Sweet Followers

Red Bow Tie

Monday, 13 February 2012

say NO to Valentine's Day!!


esok,14 FEBRUARI , tarikh yang pasti dan memang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan pasangan yang ada dalam dunia neh,even di Malaysia pon..for me?? NO VALENTINE'S DAYS , sorry to say laa..sebab dah terbukti hukumnya memang HARAM kalau kita sebagai umat Islam yang menyambutnya..
kita sebagai umat Islam neh kena laa bukak mata seluas-luasnya,jangan tau nak sambut jea siap dengan ucapan,hadiah bagai..ada sesetengah tuh sampai berparti-parti sebab nak berseronok dengan pasangan masing-masing..helloo,Valentine's Day tuh bukan agama kita,bukan budaya kita ukie??
so kat sini,kat belog aku neh aku nak share laa sejarah Valentine's Day yang sebenarnya & kenapa ia diHARAMkan sesangat,,bukan suka-suka jea taknak bagi sambut tau!!


Sumber dari catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa valentine adalah nama seorang paderi kristian yg giat menyebarkan agama di Rom. Kemudian dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap menyebarkan ajarannya dikalangan banduan-banduan. Dikatakan juga ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan seorang gadis iaitu anak salah seorang pegawai Penjara. Diakhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan " Daripada Valentinemu". Oleh dari itu, Orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kekasih dan berkasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Jelas, bahawa sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada seorang paderi tersebut. Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad S.A.W, Wajarkah kita merayakan hari kekasih? Patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan? Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain. Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah yang nyawaku di dalam gengamanNya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. lantaran itu, sahabat bertanya: "Adakah mereka itu yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: "Siapa lagi kalau bukan mereka".

*tak salah kalau kita nak berkasih sayang tapi tak payah laa nak sambut sesuatu yang bukan dari pegangan agama kita kan??
(all this things just my opinion ukie?? even aku pon tak laa sebaik mana tapi benda2 yang kita boleh elak,kita elak laa keyh..)
*lastly,thanks to my beloved MR GOOGLE untok semua info & maklumat yang berguna..:)

Terima Kasih , sila tinggalkan jejak anda :)

No comments:

Post a Comment

Flying Love For Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...