madu ini dan memerintah dengan adil itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut." Berbeza daripada Abu Bakar, Umar menggunakan kepimpinan yang adil dalam perumpamaannya.

Seterusnya, Uthman pula memberikan pendapatnya, "Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu ini dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih susah daripada meniti sehelai rambut."

Lantas apa pula kata Ali sebagai tuan rumah? Ternyata Ali menggunakan tetamunya sebagai bandingan. Ali berkata, "Tetamu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu ini dan menyenangkan hati tetamu sehingga dia pulang kerumahnya itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut."

Fatimah turut memberikan pendapatnya, "Seorang wanita itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, wanita yang menutup auratnya pula lebih manis daripada madu ini dan mencari wanita yang tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali muhrimnya itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut."

Nabi Muhammad gembira mendengarkan perumpamaan2 daripada para sahabat dan puteri baginda tentang tiga hal itu. Akhirnya nabi memberikan pula pendapat baginda, "Seorang yang memperoleh taufik dan beramal dengannya lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amalan yang baik itu lebih manis daripada madu ini dan melaksanakan amalan dengan ikhlas itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut."

Tiba-tiba, muncul malaikat Jibrail dan dia berkata, "Menegakkan tiang agama itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menyerahkan diri, harta dan waktu bagi mengembangkan agama itu lebih manis daripada madu ini dan mempertahankan agama sehingga ke akhir hayat itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut."

Allah pula berkata, "Syurgaku lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, nikmat syurgaku itu lebih manis daripada madu ini dan jalan menuju ke syurgaku lebih susah daripada meniti sehelai rambut."





sumber: andai syurga & neraka tidak ada oleh muhammad hasan al basri @ klik sini :)
Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

No comments:

Post a Comment

Flying Love For Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...